Syabas KDN dan kerajaan Malaysia yang menyekat dan menghalau balik bekas aktivis pelajar reformasi 1998 Mugiyanto yang dijadualkan memberi ceramah di forum YellowMANIA malam ini di Dewan KLSCAH mengenai gerakan rakyat boleh bawa perubahan .
Langkah pencegahan seperti ini perlu bagi mengekang individu asing yang datang mahu menghasut rakyat turun ke jalanan menjatuhkan kerajaan .
Gunakan kuasa yang ada bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan negara .
Syabas pihak berkuasa Malaysia !
Aktivis reformasi Indonesia Mugiyanto dihalau pulang setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) hari ini.
Perkara ini dinyatakan oleh BERSIH dalam satu tweet.
"BREAKING: Panelis forum #YellowMania malam ini, Sdr Mugiyanto ditahan di KLIA2 dan dihantar pulang. @saifuddinabd @Ambiga_S, petik tweet itu.
Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdulah, yang disebut dalam tweet itu kemudian bertanya, "Atas alasan apa dia diperlakukan demikian?”
Mugiyanto dijadualkan berucap di forum #YellowMania anjuran kumpulan NGO reformasi pilihan raya bertajuk "gerakan rakyat boleh bawa perubahan" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala L:umpur dan Selangor, malam ini.
Mugiyanto, yang merupakan seorang pemimpin pelajar semasa pergerakan reformasi anti-Suharto pada tahun 1998 membantu menganjurkan tentangan pelajar yang bertindak ‘orde baru’ terhadap rejim Suharto.
Tahniah KDN. Apa yang direformasikan pun saya tak tahu. Tak bersyukur langsung hidup di Malaysia. Lebih baik dia orang ni especially Maria Chin berjuang tolong kerajaan pantau harga barang, ni harga petrol dah turun. Lah ni, tak nampak apa apa pun pembangkang buat ..komplen je..