MUFTI PERLIS HAIRAN REMAJA BERLAJAR TEKNIK BOHONG DICULIK DARI SIAPA ?

on Friday, January 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.

Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.

"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

"Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini.




Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.

Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.

Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.



Komen GPB

Tak perlu terkejut dengan penipuan ini....sekarang ini zaman digital dan hand phone . semula maklumat boleh diakses mudah. tengok filem orang hollywood pun dah boleh buat lakonan penculikan . 



5 Responses

  1. Anonymous says:

    Mufti Perlis nak tuju kat sape Tue? Klau dia post KT fb bleh tgk la komen mestinya terarah kpd PM. Atau mgkin dia nk tuju pada dia sndri... Dok sibuk kan urusan lain, sedang asas mendidik umat ditinggal2kan... Huhuhu

  2. Anonymous says:

    dari dap le, siapa lagi ..

    ingat dulu kes kat Seputih KL, pejabat dicurah cat merah ...
    samalah tu ...

  3. Anonymous says:

    ikut perangai tok mufti la....sana cakap lain sini cakap lain

  4. Anonymous says:

    ikut pernagai tok mufti la....sana cakap lain, sini cakap lain.....

  5. Anonymous says:

    Heran juga moptee pun belajar berbohong dari siapa?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.