Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang menjadi viral di kebanyakan media sosial mengenai lori syarikatnya ditahan pihak berkuasa ketika menghantar bantuan ke Dabong, Kelantan, kelmarin.
Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim berkata, lori yang membawa makanan segera ke kawasan itu dapat meneruskan perjalanan tanpa sebarang sekatan mahupun gangguan daripada mana-mana pihak seperti yang disebarkan di media sosial.
“Team Sabasun selamat pulang dari Dabong, Kelantan, tiada apa masalah berlaku dan berita yang disebarkan adalah tidak benar malah saya tidak mengenali langsung individu terbabit.
“Individu itu juga mendakwa kenyataan yang dimuat naik dalam akuan Facebook miliknya yang dikatakan dipetik daripada Facebook rasmi Sabasun juga adalah sama sekali tidak benar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Salmi lagi, perjalanan mereka mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dari segi perjalanan dan juga ketika pengagihan makanan di pusat-pusat pemindahan serta rumah penduduk terjejas banjir.
Misi bantuan yang diketuai Pengarah Operasi, Che Salman Che Ibrahim itu selamat tiba di Terengganu pada jam 4 pagi semalam.
“Saya agak terkejut dengan kenyataan pihak tidak bertanggungjawab itu dan berharap tidak ada lagi kenyataan palsu yang dibuat membabitkan syarikat saya,” katanya.
Bagaimanapun, Che Salmi belum terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu itu dan pada masa sama, memberi amaran supaya ia dihentikan segera.
fitnah dan terus fitnah..
itulah macai2 PAS PR.
xboleh kuasai keadaan utk membela rakyat
mereka jd iblis laknatullah utk tanam kebencian..