KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tiga termasuk dua pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan rasuah pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun lalu.
Ketiga-tiga mereka dituduh memberi suapan wang tunai bagi mendapatkan undi pada pemilihan tersebut.
Di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM400 kepada dua ahli parti itu bagi pemilihan ketua dan timbalan ketua UMNO bahagian Raub pada September tahun lalu.
Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO bahagian itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberikan RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid yang juga adik iparnya di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam, 13 September 2008.
Wang itu dikatakan sebagai dorongan agar Noranizah mengundi Datuk Mustafar Kamal Ab. Hamid sebagai Ketua dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.
Junaidi turut didakwa merasuah Adnan Samad sebanyak RM200 atas tujuan yang sama di hotel berkenaan.
Hakim Rosbiahanim Arifin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.klik di sini
Tindakan SPRM tepati hasrat Umno
DUBAI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.
Presiden Umno itu berkata, ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.
"Nampaknya pihak suruhanjaya menjalankan peranannya sebagaimana yang diharapkan kerana tugas mereka ialah mencegah rasuah.
"Dan tindakan yang telah mereka ambil baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang dari parti Umno membuktikan bahawa mereka (SPRM) ada kebebasan, dan mereka bertindak dengan bebas," kata Abdullah yang juga Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini, semalam.
Menjawab satu pertanyaan, Abdullah berkata SPRM menyiasat laporan berhubung amalan politik wang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh orang Umno sendiri. BERNAMA
komen PB
Kita ucapkan syabas kepada SPRM yang menangkap ahli UMNO yang terlibat di dalam pemilihan UMNO tahun lepas. Kita semua sedia maklum politik wang ini dalam UMNO sudah menjadi barah dan inilah ubat yang mujarab untuk membanteras perasuah politik ini. Jika dahulu ahli2 UMNO dan pemimpin2 besar UMNO tidak takut dengan tindakan lembaga disiplin yang hanya menggantung keahlian beberapa tahun dan kini reform yang dilakukan kerajaan telah berhasil untuk membanteras politik wang dalam UMNO. Hukuman yang mampu menghadapkan perasuah ini ke mahkamah pastinya akan membuatkan ahli2 UMNO yang telah lama buat kerja ini berfikir 2 kali selepas ini . Kita harap dengan langkah ini ,ia dapat mengubah pandangan rakyat bahawa UMNO serius dan komited membanteras rasuah .
3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak pilih bulu dalam membanteras rasuah
on Saturday, January 24, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
9 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
PADA AKU PENDAKWAAN 3 ORANG UMNO INI TIDAK MEMBERI KESAN PADA RAKYAT!!!
APA YANG RAKYAT INGIN LIHAT PADA PEMILIHAN MAC NANTI.
JIKA YANG MENANG JAWATAN NANTI DARI GOLONGAN YANG KORUP MAKA UMNO AKAN PUPUS!!!
TAPI JIKA MEREKA YANG KORUP INI DISINGKIRKAN AKU YAKIN UMNO AKAN DISAYANGI RAKYAT DAN AKAN KEMBALI BERNAFAS!!!
SEGALA-GALANYA TERLETAK PADA PENGUNDI NANTI!!!
UMNO MASIH RELEVAN DALAM MEMPERTAHANKAN HAK KITA ORANG MELAYU!!!
saya setuju pandangan GOMO..pemimpin yang korup dan pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh parti harus disingkirkan .. Calon seperti Tan Sri Isa Samad sepatutnya tidak lagi diperlukan kerana imej beliau yang pernah digantung dahulu oleh Lembaga Disiplin UMNO..
salam sdr,
saya amat kecewa dgn tindakan sprm.penubuhan sprm seolah-olah ingin hancurkan umno.parti lain tak terlibat wang ke?kenapa umno jd sasaran?ramai org umno hampa dgn tindakan sprm...yg ditubuhkan oleh pak lah, kononya utk ketelusan tp akhirnya makan diri sendiri...akibat tindakan pak lah hari ini, kesannya pada kj. sebagai pencinta umno saya nasihatkan, agar kj undurlah dulu buat seketika utk menaikkan mertabat umno.
shadan ,
saya tak faham la dengan sdr ini ,SPRM ini badan khas ditugaskan untuk membanteras rasuah dan ia diluluskn di Parlimen .
sepatutnya kita menyambut baik langkah penubuhan SPRM ini,tetapi orang seperti sdr yang juga penyokong kuat Che Det tidak suka perubahan ini . Apabila Pakatan mengutuk UMNO parti mengamalkan rasuah sehingga terdapat lebih 900 laporan politik wang dalam pemilihan dulu kepada Lembaga Disiplin ,kita marah kepada mereka tetapi sdr harus akui memang berlaku rasuah pada pemilihan parti tahun lepas.
Saya hairan mengapa Sdr mahu KJ undur ? apa kena mengena SPRM dengan KJ dan kesan kepada diri beliau ?? Tiada sebab untuk beliau undur @ tarik diri ..
Langkah SPRM patut dipuji dan membersihkan pemimpin korup dalam umno .. saya tahu ada orang tidak senang dengan langkah SPRM contohnya seperti sdr tetapi inilah langkah terbaik untuk memulihkan imej UMNO..
Macaam nie la,lain kali untuk pengetahuan semua kes paertama yang sampai ke tangan sprm ialah rasuah Datuk Seri Najib...cuba semak..sekarang rakyat nak tahu tentang perkembangan kes ini...tolong la siasat cepat....kenapa SPRM siasat kes-kes terpilih sahaja?Satu lagi yang rakyat minta sprm atau BPR diletakkan di bawah parlimen...biar betul-betul bebas serta adil.Buat gomo dan pejuang bangsa...korupsi di dalam UMNO sudah membarah....sorry la...kalu setakat 1-2 ribu tak main la...dulu waktu pemilihan..siap ada konsortium...bagi rm 400,000 40 undi confirm...tak yah la nak berbahasa macam-macam...korupsi nie macam-macam...kalu nak dakwa biar semuanya...dari kecil hingga ke besar dari UMNO hingga pakatan rakyat...apa peduli...nie tidak SPRM sekadar make up..sekadar ikan bilis dan tuna boleh la...tapi kalu jerung besar semua dok bawah carpet....Implikasinya mudah...rayat dok tanya...takkan tahun nie aje...sebenarnya dah lama rasuah di dalam umno nie....siap UMNO pilih nama lain nak sedapkan hati serta telinga 'politik wang' akan meusnahkan umno sikit demi sikit...maklumlah UMNO...NO MONEY NO WORK..NO MONEY NO LEAD...aku tau la hidup mati perjuangan UMNo diukur setakat mana jawatannya..kalu setakat JKKK sorry la...mesti minta kat ketua cawangan...minta kat ketua bahagian..kalu tak ada duit macam man nak dapat sokongan...sorry la ini semua cerita lama dah basi....
kalau betul nak basmi rasuah di dalam umno letak aje BPR di bawah perlimen bukan bawah JPM...baru la bebas...semua PM boleh tahu...boleh bentang laporan....Selagi keaddan UMNo macam nie...tunggu ajelah hukuman dari rakyat...mujur la aku dah keluar dari UMNO...parti penuh korupsi
DULU UMNO SKRG PAS
terima kasih atas pandangan anda. BN dan UMNO sekarang cuba memulihkan parti dan dengan langkah SPRM ini adalah permulaan yang baik ..
politik wang ini sudah lama sejak pemilihan UMNO 1987 lagi dan sudah lama barah ini . Sebelum Pak lah pergi ,beliau telah menunaikan janji utk rakyat selepas PRU 12 mahu membanteras rasuah . UMNO skrg mahu menyingkirkan pemimpin UMNO yang korup dan mengamalkan rasuah ..
habis..kalo najib kena siasat kes rasuah.. dan terbukti salah...
so paklah akan kembali berkuasa...
no more najib... woww.. good news beb...
tapi.. ape laa sangat rm200 ni.. kt trg ari tu.. byk lagi rasuah secara terang terangan..
opss.. itu bukan politik wang..itu adalah wang politik...
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan....
joe
jika hang kata najib rasuah ,aku cabar hang dan pemimpin PR hang p report SPRM ...jgn dok menyalak seperti anjing tanpa bukti ..tak guna 1 sen pun
aiks... marah kat aku lak... hahahaha... aku ckp je.. kalau najib kena siasat.. dan didapati bersalah.. so najib x layak jd PM...
wakakaka.. kalo dia x bersalah.. ok laa beb...
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan...