GPB tak terkejut dengan kenyataan Ketua AMK PKR Nik Nazmi ini...... game plan mereka sebenarnya mahu ramai pemimpin UMNO seperti Khairy Jamaluddin hilang kepercayaan kepada Presiden menerusi isu 1MDB dan dana politik RM2.6B gagal .
Apa yang Nik Nazmi nak bising sangat tentang isu UMNO ...AMK pun pertahan juga bermati-matian ketika pendedahan video seks DSAI dan kes liwat walaupun ia berkaitkan isu moral yang cukup teruk .
Dakwaan Nik Nazmi umpama meludah ke langit akhirnya terpercik ke muka sendiri ..
Nasihat Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar: "Baik jadi bintang televisyen sahaja."
Ini adalaha kerana, menurut beliau, ketua Pemuda UMNO itu dan juga pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang lain gagal menunjukkan peningkatan moral antara diri mereka.
"Mereka (Pemuda UMNO) berkali-kali buktikan yang mereka tidak mampu menunjukkan peningkatan moral yang ada dalam kepimpinan mereka.
"Lihat sahaja ketua mereka (Khairy) yang kononnya bersikap sederhana dan liberal. Namun dia tetap setia bersama UMNO dan presidennya (Datuk Seri Najib Razak) yang banyak skandal dan kontroversi," kata Nik Nazmi.
Beliau berkata, Khairy juga gagal menangani isu-isu perkauman yang dilihat saban hari semakin serius.
Jelasnya lagi, Khairy akan terus gagal bersama UMNO memandangkan UMNO tidak mahu berubah.
"Pokoknya, dia akan terus gagal kerana UMNO tidak mahu berubah. Jadi saya nasihatkan kepada Khairy, baik jadi bintang televisyen sahaja. Mungkin Khairy ada masa hadapan yang lebih cerah dalam kerjaya itu," katanya.
itulah yang dikatakan masalah moral yang melibatkan kuman di seberang laut nampak di mata tetapi masalah moral gergasi di depan mata buat-buat tidak nampak.