Kerajaan UMNO/BN nak buat solat Hajat doakan keselamatan , PAS pulak mahu demo !

on Friday, February 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan UMNO /BN sentiasa prihatin dengan nasib yang dialami rakyat Malaysia di Mesir . Walaupun telah dihantar misi menyelamat ribuan rakyat kita di sana , semalam  kerajaan menyeru pulak diadakan solat Hajat memohon keselamatan pelajar & rakyat Malaysia di sana .

Bukan seperti PAS yang sibuk hendak ajak rakyat berdemo saja & menyalak sana sini salahkan kerajaan .  Kerajaan BN tidak pernah memilih bulu seperti PAS  dalam menyelamatkan rakyat kita di sana . Tidak kira la pelajar itu anak PAS, anak PKR ka .. semua kita selamatkan kerana mereka rakyat Malaysia .


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat pada malam ini dan selepas solat Jumaat esok untuk mendoakan keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia lainnya di Mesir.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, ia juga diharap dapat membantu meredakan konflik yang sedang berlaku di negara itu.

Rakyat Mesir kini bangun memberontak supaya Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kita berharap lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir selamat serta ketegangan di Mesir akan berakhir dengan aman,” katanya. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.