PAKAR EKONOMI FB PERSOAL HARGA MINYAK NAIK BANDING HARGA CRUDE OIL TURUN

on Tuesday, November 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





Semalam kecoh satu negara pasal harga minyak naik 15 sen dan ramailah pakar ekonomi netizen FB smash menghentam kerajaan BN dan Perdana Menteri  menerusi troll  ekoran kenaikan ini.

Hujah mereka mengapa harga minyak dunia Brent ( crude oil) jatuh tetapi harga minyak Malaysia naik.  




Minyak Brent itu belum diproses menghasilkan petrol & diesel lagi dan kalau rasa minyak itu murah harap netizen seperti   admin page Suara Rakyat ini pergi  beli dan isi dalam keretanya . 


Adakah mereka tahu bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Arab yang mengeluarkan  seperti Qatar dan UAE berjuta tong sehari  juga berlaku kenaikan harga minyak pada bulan November ?

Najib dan kerajaan BN ada power juaga  ke  nak arah negara lain  jom naikkan harga minyak bulan November  ?? ..haha... 

Yang mereka tahu semua nak menyalahkan kerajaan BN kononnya zalim dan susahkan rakyat.

Rakyat perlu rasional , faham dan terima  bahawa harga naik turun minyak adalah bergantung kepada harga kajian bulanan  minyak global setiap bulan . 

Masa minyak murah hingga RM1.60 tak pulak marah dan bila naik ke RM1.95 marah kerajaan dan mengutuk PM.  






JAWAPAN KEPADA YANG KELIRU MACAMANA HARGA MINYAK DIMALAYSIA DITENTUKAN

Penetapan harga minyak di Malaysia ini kita pakai sistem "manage float"atau apongan terkawal. Purata data bulan ni akan tentukan harga minyak bulan depan. Contohnya, kenaikan harga minyak bulan Nov disebabkan oleh peningkatan dlm cost of production (Brent nak convert jadi Ron97, Ron95 dan diesel).

Rujukan kepada harga brent semata-mata tidak cukup. Pasal ada faktor lain mcm penyusutan nilai ringgit bagi bulan semasa, sila rujuk data di bawah:

Data September (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan Oktober)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD59
Kos produk Ron95 : USD58
Kos produk diesel : USD54
Exchange rate : USD1 = RM4.15

Data Oktober (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan November)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD67
Kos produk Ron95 : USD65
Kos produk diesel : USD63
Exchange rate : USD1 = RM4.25

Peningkatan kos produk tu salah satunya disebabkan oleh excess supply. Fasiliti storage yang tidak cukup juga akan meningkatkan lagi kos produk bulan Oktober berbanding September.




5 Responses

  1. Unknown says:

    UNDILAH BARISAN NASIONL, harga minyak akan naik
    setiap bulan!
    HIDUP NAJIB!
    Hidup UMNO.



    Karimah bte Karimun,
    Ketua Wanita UMNO Parit Jerman,
    BENUT,
    PONTIAN.

  2. Anonymous says:

    sbb tu kata kalo bn bodoh, pembangkang berkali ganda bodohnya mcm cik minah ni. bg jela tau apa pun penjelasan xkan didengar. rasanya elok bg mereka merentah nak jgk tgk apa bleh buat. tp kalo gagal atau sama je mcm bn da bleh agak skrip 'ini semua salah bn dlu, korup, rasuah, skandal bla3x'. pendek kata mmg x abis la politik 24 jam.

    jentayu

  3. Anonymous says:

    Fakta biar jelas. Bila masa MYR cecah 4.25.
    Sepatutnya kalau excess supply harga sepatutnya jatuh. Ini teori ekonomi yg budak Sekolah pun tahu.

  4. Anonymous says:

    lain kali mulut tu jaga sikit, jangan suka2 kata najib ni lemah ke, lembik ke. sekali dia henjut tau tak apa berlaku? minyak petrol dan desel naik, minyak masak jugak naik. tak lama lagi dengarnya tol pulak nak naik. lepas ni kalau dia henjut sekali lagi, mampus terberak kita kena bayar macam2 yang mencanak naik. tolong jaga mulut please.....

  5. Anonymous says:

    org bn skrg bodo tak boleh diajar dh..dah la bodoh..sombong pulak tu..dah kaya sgt kot makan dedak byk sgt..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.