Adam Adli juga bakal dibebaskan seperti Anwar ?

on Monday, January 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pagi tadi Adam Adli hadir bersama rakan-rakannya di mahkamah tinggi KL bagi menunjukkan kesetiaannya kepada Anwar.

Anwar sudah dibebaskan , apakah nasib Adam Adli pulak yang hadapi jawatankuasa Tatatertib UPSI hari ini ?





IPOH: Nasib pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Adam Adli Abdul Halim, 21, yang mencetuskan kontroversi kerana tindakannya menurunkan bendera mempunyai wajah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 17 Disember lalu, akan ditentukan hari ini.

Jawatankuasa Tatatertib UPSI akan mendengar keterangan pelajar berkenaan yang akan menentukan sama ada pelajar itu bersalah atau tidak.
Jika keputusan mendapati Adam Adli bersalah, hukuman paling berat terhadapnya adalah disingkirkan daripada UPSI. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata sesi perbicaraan itu akan diadili di depan jawatankuasa berkenaan yang dianggotai lima individu berkecuali, termasuk dekan universiti yang akan menyoal serta membuat penilaian berhubung kes itu bagi membuktikan pelajar terbabit bersalah atau sebaliknya.

“Pada sesi perbicaraan itu, kita akan memanggil kumpulan penyiasat kes berkenaan dan saksi universiti untuk memberi keterangan. Perbicaraan akan dilakukan secara terperinci termasuk mengambil kira siasatan polis dan rakaman video.

“Jadi, esok (hari ini) adalah hari untuk menentukan Adam Adli bersalah atau sebaliknya. Jika didapati bersalah, beberapa hukuman akan ditentukan antaranya diberi amaran, dikenakan denda tidak melebihi RM200 atau digantung pengajian sehingga tiga semester.

“Jika keputusan mendapati kesalahan itu serius, mungkin dia akan disingkirkan terus daripada UPSI,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, Adam Adli tetap diberi hak dan peluang untuk membela diri pada Lembaga Rayuan universiti jika dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

“Kita (UPSI) akan memberi tempoh satu bulan kepada Adam Adli untuk mengemukakan rayuan,” katanya.

Sesi perbicaraan itu diadakan bagi menyiasat pembabitan pelajar dalam insiden yang mencetuskan kontroversi itu sehingga berlaku dua demonstrasi berasingan di Putrajaya dan UPSI, baru-baru ini.

Ditanya sama ada UPSI menerima tekanan daripada mana-mana pihak berhubung kes itu, Junaidi berkata sesi perbicaraan itu adalah proses biasa yang harus dijalani mana-mana penuntut, jika mereka didakwa melakukan kesalahan.

"Kita tidak menerima tekanan mana-mana pihak. UPSI akan memberi keadilan kepada semua pihak dan prosiding itu dijalankan berlandaskan peraturan serta prosedur undang-undang yang biasa dilakukan di mana-mana universiti," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan waktu atau lokasi prosiding itu diadakan bagi mengelak berlaku sebarang insiden tidak diingini, termasuk sehingga mengganggu penuntut universiti itu yang sedang menjalani peperiksaan semester.



3 Responses

  1. Anonymous says:

    Singkirrrr terossssss !! jangan disimpan budak yg macam ni..dia kan mempengaruhi budak lain.

  2. Unknown says:

    Yg ni aku rasa memang kena... Sebab jelas bukti kukuh...

    NURUL, SIAPA AGENT PROVOCATEUR?? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  3. Anonymous says:

    tak apa adam..masuk universiti pun belum tentu boleh dapat kerja.. ramai yang mengganggur pun la niee

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.