REALITI ANCAMAN IS : MANIPULASI AYAT AL-QURAN PENGARUH SERTAI MILITAN

on Sunday, January 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Umum mengetahui bahawa anggota militan 'Islamic State' (IS) merekrut pengikut dari pelbagai negara dan Malaysia tidak terkecuali daripadanya. Laporan dari Bukit Aman baru-baru ini menyatakan ramai rakyat Malaysia dikesan menyertai IS termasuklah lapan kanak-kanak tempatan yang sedang dilatih menjadi militan IS menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Ahmad El-Muhammady, Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) mengulas, terdapat beberapa faktor yang mendorong orang ramai menyertai militan IS antaranya, idealogi yang digunakan oleh IS iaitu memanipulasi ayat Al-Quran yang menampakan seolah-olah ianya ke arah jihad.
IS menanamkan kepercayaan bahawa pelakunya akan mendapat syahid dan balasan syurga kerana mereka 'trade off' nyawa kononnya dengan keredaan tuhan.

Majoriti ulama di dunia Islam hari ini bersepakat bahawa tindakan ini menyeleweng daripada ajaran Islam.

Is lebih berminat merekrut golongan muda kerana usia mereka leboh panjang dan bersemangat selain memiliki fizikal yang kuat. 

Ianya secara tidak langsung IS mempunyai kapasiti ofensif dalam jangka masa yang panjang.

Di Malaysia hampir 90 peratus rakyat direkrut melalui media sosial. IS mempunyai strategi pemasaran yang amat berkesan dengan menggunakan ideologi al-Qaeda, mereka menyeru individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat.

Kita bernasib baik kerana Polis Diraja Malaysia pantas dalam mengambil tindakan menangani isu militan IS ini.
Sumber : Harian Metro


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.