default

TERKINI ! KABINET SETUJU HARGA TOPUP RM10 DAPAT NILAI RM10 - @ShaberyC

on Wednesday, May 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Kabinet hari ini bersetuju cadangan tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan dapat nilai RM10 apabila diaktifkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.''

 "Pada hari ini Kabinet telah bersetuju dengan cadangan kementerian supaya tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan. 

"Kerajaan mahu pihak telekomunikasi melaksanakan kaedah dan pendekatan itu sepenuhnya dalam tempoh enam bulan," katanya pada sidang media sebentar tadi

hmad Shabery berkata, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan atau 'usage based'. 


"Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan. "Bagi mengimbangi kesan caj GST, kementerian meminta syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif mereka," katanya.

default

WIRA BLACK HAWK DOWN CERITA KEHEBATAN ASKAR MELAYU DI BUMI SOMALIA

on Tuesday, May 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments

“KALAU saya tak jumpa rumah itu, depa mati,” demikian kata Sarjan (B) Salim Jaafar, 46, mengimbau pertempuran sengit di Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1993.
Salim yang ketika itu berpangkat prebet adalah pemandu kereta perisai pengangkut infantri (APC) RPZ Condor ZA9462, kenderaan pertama yang tiba di lokasi insiden di mana tentera elit US Rangers terperangkap di dalam sebuah rumah di Pasar Bakara.
Ketika itu Pasar Bakara yang terletak di tengah-tengah Mogadishu menjadi medan pertempuran sengit dengan keadaan rumah musnah terbakar dan asap berkepul-kepul di sana sini, diselangi dengan bunyi tembakan.
Salim yang ketika itu baru berusia 24 tahun mengakui di dalam benaknya hanya ada satu tujuan iaitu menyelamatkan anggota US Rangers sekalipun berdepan tembakan bertubi-tubi puak militia, seperti diarahkan.
Katanya, ketika itu, tiada istilah patah balik sebaik RPZ Condor yang dipandunya memasuki kawasan Pasar Bakara dan menerima tembakan musuh bermula jam 11 malam, pada 3 Oktober 1993.
ANGGOTA Malbatt 1 UNOSOM II sedang meninjau sekitar Mogadishu pada 1993. – Foto Zulfadhli Zulkifli



“Maklumat diterima, mereka (askar Amerika Syarikat) terperangkap di dalam sebuah rumah terbakar tapi bila sampai, kita dapati semua rumah terbakar,” katanya.
Sebelum tiba di lokasi itu, APC dipandu Salim bertembung dengan APC ZA9341 yang dipandu Prebet Mat Aznan Awang yang gugur ditembak musuh.
“APC itu tak bergerak, mereka dah bawa arwah dan lain-lain keluar,” katanya merujuk kepada arwah Mat Aznan, terkorban selepas ditembak puak militia menggunakan RPG.
APC ZA9341 yang tidak bergerak itu telah mengelirukan tiga lagi kereta perisai yang mengikut dari belakang termasuk APC yang membawa Leftenan Muda Muhammad Juraimy Aripin yang juga Ketua Platun 3 Kompeni A dalam misi menyelamat itu.
“Ketua Platun berkali-kali mengarahkan 13 Charlie (call sign kereta perisai Salim) supaya bergerak, rupa-rupanya mereka terkeliru dengan kereta perisai arwah yang rosak dan tidak bergerak,” kata Salim.
Buat seketika kereta perisai Salim berada di depan tanpa tiga lagi APC Platun 3 yang mengekori dari belakang sebelum semuanya tiba di lokasi terbabit beberapa minit kemudian.
GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli



Salim dan krew ZA9462 kemudian menemui rumah di mana tentera AS berlindung apabila beliau berjaya mengesan bulatan cahaya biru yang ditanda di hadapan rumah berkenaan.
Berbekalkan “cover fire” (tembakan perlindungan) oleh helikopter tentera AS sebaik menerima arahan bergerak dari ketua platunnya, Salim memecut kenderaan perisainya ke rumah itu walaupun ditembak bertalu-talu oleh puak militia.
“Kereta saya yang pertama dari Kompeni A sampai di rumah itu. Saya terkejut apabila melihat dalam rumah itu ada dua tiga anggota tentera kita dari Kompeni B ada dalam rumah itu dalam keadaan cedera parah bersama tentera AS yang turut parah.
“Depa (anggota Kompeni B) cakap kalau kami tak sampai, depa dah mati kerana musuh sudah kepung rumah itu untuk ambil mereka. Depa sendiri tak sangka akan hidup kerana sudah cedera parah. Depa dok bertahan ketika itu,” katanya mengesahkan ada dua tentera AS terperangkap di dalam rumah itu.
Sebaik mengambil tentera Malaysia dan AS yang cedera itu, Salim memandu keluar APC dari kawasan berkenaan dengan bantuan tembakan udara oleh helikopter AS terhadap musuh.
Salim adalah antara 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Malbatt 1, yang terbabit dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara selepas misi AS untuk menangkap dua pemimpin kanan panglima perang Jeneral Mohamed Farrah Aidid pada sebelah siang 3 Oktober 1993, gagal.
GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli


Dalam misi menyelamat di bawah panji-panji UNOSOM II itu, dua kompeni 19RAMD dari Malbatt 1 menggunakan 32 kereta perisai RPZ Condor dalam pertempuran sengit itu.
“RPZ Condor ni walaupun ia (kenderaan) lama, tapi banyak berjasa,” kata Salim yang mempunyai empat anak dan kini menyara keluarganya dengan mengusahakan chalet di Langkawi secara kecil-kecilan selepas bersara pada tahun 2012 sebagai jurulatih RPZ Condor 19RAMD.
* Ikuti pengalaman Mejar Muhammad Juraimy Aripin yang mengetuai Platun 3 Kompeni A 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers di Pasar Bakara, Mogadishu, dalam siri keempat Menjejak Wira Black Hawk Down dalam BH, esok.
Nota: Bekas tentera Malaysia yang terbabit dalam pertempuran di Mogadishu, Somalia pada 1993 boleh berkongsi pengalaman dengan pembaca BH dengan menghubungi Azrul Affandi Sobry (019-6623360 atau e-mel kepada bhnews@bh.com.my.

default

RAKYAT AKAN TERIMA GST JIKA HASILNYA DIMANFAATKAN DENGAN BETUL @KhairyKJ @NajibRazak

on Sunday, May 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin percaya bahawa rakyat akan menerima pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas melihat manfaatnya dan yakin kerajaan menggunakan hasil cukai itu dengan betul.

Ketika berucap pada majlis Dialog Meja Kupi di sini hari ini, katanya tahap kemarahan rakyat juga akan reda jika kerajaan menunjukkan peruntukan tambahan hasil pelaksanaan GST.

"Apa yang rakyat ingin tahu ialah jika kerajaan mendapat hasil daripada GST, adakah (kerajaan) membelanjakannya dengan betul? Inilah yang rakyat mahu tahu.

"Jadi kerajaan perlu menunjukkan bahawa kita mesti menggunakan hasilnya sebagai contoh untuk membina sekolah, hospital dan jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah. Kita mesti menunjukkannya. Barulah saya rasa rakyat akan memahami cukai ini memberi manfaat," kata beliau.

Khairy menjawab soalan dari seorang daripada hadirin mengenai kerelevenan pelaksanaan GST kerana banyak isu berkaitan sistem percukaian itu telah dibangkitkan dalam media sosial.





Khairy berkata ia memerlukan masa untuk mendapat penerimaan sepenuhnya daripada seluruh rakyat terhadap pelaksanaan sistem cukai baharu negara yang diperkenalkan pada 1 April lepas.

"Kita tidak boleh mengharapkan bahawa apabila kita melaksanakan GST semua orang akan sokong, tiada siapa sokong apabila kita memperkenalkan cukai baharu itu tetapi selagi kita dapat membuktikan bahawa cukai itu digunakan dengan betul, rakyat akan menerimanya kemudian," kata beliau.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata Akta Hasutan perlu dilaksanakan secara adil dalam semua aspek supaya generasi muda dapat menerima akta tersebut.

"Jika kita mahu rakyat menerima undang-undang atau penerimaan Akta Hasutan menjadi lebih baik, kita perlu memastikan pelaksanaan akta tidak dilakukan secara terpilih," katanya.

Menurutnya Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan sebagai pencegahan serta menghalang konflik agama dan kaum, termasuk sebarang percubaan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Persekutuan kerana, "kami percaya bahawa perpaduan di peringkat Persekutuan adalah paling penting."

Dialog Meja Kupi bertajuk 'Selfie, Like and Tweet: The Rise of Social Media and the Birth of Neopolitics' dianjurkan oleh Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Dasar, Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Sabah dengan kerjasama Persatuan Pemerkasaan dan Pembangunan Ekonomi Sabah serta Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (Pimpin). -Bernama

default

VIDEO AKSI GANAS PKR MENYERANG PENYOKONG BN SK TANAH LIAT #PRKPermatangPauh

on Thursday, May 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Aksi ganas tahap gila BABI puak2 PKR ... mereka tahu dah nak kalah , maka episod ganas menyerang penyokong BN digunakan  bagi melemahkan jenteran dan juga menghalang pengundi untuk keluar mengundi .



default

PKR MENGGANAS DI PDM TANAH LIAT, WARTAWAN & PETUGAS BN CEDERA DIBALING BATA #PRKPermatangPauh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PKR mengganas ..Petugas BN & wartawan KLXpress mengalami kecederaan selepas dibaling bata oleh penyokong PKR dalam kekecohan di PDM Tanah Liat MK9

Insiden ini berpunca dari provokasi PKR yang mana penyokong mula bergerak semakin dekat dengan penyokong BN dan terjadi kekecohan apabila mereka mula membaling botol air dulu selepas pertengkaran mulut sesama penyokong berlaku .

Menurut YB Sabrina Mohd Noor , kekecohan ini ditimbulkan PKR untuk mensabotaj pengundi dari keluar mengundi di PDM berkenaan 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.