Alahai Zaid Ibrahim.. selepas Ku LI kini Zahid pulak jadi mangsa ?

on Thursday, April 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tindakan Datuk Zaid Ibrahim memetik nama TPM DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai PM menggantikan DS Mohd Najib Tun Razak adalah strategi  terbaru geng anti Najib diketuai Tun Mahathir .

Ini kerana agak pelik sebelum ini mereka tidak pernah menamakan siapa  PM untuk menggantikan Najib dan hanya mendesak berundur  sahaja. Malah nama Zahid Hamidi juga tidak pernah disentuhsebagai pengganti  oleh  Tun Mahathir.

Mereka juga tahu strategi menjatuhkan Najib melalui deklarasi dan campur tangan asing tidak berkesan disebabkan prinsip demokrasi  pengganti PM hanya boleh melalui proses peralihan kuasa dalam parti majoriti menang sahaja.

Sebelum ini mereka mencadangkan nama Ku Li tetapi ia dinafikan tuan punya badan.

Jadi , mereka tiada pilihan terpaksa memilih Zahid Hamidi.

Apakah Zahid akan berbuat demikian ? Tidak sama sekali kerana Zahid dikenali orang  setia kepada bos nya .

Melaga-lagakan No 1 dengan No 2 memang jalan mudah tapi ia tidak semudah itu seperti mana Mahathir gunakan Muhyiddin sewaktu jadi TPM .





Beri Zahid peluang ganti Najib, kata bekas menteri

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu semua pihak memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui negara.

Menulis di blog, katanya, rakyat telah sekian lama melalui kemelut skandal 1MDB dan bersetuju dengan perdana menteri bahawa semua pihak mesti bergerak ke hadapan tetapi bukannya bersama Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau (Zahid) perlu beritahu perdana menteri, dengan tegas, bahawa peralihan kuasa perlu mengambil tempat sebaik sahaja pilihan raya Sarawak selesai, dan tidak boleh menunggu sehari lebih lama.

“Beliau mesti meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, walaupun ini bermakna mengambil sebarang langkah akan meletakkan dirinya dalam risiko.

“Beliau perlu menjalankan pemberontakan ini,” kata Zaid yang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbabit secara aktif dalam gerakan Deklarasi Rakyat bagi ‘Selamatkan Malaysia’ dengan agenda utama menumbangkan Najib.

Beliau berkata Zahid mungkin tidak demokratik dan tidak kelihatan ‘bersih’ tetapi selagi rakyat berpegang kepada prinsip parlimen bahawa parti majoriti yang seharusnya memerintah, maka semua pihak perlu menerimanya sebagai perdana menteri yang baru.

“Pemimpin Umno yang terus berkata berikan Najib peluang sekali lagi perlu menyusun semula kata-kata mereka - beri Zahid peluang,” katanya.

Sambil mengakui beliau tidak mengenali timbalan perdana menteri secara rapat, namun Zaid berkata beliau pasti bahawa adalah sukar untuk Zahid daripada menjadi lebih teruk daripada perdana menteri hari ini.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.