Penyokong pasukan bola sepak terkenal dunia yang kalah final World Cup pun tak taksub seperti penyokong bola sepak di negeri PAS ini .
Kalau penyokong partinya pun taksub kepada pemimpin itu aku tak hairan sangat, tapi kalau kerana kalah saja pasukan bola sepak mereka sampai menghina Yang Di Pertuan Agong merupakan perbuatan yang melampau .
Ada ka patut 2 orang penyokong Kelantan yang bangang ini dek kerana kalah final Piala FA 2011 telah menghina Yang di-Pertuan Agong kononnya membeli perlawanan .
Budak 2 ekor yang masih hingusan ini pasti kuat menyokong PAS .PAS pun lebih kurang la kalau kalah saja pilihanraya semuanya disalahkan SPR kononnya tidak adil dan bawa pengundi hantu .
Sepatutnya budak bangang ini pi marah Daudsu Jamaluddin yang score gol sendiri pada minit terakhir perlawanan bukannya menghina Yang Dipertuan Agong .
Harap SKMM dan polis dapat menyiasat perbuatan kurang ajar ini .
KUALA TERENGGANU: Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.
Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.
Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, semalam.
Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.
Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan Agong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.
"Sebelum ini, kita sudah menasihatkan dua individu berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.
"Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan," katanya yang ditemui di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, semalam.
Puak2 pas ne kebanyakanya berpenyakit pelik x bolih kalah bila kalah saja meroyan lebih drp perempuan yang meroyan.
Assalam Bro
Yang makan rasuah tu penganut PAS...
Budak2 2ekor tu sebenarnya buta kayu kalau betul peminat bola x mcm tu komennya, kalau Daud che Su x menjaring gol sendiri bola itu akan tetap masuk kerana ada 2 lagi pemain Terangganu berada disitu, nasihat aku kpd 2ekor buta kayu tu mlm ne ambil bola rendam minum airnya pasti akan bermimpi main bola dimalam final tu & menang.
kurang ajau budak tu... orang lain yg busuk nama..
peminat bola sepak kelantan ni memang gitu. lawan la dengan mana2 team pun mesti berakhir dengan masalah. tak ada semangat kesukanan. depa ni macam tak percaya qadaq dan qadar Allah. semua orang yang main mesti nak menang. klau kita ada perancangan Allah juga ada. kalah menang adat bertanding. bola sepak ni ada turun naiknya. satu lagi bola tu bulat, kat padang apa2 boleh jadi. dah memang denga izin Allah terengganu berhak menang akur lah. kalau tak boleh terima kekalahan jangan main bola. duk kelantan senyap2.bikin susah satu malaya je.
typical kelantan... x payah bola, benda lain pun sama je
bengap ayam,,keraa marah sb kalah agung jadi mangsa,,,dier ingat YDP agung 2 kawan2 dier kot,,bebal tk sudah2..
kelantan ni elok die bersukan sesame die je. kalu dlm hal-hal yang lain pun,politik misalnye,elokle sesame die sudah..bikin panasss 1 Malaysia je..buat TGNA apalah salah berbangga dilahirkan sbg melayu(islam)
TGNA nmpaknye berbangge sbg anak klntan..kalu tak,takde le pegi rasmi sane sini perjumpaan psatuan anak2 klntn diperantauan..mane de mb negeri lain yg mcm tu..kalu tak,nape tak nasihat rkyt supaya jgn bersikap kenegerian melampauu gitu..bukankah itu asabiyah namenye n blh bawa perpecahan org melayu(islam)