PEMILIHAN UMNO 2018 PERLU DIPILIH CALON PILIHAN RAKYAT

on Sunday, June 3, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Hingga setakat antara  yang sudah mengesahkan merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO 2018 ialah 


Presiden 1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Presiden 1. Datuk Seri Mohamad Hassan Naib Presiden (3 orang) 1. Khairy Jamaluddin
2. Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman

Ketua Pemuda
1. Khairul Azwan Harun
2. Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Naib Ketua Pemuda
1. Shahril Hamdan


Seperti kata YB KJ , pemilihan kali ini perlu dijadikan platform pertama untuk perubahan iaitu dengan memilih calon pilihan rakyat bukan lagi calon pilihan ahli parti sendiri . 





Melihat kepada respon di media sosial ahli-ahli UMNO dilihat bersemangat mahu melakukan perubahan drastik di pucuk pimpinan parti .  Mereka semakin sedar siapa yang perlu dipilih berdasarkan kepada pilihan dan kesukaan rakyat . 






PEMILIHAN Umno yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini perlu menjadi platform pertama perubahan parti Melayu itu selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kata

Khairy Jamaluddin. Ketua pemuda Umno itu berkata, kelainan pemilihan kali ini adalah Umno perlu menampilkan calon pilihan rakyat dan bukan merebut jawatan kerana parti itu kini bukan lagi dalam kerajaan.

 "Kita gunakan pemilihan ini platform pertama jadikan Umno baru, budaya baru, semangat baru dan kekuatan baru.

 "Percayalah walaupun perjalanan kita mungkin jauh, tidak pasti lima, 10, atau15 tahun, apa pun jangka masa kita untuk kembali ke tampuk pemerintahan kerajaan, saya akan bersama anda semua supaya kita kembali," kata Khairy ketika majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Umno di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini. Khairy turut mengesahkan beliau telah menghantar pencalonan untuk bertanding merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan kali ini. 

 "Kita ada satu peluang beri isyarat pertama 

Umno memahami pesanan rakyat. Umno bermula langkah membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan kita pilih pemimpin yang diterima rakyat. 

 "Dengan kita amalkan kempen yang sihat, tidak lagi dilihat parti yang dibelenggu tuduhan politik wang, rakus jawatan dan persepsi parti pilih pemimpun ditolak rakyat dan tanggapan Umno parti tidak dapat pilih pemimpin berwawasan dan membawa kesegaran untuk rakyat," kata ahli Parlimen Rembau itu lagi. 

 Pemilihan Umno dijadualkan bermula 23 Jun depan untuk sayap parti dan pemilihan peringkat kebangsaan dijadualkan pada 30 Jun.

 "Yang penting kita mesti bersatu. Kita menang pun bukan jawatan kita memerintah tapi bangkai politik yang perlu kita hidupkan semula. "Hari ini kita bertanding dalam parti yang sudah kalah. Ini bukan pemilihan untuk jawatan tapi pejuang sebenar," kata Khairy lagi. – 1 Jun, 2018.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    UMNO PERLU BERUBAH DENGAN BERSUNGGUH2..! BUKAN TIGA SUKU..!!

    Presiden
    1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - TAK LAYAK..!

    Timbalan Presiden
    1. Datuk Seri Mohamad Hassan - SATU LANGKAH BIJAK..!

    Naib Presiden (3 orang)
    1. Khairy Jamaluddin
    2. Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman

    (PERLU LEBIH CALON MENAWARKAN DIRI BERTANDING UTK MEMILIH PEMIMPIN YG LEBIH BERKALIBER DARI MEREKA2 INI..!!)

    Ketua Pemuda
    1. Khairul Azwan Harun - TAK LAYAK!
    2. Dr Asyraf Wajdi Dusuki - CALON YG BOLEH DIPERTIMBANGKAN..! MEMPUNYAI PENDIDIKAN YG BAGUS! MEMPUNYAI SEMANGAT KEMELAYUAN YG TINGGI! DAN MEMILIKI PENGETAHUAN AGAMA YG SANGAT BAGUS..!!

    Naib Ketua Pemuda
    1. Shahril Hamdan - DAH TAKDE MUKA LAIN LAGI KER..??! APA UMNO SUDAH KEKURANGAN CALON DARI ANAK MUDA YG LEBIH BAIK DARI SI MAMAT NI KER..???!!

    SELAMAT BERJUANG UMNO BARU..!!

  2. Anonymous says:

    Tok Mat patut tanding jadi Presiden terus laaaaa...biar makeover terusssss UMNO ni...cantas abisss saki baki yg duluu..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.