Pendakwaan Khir bukti SPRM tidak pilih bulu , peluang bersihkan dirinya dari fitnah pembangkang

on Tuesday, December 7, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Semalam berita memuatkan bekas MB Selangor , Datuk Seri Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk saya dan isteri suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

PB melihat pendakwaan rasuah terhadap pemimpin BN ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap telus dan tidak 'pilih bulu' dalam menjalankan tugas. Ini bercanggah dengan tuduhan Pakatan Rakyat yang dalam ceramah-ceramah mereka bahawa bila SPRM menangkap pemimpin mereka berhubung rasuah , terus akan dituduh SPRM pilih bulu dan tidak telus .

Reaksi Dr Khir juga bagi PB menunjukkan keyakinan terhadap dirinya yang boleh dikatakan bersedia untuk menghadapi pendakwaan ini . Selain itu , pendakwaan ini juga menurutnya boleh memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan sepenuhnya isu ini di Mahkamah serta peluang membersihkan dirinya .

Ini kerana sebelum ini wakil rakyat kerajaan negeri Selangor menerusi Adun Sekinchan Ng Suee Lim menuduh rumah yang dibelinya sekarang itu berharga RM 24 juta. Jadi , jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah , ternyata tuduhan Adun DAP selama ini adalah fitnah dan pembohongan .


One Response

  1. Anonymous says:

    Dibawah seksyen 101 Akta Keterangan, beban bukti (beban undang-undang) dibahu Pendakwa untuk membuktikan kesnya pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munasabah". OKT hanya akan diperintahkan masuk membela setelah Pendakwa mewujudkan kes prima facie.
    Diperingkat ini (peringkat pendakwaan), OKT diandaikan innocent (in the clear,blameless). Saya lebih suka menterjemahkan "presumption of innocence" sebagai bermaksud "andaian belum dipertanggungjawabkan atau andaian belum bersalah" berbanding "andaian tidak bersalah".

    Diperingkat pendakwaan, Pendakwa hendaklah mengemukakan keterangannya pada takat prima facie. Beban bukti Pendakwa diperingkat ini secara spesifik disebut sebagai beban keterangan (sekysen 102 Akta Keterangan).
    Samada OKT dipanggil masuk membela atau dibebaskan (acquitted) bergantung kepada Pendakwa berjaya atau tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam kes Dato Ramli contohnya, beliau dibebaskan tanpa perlu masuk membela kerana tiadanya kes prima facie terhadapanya. Dalam kes Altantuya, dua dari tiga OKT diperintahkan masuk membela kerana adanya kes prima facie terhadap mereka. Razak Baginda bagaimanapun dibebaskan (acquitted) kerana tiada kes prima facie terhadapnya tanpa perlu beliau masuk membela.

    Selagi belum adanya kes prima facie, OKT diandaikan belum lagi bersalah atau belum dipertanggungjawabkan(presume innocent). Apakah perbezaan "andaian tidak bersalah" atau "andaian belum bersalah" atau "andaian belum dipertanggunjawabkan", saya serahkan para pembaca yang cerdik pandai diblog ini memikirkannya?

    Bila, wujudnya kes prima facie (keterangan yang mencukupi), OKT akan dipanggil masuk membela dan diperingkat pembelaan, tidak ada lagi "andaian belum bersalah" sebaliknya sudah wujud "andaian bersalah" atau "andaian sudah dipertanggungjawabkan". OKT bagaimanapun boleh memilih untuh berdiam diri walaupun sudah ada andaian sudah dipertanggungjawabkan terhadapnya. Hak berdiam diri ini bagaimanapun bukanlah tanpa risiko kerana sudah wujud kes prima facie.

    Pun begitu, andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan tetap suatu andaian bukannya pembuktian (beban undang-undang dibawah seksyen 101 Akta Keterangan).

    OKT tidak boleh disabitkan berdasarkan suatu andaian. Pendakwa tetap perlu membuktikan kesnya (Beban Undang-undang)pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munusabah bukan berdasarkan andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan apatahlagi andaian belum bersalah.

    OKT telah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan, maka OKT diandaikan belum dipetanggungjawabkan selagi Pendakwa tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam mewujudkan kes prima facie terhadap OKT, Pendakwa perlu kemukakan keterangannya samada lisan ataupun berdokumen.

    Selagi tidak dipanggil masuk membela, adalah tidak wajar untuk meminta OKT memberikan apa-apa penjelasan kerana belum wujudpun kes prima facie terhadapnya, dan OKT diandaikan belum bersalah atau andaian belum dipertanggungjawabkan lagi. Maka, setakat ini, yang perlu panik atau menggelabah sepatutnya Pendakwa bukannya OKT untuk panik dan menggelabah tidak tentu pasal.

    Andai wujud kes prima facie dan OKT dipanggil untuk masuk membela, andaiannya OKT sudah dipertanggungjawabkan, dan OKT hanya perlu menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Satu keraguan yang munasabahpun mencukupi untuk OKT dibebaskan kerana takat pembuktian Pendakwa adalah tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

    Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang-Undang

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.