TUN M TERLALU BEREMOSI SAMA SEPERTI ANWAR KETIKA ZAMAN REFORMASI

on Saturday, June 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) naik ke pentas selepas acara Dialog PM Bersama NGO dibatalkan disifatkan beremosi sama seperti bekas timbalannya dulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut seorang tokoh politik veteran yang hadir pada acara itu, Tun M kelihatan terlalu beremosi dan berkelakuan seperti Anwar ketika zaman reformasinya.
“Tun M tidak sepatutnya mengambil pentas dan berucap setelah pihak penganjur membatalkan acara atas nasihat polis.
“Memadai jika beliau hanya membuat sidang media,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tun M naik ke pentas selepas acara berkenaan dibatalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status di laman sosial Twitternya, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya berhasrat untuk hadir pada acara Dialog PM Bersama NGO pada pagi ini tetapi membatalkannya selepas dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Perdana Menteri sebenarnya baru hendak keluar dari rumah untuk datang ke acara ini tetapi diberitahu polis mengenai acara berkenaan dibatalkan,” katanya semasa sidang media di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Difahamkan, PDRM mengambil langkah membatalkan acara berkenaan untuk mengelak sebarang bentuk provokasi yang boleh mengancam keselamatan orang ramai khususnya mereka yang hadir pada acara berkenaan.
Tindakan PDRM membatalkan program dialog bersama PM ini dilakukan ekoran terjadinya kekecohan di dalam majlis yang sengaja dilakukan ‘pihak yang tidak berpuas hati’.
“Ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan yang sudah penuh sesak dan tidak berpuas hati kerana merasakan seperti mereka dihalang masuk” jelas Khairul Anwar
Dewan Tun Hussein Onn di PWTC itu yang hanya dapat menampung 1500 orang namun dihadiri oleh lebih 2500 orang yang kebanyakannya tidak mengesahkan kehadiran mereka dahulu, kata Khairul Anwar.
Pintu masuk yang pada mulanya terpaksa ditutup kerana dewan penuh sesak dengan hadirin itu dirempuh secara ganas oleh ‘pihak tertentu’ lalu mengakibatkan adegan tolak menolak dan provokasi sehingga boleh mengancam keselamatan orang ramai di situ.- KLXpress-


5 Responses

  1. Anonymous says:

    spin jgn tak spin....

  2. Anonymous says:

    X payah spin lah bro..

  3. Anonymous says:

    penganjur yg jemput Tun berucap...

  4. Anonymous says:

    DS Najib bg la jawatan menteri dlm kabinet sama utk anak dia, Mukhriz tu. ganti duk tempat DS Zahid atau tempat DS Hishamudin ka, mesti dia duk sengap ja. ni hangpa pi letak anak dia duk jd MB negeri ja. sedih la orang tua tu. anak menteri lain ada ka yang jadi bilionair?

  5. Anonymous says:

    Kannn....macam sama jer god father depa ni...modus operandi sama jer

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.