default

Penang Bangkit : Kerajaan negeri PP zalim mahu roboh pondok nelayan orang Melayu Tanjung Bungah

on Wednesday, December 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


nasib nelayan PP semakin dihimpit ekoran
tekanan oleh kerajaan negeri DAP



TANJUNG BUNGAH – Tanda tanya notis merobohkan pondok yang menghantui fikiran kira-kira 11 nelayan perairan pantai Tanjung Bungah bakal terungkai menjelang hujung tahun ini.

Pengerusi Bertindak Nelayan Tanjung Bungah, Saiful Lizan Mohd Yusoff berkata, pihaknya mendapat surat maklum balas daripada pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang.

Menurutnya, satu perjumpaan akan diadakan bersama dengan beberapa agensi kerajaan yang terlibat bersama 11 nelayan.“Selain 11 nelayan itu, kira-kira 50 pemilik sampan yang meletakkan sampan mereka di kawasan berhampiran juga akan menghadiri mesyuarat buat kali pertama ini.

“Dengan adanya pertemuan ini akan merungkai persoalan nelayan yang selama ini menerima dua kali notis arahan keluar daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu Sinar Harian siaran 2 September melaporkan nelayan Tanjung Bungah yang membina pondok nelayan berhampiran bersebelahan Kegiatan Pusat Sukan Air Tanjung Bungah menerima surat pemberitahuan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut mengenai pencerobohan yang dilakukan mereka.

Lokasi bangsal atau pondok nelayan itu juga dibina hanya beberapa meter sahaja daripada Masjid Terapung Tanjung Bungah.

Selain pondok nelayan, kelihatan berpuluh sampan lain milik nelayan yang tinggal di Pangsapuri Masjid Terapung turut meletakkan sampan dan bot mereka di perairan itu. Sinar Harian juga berkesempatan menemui beberapa nelayan yang melahirkan rasa kecewa mereka apabila menerima surat itu.

Ada di antaranya yang mengeluh kerana hidup di bumi sendiri ibarat tinggal di negara asing.
Malah, nelayan juga mendakwa tiada tempat lain untuk membina pondok baru bagi menggantikan pondok lama mereka. Nelayan menerima notis pertama pada 17 Ogos lalu dan notis kedua pula dikeluarkan pada 17 November lalu.

Melalui surat berkenaan, kesemua bangsal dan pondok yang dibina nelayan didapati menceroboh tanah kerajaan bersebelahan dengan Pusat Kegiatan Air Tanjung Bungah dengan membinanya tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

Kesalahan itu didapati melanggar peraturan Seksyen 425 (1) (a) Kanun Tanah Negara dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Nelayan juga dinasihatkan supaya meroboh sendiri atau memindahkan binaan berkenaan sebelum atau pada 18 Januari 2010, sekiranya tidak mematuhi arahan notis pihak berkuasa akan mengambil tindakan penguatkuasaan. klik di sini selanjutnya

Komen Pb

Ini kerajaan ala Khalifah Umar Abd Aziz .. sapa ceroboh tanah mereka walaupun rakyat sendiri ,akan dihalau macam anjing . Modus operandi mereka ialah notis suruh roboh tanpa lakukan perbincangan dengan nelayan-nelayan ini semua .

Ini lah agenda sebenar Guan Eng mahu singkir orang Melayu di sebelah pulau . Beliau biarkan orang Melayu yang bekerja nelayan tak boleh cari rezeki dan akhirnya mereka ini terpaksa berpindah terus ke seberang .
Nasib orang Melayu di PP semakin dihimpit dan juga tekanan oleh kerajaan negeri.

default

Penang Bangkit : Salleh Man masih lagi mimpi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


GEORGETOWN - Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man menyifatkan tuntutan UMNO Pulau Pinang terhadap jawatan Pengerusi BN negeri dari tangan Gerakan sebagai ‘sudah terlambat’ dan hanya bertujuan untuk menipu orang Melayu di negeri ini bertujuan meraih sokongan mereka semata-mata.

Mohd Salleh juga mendakwa, UMNO pernah menggunakan taktik yang sama sewaktu berkempen pada pilihan raya umum 1986 apabila parti itu berjanji akan menjadikan seorang wakil mereka Ketua Menteri jika memenangi 12 kerusi yang dipertandingkan meskipun mereka mengetahui jawatan Ketua Menteri masih tetap akan dipegang oleh Gerakan.

“Sudah terlambat untuk UMNO Pulau Pinang membuat tuntutan sebegitu kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah sedar akan temberang mereka yang cuba mencetuskan propaganda hanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu semata-mata, meskipun mereka menyedari Gerakan tidak akan sesekali memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai BN peringkat negeri.

“Mungkin UMNO sebelum ini rasa berkuasa sebab mereka satu-satunya parti komponen BN yang memenangi kerusi pilihan raya umum lalu hingga berani mengemukakan tuntutan sedemikian, namun mereka harus sedar, kemenangan yang dikecapi mereka bukan disebabkan kekuatan UMNO sendiri, namun disebabkan oleh pengaruh BN yang masih kukuh,”katanya.

Mohd Salleh berkata, pergolakan yang berlaku dalam BN Pulau Pinang sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada PR kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah mula buka mata akan situasi sebenar BN yang semakin parah dan berpecah-belah. klik di sini

Komen PB

Akhir Salleh Man mula bersuara selepas bergelar YB Permatang Pasir. Lihat ulasan oleh Salleh Man di atas yang paling lawak iaitu rakyat Pulau Pinang sudah mula buka mata akan situasi sebenar BN yang semakin parah !!

Adakah Salleh Man masih mimpi lagi yang orang Melayu sudah mula sedar akan kezaliman dan penindasan oleh kerajaan negeri ?? Kerajaan negeri diketuai DAP terus menerus menindas orang Melayu dan terbaru di Tanjung Bungah apabila telah memberi notis untuk merobohkan pondok yang dibuat oleh nelayan itu kononnya menceroboh tanah kerajaan negeri. Semua nelayan ini cukup marah sehingga berkata hidup di bumi sendiri seperti tanah asing !!

Ini lah maksud sebenar Melayu 2 -3 kerat yang tidak buat untuk orang Melayu PP sendiri oleh Datuk Azhar Ibrahim ketika di Sidang Dun lepas. Orang Melayu di Seberang dan pulau sudah mula sedar apa yang Guan Eng buat untuk orang Melayu di PP tetapi pemimpin Melayu seperti Salleh Man sanggup lagi menjadi pencacai kerajaan sosialis DAP !!

default

Pemuda PAS di bawah Nasrudin sudah jadi penakut

on Tuesday, December 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


KOTA BHARU 21 Dis. - Dewan Pemuda Pas negeri membatalkan mesyuarat hari ini yang sepatutnya membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan petang ini di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, dibatalkan berikutan pendedahan media semalam mengenainya.

Katanya, ia menyebabkan pihak Dewan Pemuda Pas Negeri mengambil sikap tunggu dan lihat serta menantikan maklum balas pimpinan dan akar umbi Pas terlebih dahulu.

''Mereka mahu menunggu dahulu jika ada perbincangan di peringkat lain berikutan hasrat Dewan Pemuda negeri.

''Laporan awal Mingguan Malaysia itu telah memberi kesan kepada rancangan mereka membincangkan cadangan tersebut dengan lebih terperinci,'' katanya. klik di sini


Komen PB

Inilah Pemuda PAS !!! baru kena gertak sikit dengan Menantu kesayangan Nik Aziz semalam , sudah hilang teloq !! Awal-awal tengok semangat saja puak2 ini mendesak Arif Fahmi letak jawatan lebih awal ,tetapi akhirnya terpaksa reverse balik apabila ditekan oleh Arif Fahmi ..

Ini lah Pemuda PAS era Nasrudin tantawi ..haha di Bagan Pinang mahu laungkan jihad fisabilillah , di Prmtg Pasir pulak terkenal mahu usung perkenalkan bini orang ...






default

DAP hapus kebebasan media di Pulau Pinang

on Monday, December 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Beberapa hari yang lepas, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia sebagai penjahat kononnya melaporkan berita berat sebelah dan buruk kerajaan negeri PP. Beliau memang benci betul dengan akhbar yang pejuangkan Melayu ini kerana mendedahkan keburukan dan penindasan yang dilakukan kerajaan negeri terhadap orang Melayu di PP.

Sehingga sejak mereka memerintah PP ini, mereka mengharamkan akhbar Utusan ini di pejabat-pejabat kerajaan negeri PP. Ini lah pemimpin cakap tak serupa bikin !! Jika dulu punya hebat cakap kononya jika mereka memerintah , mereka akan memberi keutamaan kebebasan bersuara, kebebasan bercakap,kebebasan menulis dan kebebasan media .

Tetapi kini sudah terbalik dan mereka terus mengongkong media ini melalui
Pejabat Ketua Menteri. klik di sini untuk membacanya

Paling teruk sekali tindakan bodoh kerajaan diktator ini ialah dek kerana cukup benci terhadap Utusan , mereka block terus aksess internet untuk membaca Utusan Online !!! PB mendapat maklumat ini daripada rakan yang bekerja di pejabat agensi dibawah kerajaan negeri . Punya cukup kurang ajar Cina Melaka ini , sampai dalam internet pun depa block !! Jangan anggap Melayu bodoh , kalau hang sekat sana sini, orang boleh pi beli suratkhabar itu sendiri ..

Bagi PB ,kebebasan media telah mati di Pulau Pinang. Akhbar yang lapor berita puji melangit Khalifah Umar PAS ini akan diberikan tempat istimewa seperti akhbar Sinar, the star, dan akhbar Cina. Sapa yang kritik maka akan diharamkan terus ...

default

Gerakan tidak buat kerja , UMNO patut menjadi Pengerusi BN Pulau Pinang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Gerakan pegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang selama 35 tahun. Masa yang lama.

Walaupun pernah suatu ketika UMNO menang lebih banyak kerusi daripada Gerakan dan komponen lain, UMNO akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).


Selain tidak ‘merampas’ jawatan Ketua Menteri, UMNO juga akur Gerakan terus menjadi Pengerusi BN.
Semalam Naib Presiden Gerakan, Senator A Kohilan Pillay berhujah, UMNO perlu menghormati keputusan yang dibuat kepemimpinan tertinggi BN yang mengiktiraf Gerakan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang sejak 35 tahun lalu.
Untuk rekod, jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil UMNO dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.



Kata Kohilan, pengiktirafan itu tidak perlu dipersoalkan mana-mana komponen parti BN kerana ia sudah

mencapai kata sepakat antara pucuk pemimpin BN sejak parti itu bergabung.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Selangor berkata, walaupun keputusan itu tidak termaktub dalam perlembagaan parti, ia sudah mencapai persefahaman yang jelas dan menjadi panduan kepada pemimpin BN selama ini.

Bagus kalau ingat begitu. Gerakan dan komponen lain tidak menng satu kerusi pun berbanding Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua Parlimen.

Apa maknanya dari segi sokongan orang Cina dan India di Pulau Pinang? Mereka menolak Gerakan tetapi orang Melayu dan sebilangan bukan Melayu masih setia dengn UMNO.

Cadangan menukar Pengerusi BN Pulau Pinang itu diputuskan pada mesyuarat UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Georgetown, Pulau Pinang Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin UMNO negeri dengan alasan jawatan itu telah disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Malah Kohilan berkata, Gerakan juga mengatakan BN Pusat yang lantik Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang untuk terus mentadbir, bukan Gerakan yang lantik dan pelantikan ini dipersetujui Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Gerakan, semua pihak kena hormati keputusan itu dan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Gerakan untuk terus menerajui Pulau Pinang, tidak kira pada masa parti itu kalah atau menang besar pada pilihan raya.

Di pihak UMNO pula, kenapa ia mahu jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil UMNO telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas.

"Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang,” kata Zahid.

Selain itu usaha ini adalah bertujuan mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.Gerakan dikatakan gagal menjalankan program untuk menarik semula sokongan rakyat selepas kalah teruk pada pilihan raya umum lalu.

Soal penting kata Zahid, UMNO Pulau Pinang tidak puas hati dengan Gerakan yang langsung tidak menjalankan program memastikan BN kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Kata Zahid, tuntutan itu telah lama dibuat tetapi baru diumumkan kelmarin setelah pihaknya mendapati Gerakan masih tidak melakukan apa-apa program sepatutnya dansekiranya Gerakan meneruskan program yang baik untuk BN di Pulau Pinang, beliau berpendapat UMNO sendiri boleh membantu.

“Jadi soal Tsu Koon (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon) mahu lepas atau kekalkan jawatan, itu soal dia. Kita hanya minta, pelantikan Pengerusi BN negeri kuasa mutlak Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya,

Jelas, permintaan UMNO Pulau Pinang ini benar-benar menguji kewibawaan dan keputusan Najib.
Yang pasti sebarang keputusan yang diambil kelak akan mengambil kira semangat permuafakatan BN dan lebih penting kemenangan BN di Pulau Pinang.

Kenapa kemenangan BN dilihat penting?

Pertama, kemenangan BN akan membolehkan Pulau Pinang dibangunkan seiring dengan kepentingan Pusat.
Kedua, pembangunan Pulau Pinang yang kini dilihat cenderung kepada sesuatu pihak sahaja perlu diperbaiki kerana sebelum ini kerajaan pimpinan Gerakan sudah ditegur.

Apabila pembangkang mengambil alih, pembangunan dilihat menjurus kepada kepentingan kaum tertentu sahaja dan kumpulan miskin terus terhimpit.

Najib perlu melihat semua sudut dan jikapun masih mahu mengekalkan status quo, kepentingan mereka yang diwakili UMNO hendaklah diberikan perhatian penuh.

Jangan biarkan apa yang berlaku kepada rakyat Pulau Pinang seperti ketika kepimpinan Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

Sokongan rakyat kepada UMNO menggambarkan kehendak pengundi.

sumber : Rakyat Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.