default

’Penahanan Asri aduan dari orang dalam

on Tuesday, November 3, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ahad malam terus mencuri perhatian umum sepanjang Isnin khususnya dari segi rasional tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ,motif dan persoalan apakah wujud ‘ tangan ghaib’ disebaliknya.

Ia turut mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri,para pemimpin kerajaan juga kalangan tokoh parti pembangkang yang rata-rata tidak setuju bekas Mufti Perlis itu jadi sasaran sekalipun adanya peraturan di Selangor yang mewajibkan mereka yang hendak memberi ceramah agama di negeri itu perlu mendapatkan tauliah dari JAIS.

Namun perkembangan paling menarik ialah terjawabnya perkara yang menjadi tandatanya ramai pihak tentang siapa jadi punca yang dorong JAIS bertindak.

Ini kerana wujud berbagai spelukasi mengenainya termasuk mendakwa arahan itu datang dari kerajaan pusat.

Jawapan itu diperolehi dalam sidang akhbar Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam Isnin.

Katanya JAIS hanya bertindak atas aduan daripada penduduk Taman Sri Ukay,Hulu Kelang sendiri dimana ceramah agama Dr Asri diadakan.

Ceramah itu diadakan di banglo milik ahli perniagaan Encik Yahaya Mokthar yang terletak di Lorong 2C taman perumahan mewah itu.

Khusrin menafikan JAIS bertindak atas tekanan dari mana-mana pihak termasuk dari pertubuhan-pertubuhan Islam.

Ini agak selari dengan laporan Agendadaily semalam yang memetik Yahaya sendiri sebagai memberitahu beliau menduga ia ada kaitan dengan dari perasaan iri hati pihak tentu yakni dikalangan penduduk setempat di situ melihat ceramah agama di rumahnya mendapat sambutan yang mengalakkan.

Beliau mengakui Dr Asri pernah beberapa kali sebelum ini memberi ceramah di rumahnya.

Menurut Khusrin penahanan Dr Asri semata-mata kerana JAIS melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada jabatan itu berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan tidak lebih dari itu.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) menetapkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Mereka yang tidak mematuhinya jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Enakmen itu berkuatkuasa sekalipun ceramah agama diadakan di rumah persendirian.

Katanya siapa saja yang ingin berceramah di Selangor perlu menghormati undang-undang sedia ada dan tiada sesiapapun terkecuali.

Sebagai rekod, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah beberapa hari lalu menegaskan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang berceramah tanpa tauliah serta menyebarkan ajaran yang menyeleweng di negeri itu

Khusrin mengakui pihak JAIS sudah beberapa kali cuba untuk mengambil tindakan keatas Dr Asri dan cuma pada kali ini berjaya.

Menjawab persoalan tentang kes Dr Asri beliau menjelaskan bekas Mufti Perlis itu akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Katanya JAIS akan dakwa beliau beliau pada satu masa yang akan maklumkan kemudian.

Namun begitu menurutnya siasatan terhadap kes Dr Asri akan dipercepatkan kerana ia menarik minat umum.

Mengulas tentang isu tiada pendakwaan dibuat keatas Dr Asri selepas beliau menunggu hampir tiga jam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada sebelah pagi ,Khusrin menjelaskan Dr Asri diminta ke mahkamah bukan untuk mendakwa beliau.

“ Kita bawa kes ini pagi tadi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan," katanya.

Beliau memberitahu berdasarkan peruntukan dalam enakmen itu, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, JAIS perlu melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.

Menyentuh tentang penglibatan anggota polis semasa hendak menahan Dr Asri di Taman Sri Ukay beliau berkata ia tidak dapat dielakan kerana para pegawia penguatkuasa JAIS telah dihalang oleh hadirin di ceramah itu dan juga dua orang wakil rakyat, iaitu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib

“Sebab itu kami dapatkan bantuan polis. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya,”katanya.

Khusrin juga menjelaskan penahanan Dr Asri tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor.-2/11/2009


sumber : agendadaily

link

Dr. Asri: JAIS kena jelas

default

Kisah Dr Asri & Dr Xavier Jeyakumar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Gambar di atas menunjukkan MP Ampang Zuraida Kamaruddin berada semasa Dr Asri ditahan semalam di sebuah banglo di Hulu Kelang . Cari publisiti ke ??



Negara semalam dikejutkan penahanan Dr Asri oleh JAIS di sebuah banglo di Hulu Klang ketika menyampaikan sebuah ceramah agama. Alasannya beliau tidak mendapat tauliah untuk memberi ceramah .

JAIS merupakan jabatan dibawah Hassan Ali selaku Exco Agama Islam Negeri Selangor .JAIS kini semua dikawal oleh orang PAS sejak Hassan Ali memegang Exco Agama Islam dalam kerajaan Selangor . Cuma yang kita marah sangat adalah mengapa semalam Dr Asri ditangkap dan hari ini tengahari tidak jadi didakwa di mahkamah ??? Habis itu mengapa Asri ditahan semalam ?? Mengapa kalut sangat nak tahan Asri ??

Adakah ini agenda politik PAS atau sekadar gimik ?? Selain itu , Dr Asri juga menghadapi tentangan daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang menentang usaha untuk melantik Dr Asri sbg YDP YADIM .

PB nampak segala apa yang berlaku kepada Dr Asri ini adalah untuk menjatuhkan Hassan Ali oleh orang dalam PAS . Contoh mudah ,ikut logik akal , Zuraida Kamaruddin dan Saari Sungib berada di sana semasa serbuan JAIS , mengapa Zuraida tidak call Hassan Ali minta campurtangan isu ketika JAIS nak cekup Dr Asri ??

Malah lebih mengejutkan Hassan Ali tidak tahu menahu penahanan Dr Asri semalam sedangkan beliau Exco yang bertanggujawab dalam JAIS . Beliau juga turut berjanji akan siasat siapa keluarkan arahan malam semalam . Adakah mereka ini ingin memburukkan imej Hassan Ali dengan membuat skrip seperti ini dan Dr Asri jadi kambing hitam dalam hal ini.


PB tertarik juga dengan gambar dari blog Gap , ia memaparkan sikap Double Standard berlaku oleh JAIS . Dr Xavier Jeyakumar seorang kristian dibenarkan tazkirah di dalam masjid di Kajang tetapi Dr Asri ditahan oleh JAIS .. INILAH PAS FOR ALL !!! GADAI MARUAH AGAMA ISLAM !!!! PAS SANGGUP JUAL AGAMA ISLAM DI SELANGOR !!!

KENAPA JAIS TIDAK KALUT MAI SERBU DR XAVIER JEYAKUMAR DI MASJID INI ?

TOLONG JAWAB WAHAI BLOGGER DAN PENCACAI PAS ???


gambar ihsan dari GAP

gambar1 ( berbaju kuning itu ialah cikgu jaafar YDP Pas kota raja) seorang erdogan pas !
gambar 2. tangan kanan dr xavier yang selalu mengusap anjing kini mengusap mikrofon masjid. ceramah ni ada permit ke tidak ? ceramah ni halal ke tidak ?

gambar 3..kamu sendiri tafsirkan ..masyaallah pas melacurkan masjid demi politik ! KENAPA JAIS TAK SERBU ?










P

default

Penahanan Asri timbulkan persoalan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.

Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan motif penahanan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata Jais dan kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan kes itu dengan sewajarnya.

"Ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan dengan sepatutnya. Kalau sudah minta (Asri) untuk pergi mahkamah pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari perkara (tuduhan) itu tidak dimaklumkan, hal seperti ini tidak sewajarnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Asri di sini Isnin.

Beliau berkata pertemuannya dengan Asri adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada bekas mufti itu mengenai apa yang berlaku terhadapnya Ahad.

Katanya kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memandangkan kejadian itu berlaku di Hulu Klang, iaitu di bawah jajahan negeri Selangor.

"Hal agama tertakluk kepada negeri masing-masing," katanya.

Asri ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau.

Jais telah menahan Asri kerana dikatakan menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pukul 12 tengah malam tadi.

Beliau diminta hadir di Mahkamah Rendah Syariah di Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.

Malahan, isu penahanan Asri itu dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat menyifatkan tindakan Jais sebagai penyalahgunaan kuasa.

"Kalau alim ulamak tidak dibenarkan berceramah, pelik saya rasa, melainkan ajaran sesat," kata Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata pegawai penguatkuasa seharusnya menggunakan daya pemikiran yang waras kerana Islam adalah agama yang dimuliakan.

"Mereka (penguatkuasa) harus diberikan tarbiah sebab mereka ini menjaga agama. Mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka," katanya.

Cadangan menyelaraskan peraturan agama Islam di seluruh negara juga disokong wakil-wakil pembangkang.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menggesa kerajaan menjelaskan isu pentauliahan supaya difahami oleh rakyat manakala Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) berkata seorang Mufti Perak sebelum ini juga gagal mengadakan ceramah di Johor kerana ditolak oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Isu penangkapan Dr Mohd Asri turut dibangkitkan dalam sesi soaljawab di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap negeri mempunyai peraturan masing-masing sekiranya ingin mengadakan ceramah.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya membidas penahanan Dr Mohd Asri dan menyifatkan penahanan itu lebih bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak lain melalui salah guna kuasa.

"Saya amat kecewa kerana insiden seperti ini yang pernah beberapa kali berlaku kepada pihak lain pasti mengaibkan agama Islam dan pihak berkuasa agama.

"Terlebih lagi ia berlaku terhadap seseorang yang sepatutnya dihormati kedudukan keagamaannya, tetapi dinafikan haknya untuk mengajar agama yang mana beliau sendiri menjadi rujukan dalam urusan agama," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini.

Dr Juanda, yang menggantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis pada Februari lepas, menyifatkan isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah dan ia adalah suatu peraturan yang bersifat dua mata yang boleh membunuh tuannya jika disalahgunakan.

"Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan nasihat dan dialog secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara utama," katanya.

Dr Juanda berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa tertinggi negara iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersidang bagi mengkaji semula pengurusan dan peranan agensi yang melaksanakan urusan agama bagi pihak pemerintah dan Raja-raja Melayu agar pengamalan Islam di negara ini menepati kehendak Al Quran dan Hadis.

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penahanan itu satu tindakan melampau.

Mursyidul Am PAS itu berkata: "Saya anggap ia satu tindakan yang melampau, kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti, ramai lagi orang yang patut ditangkap."

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada JAIS, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia," katanya.

default

Dr Asri dihalang pulak dari memberi ceramah di Selangor

on Monday, November 2, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Ahad malam, di sebuah banglo Taman Seri Ukay, Hulu Kelang yang selama ini sepi bertukar menjadi kecoh apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Alasan yang diberikan ialah beliau tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama Selangor untuk memberikan ceramah.

Wartawan AgendaDaily yang mendapat maklumat mengenai kemungkinan Dr Asri ditahan tiba di banglo tersebut kira-kira jam 9.00 malam. Sejurus itu tiga buah van penguatkuasa JAIS dengan 35 anggota tiba. Setelah menunggu kira-kira setengah jam, pegawai penguatkuasa JAIS memasuki banglo tersebut dan memaklumkan kepada pihak tuan rumah kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah agama tanpa tauliah.

Ekoran itu, tuan rumah dan kira-kira 50 hadirin bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan meminta mereka tidak menahan bekas mufti tersebut. Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip tiba dan tertanya-tanya kenapa JAIS hendak menahan Dr Asri.

Tidak lama kemudian sepasukan polis sampai dan kelihatan berunding dengan pegawai penguatkuasa JAIS dan tuan rumah. Setelah berlarutan kira-kira dua setengah jam, akhirnya Dr Asri dibawa ke balai polis Hulu Kelang bagi diambil keterangan. – 1/11/2009

Komen PB

PB persoal mengapa Dr Asri dihalang menyampaikan ceramah agama ???? Beliau adalah seorang bekas mufti ,dan bukan penceramah kampung .. Mengapa negeri Selangor saja yang menghalang beliau memberi ceramah agama ??
Di Pulau Pinang iaitu kampung halamannya di Mengkuang tiada sapa mai halang beliau ceramah seperti apa yang berlaku di Selangor ..

Adakah ini ada konspirasi untuk memburukkan imej Dr Asri kerana sebelum ini beliau mendakwa difitnah oleh pihak tertentu iaitu Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang menghantar memorandum bantahan ke YDPA berikutan penawaran kepada beliau jawatan YDP YADIM .




default

First Warning Najib kepada Mohamad Aziz

on Sunday, November 1, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau melantik Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai menteri Kabinet bagi menghargai peranan dan sumbangan parti itu kepada negara.

Perdana Menteri berkata pelantikan Koh perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti itu di samping beliau mahu supaya suara anggota parti Gerakan sampai kepada kerajaan.

"Saya nak pelantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ini sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti Gerakan.

"Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri, dan saya membuat ini bukan (kerana) saya nak gunakan kuasa, (ini) sebab saya fikir saya pengerusi Barisan Nasional... saya kena buat keputusan untuk kepentingan Barisan Nasional.

"Saya bukan Presiden Umno sahaja, saya pengerusi Barisan Nasional. Saya bukan sahaja Perdana Menteri untuk orang Melayu, saya Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional parti Gerakan di sini hari ini. klik di sini selanjutnya





Komen PB

Ini lah akibat mulut cabai MP Sri Gading Mohamad Aziz yang cuba cari publisiti dengan menggesa Koh Tsu Koon letak jawatan . Seperti bak kata perpatah " Kerana Mulut Badan Binasa " .. Najib sudah marah dengan dengan kenyataan Mohamad Aziz ini kerana ia boleh mengeruhkan keadaan dalam Barisan Nasional.

Buat Mohamad Aziz , mungkin penggal ini lah kali terakhir anda menjadi Ahli Yang berhormat ..PRU 13 ini mungkin nama anda tidak ada lagi dek kerana mulut anda yang laser itu . Selepas itu boleh la anda join rakan-rakan yang lain dalam MUBARAK dan veteran UMNO ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.