Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.
Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli hari ini yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
“Saya nak tengok…Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini…pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.
“Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan KepimpinanPerdana di sini.
Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.
“Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain,” katanya.
Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.
Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.
Tun M mengamuk, dokumen Rafizi bohong ?
on Monday, December 19, 2011
by Generasi Pejuang Bangsa
-
3 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2011
(191)
-
▼
December
(29)
- Selamat Tahun Baru 2012
- Selepas Anwar disamakan Imam Mahdi , muncul pulak ...
- Satu lagi kejayaan negeri Pakatan , tarian bogel ...
- Adakah Adam Adli berani hadir 9 Jan di UPSI ?
- SMM jumpa Pas Kedah, bila masa nak berlajar?
- Sebab utama Adam Adli dan SMM nak berdemo di UPSI ...
- SMM hasut mahasiswa berdemo untuk budak biadap Ada...
- " Bahalol " tuduh Sembang Rakyat ditaja BN
- Tun M mengamuk, dokumen Rafizi bohong ?
- Adam Adli adalah umpan PKR untuk UMNO
- Pemuda UMNO dah bersuara, kecam mahasiswa bangsat...
- Drama Godfather DAP berakhir , akhbar Tamil dipers...
- Mahfuz seronok Hassan Ali keluar Pas
- Kemunafikan Tuan Ibrahim semakin teruk sejak jadi ...
- Awang Import kembali sertai Liga Super Malaysia 2012
- Dunia tak kiamat pada 2012 - Pakar
- Jom lihat fakta industi Doll pesat membangun di Er...
- Akibat terpengaruh raba nenen , coli pun dirembat !
- Akibat terpengaruh raba nenen , coli pun dirembat !
- Apa kaitan Husam dengan China doll ini?
- Zahid Hamidi beri perhargaan sebab tahu hasil kerj...
- Pengacara No 1 Malaysia Aznil Nawawi beri sokonga...
- Zahid Hamidi puji peranan blogger melawan fitnah P...
- Orang lain kahwin, Musa Hassan jadi mangsa fitnah
- Video CD Kamal Saidin paling laris dijual
- Gambar menarik sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011
- Bukti UMNO membantu peniaga Melayu mencari rezeki !
- Puisi seorang panglima perang UMNO
- Gambar keretapi terkandas gara-gara ancaman bom di...
-
▼
December
(29)
Tun saman je budak tuuuu....
Sapaaa yang buhuuung nii!.... tak kan yg dah pencen tal letak jawatan lagi dari dok buat kerja 'BOHONG', 'KELENTONG' atau 'KONSPIRATOR' ..ayuhai Tunn M............. depa ke, aku sendiri?????????
nice one... link kan blog saya. blog sdr dah dilinkkan.... kita balun puak celaka nie... hehe
aliffmy.blogspot.com