Teori konspirasi…awas bila bergambar

on Tuesday, July 1, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Semua orang sudah tahu pasal laporan polisnya mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah meliwatnya.

Diatas kanan Saiful (berbaju biru) bersama bergambar dengan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas,sebelahnya bersama Datuk Mustapha Mohamad sewaktu beliau Menteri Pengajian Tinggi.

Dibawah kanan bersama Datuk Azalina Othman Said semasa beliau Menteri Belia dan Sukan dan sebelahnya dengan Datuk Shahrir Samad sewaktu beliau Ahli Parlimen Johor Bharu.

Datin Seri Wan Azizah Ismail telah tunjuk gambar Saiful bersama Khairil Anas yang tersimpan dalam telefon bimbitnya kepada para wartawan sewaktu sidang akhbar pada sebelah tengahari Ahad di Hotel Quality ,Shah Alam.Katanya ia diperolehi dari sebuah laman web.

Ketika itu para jurugambar berebut-rebut untuk merakamkan aksinya bersama telefon bimbit itu.Gambar berkenaan juga ada pada sebuah komputer riba yang dibawa ke sidang akhbar itu.

Isteri kepada Penasihat PKR itu ketika ditanya oleh para wartawan bagaimanapun kata beliau tidak tahu bila gambar itu diambil.
Wan Azizah tidak menyembunyikan hasratnya untuk mencetuskan kecurigaan tentang hubungan Saiful dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri menerusi gambar itu.

Gambar itu kini menjadi semacam apa yang dikatakan ‘bukti kukuh’ wujudnya konspirasi yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk ‘balas dendam’ terhadap Anwar yang selalu mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibu.



Namun bagi mendapat kepastian mengenai tarikh gambar berkenaan diambil Agendadaily telah menghubungi pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Seorang pegawai pejabat itu memberitahu gambar berkenaan sebenarnya diambil pada bulan Januari 2008.

Saiful pula mula berkerja sebagai pembantu khas Anwar lepas pilihanraya umum Mac 2008.

Menurut pegawai berkenaan gambar itu dirakam semasa Saiful mengadakan pertemuan dengan dengan pegawai khas Najib yang dikenali sebagia Khairil Anas yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pengajian tinggi di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Menurut pegawai itu, Saiful datang bertemu dengan Khairil Anas pada Januari lalu belum pun Saiful bekerja dengan Anwar bagi mendapatkan bantuan dalam urusan pemohonannya untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran.

“Jika ini keadaannya, kita ingin bertanya bagaimana konspirasi boleh wujud. Pada masa itu Saiful tidak bekerja dengan Anwar pun dan kita sendiri tidak tahu selepas pilihan raya dia bekerja dengan Anwar,”katanya.

Bagaimanapula gambar bersama Mustapha,Azalina dan Shahrir?.Apakah mereka juga nak dikaitkan dengan dakwaan wujudnya konspirasi?

Satu sumber yang kenal Saiful ketika ditanya Agendadaily tertawa mendengarnya.

Saiful ialah bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang aktif dalam persatuan pelajar.

Katanya setahunya Saiful adalah seperti mana-mana insan lain yang suka bergambar dengan mana-mana pemimpin yang ditemuinya sebagai kenangan.

“Kalau itu nak dikaitkan dengan konspirasi…saya rasa habis semua orang yang pernah bergambar dengan pemimpin negara akan didakwa terlibat dengan konspirasi bila sesuatu isu berbangkit,”katanya.

“Dia suka-suka saja ambil tu…ni dah jadi hal pula,”katanya lagi.

Menurutnya gambar yang diambil bersama Mustapha semasa satu bengkel pelajar.

“Itu gambar antara seorang pemimpin pelajar dengan Mustapha selaku Menteri Pengajian Tinggi,”katanya.

“Begitu halnya dengan Azalina yang waktu itu Menteri Belia dan Sukan.Mereka bergambar beramai-ramai.Dengan Datuk Shahrir pula mungkin disatu majlis,”katanya.

Sumber itu berkata,” kalau setakat bergambar nak dijadikan bukti intim dan konspirasi saya tak tau nak kata apa lagi.Bagi saya biarlah polis siasat dan tak payah nak main tuduh-tuduh guna gambar-gambar begini.”

Katanya bagaimana pula nanti kalau satu ketika nanti orang lain guna gambar-gambar mereka yang bergambar bersama Anwar atau para pemimpin pembangkang lain bila timbul sesuatu kes.

“Jangan pula waktu itu pusing cakap…ini gambar suka-suka saja dan macam-macam alasan lagi,”ujarnya.- 29/6/2008


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.