Sambutan pasukan Liverpool ke Malaysia hebat , 67,000 tiket sudah dijual

on Saturday, July 16, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Nampaknya sambutan terhadap pasukan Liverpool ke Malaysia nampaknya paling meriah berbanding 3 pasukan lain dari segi penjualan tiket . Ramai juga lah peminat2 Liverpool di negara ini dan lebih menarik lagi ini merupakan kunjungan pertama pasukan dari England ini ke Malaysia .

GPB harap pasukan negara kita dapat pamerkan aksi terbaik selepas kekalahan kepada Arsenal 4- 0.



KUALA LUMPUR 15 Julai – Jualan tiket bagi baki dua perlawanan persahabatan membabitkan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Malaysia, amat memberangsangkan, kata penganjur ProEvents International.

"Sambutan daripada peminat amat baik,” kata Pengarah Urusan ProEvents San Boon Wah di sini hari ini.

Beliau mendedahkan bagi perlawanan membabitkan Liverpool esok, kira-kira 67,000 tiket sudah dijual setakat ini.



"Jumlah itu lebih tinggi daripada perlawanan Manchester United (Jelajah Asia) pada 2009.

"Antara sebab utama kenapa perlawanan Liverpool mendapat sambutan hangat ialah kerana pasukan itu beraksi buat pertama kali di Malaysia,” katanya.




Bagi perlawanan Chelsea pada 21 Julai di Stadium Nasional di Bukit Jalil, sebanyak 45,000 tiket sudah dijual setakat ini, katanya.

"Tiket bagi kedua-dua perlawanan masih ada,” katanya dan menurutnya 83,000 keping tiket dicetak bagi setiap perlawanan.

Perlawanan antara Liverpool FC dan Harimau Malaya akan bermula pada 5.45 petang esok, manakala perlawanan Chelsea-Harimau Muda akan bermula pada 8.45 malam, 21 Julai. – Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.