Ayuh Malaysia ! Buktikan skuad Harimau Malaya kembali mengaum

on Saturday, December 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


oleh : Shebby singh

PEMBACA kolum ini sudah pasti menyedari setiap pasukan bola sepak harus mempunyai tulang belakang yang kukuh. Setiap pasukan dibina dengan posisi penjaga gol, bek tengah, pemain perancang serta pemain penyerang.

Inilah posisi yang memberi asas untuk beraksi mantap. Skuad negara bertuah kerana miliki tulang belakang kental di bahagian pertahanan, jentera tengah kreatif serta tajam di bahagian serangan.Setiap pemain beraksi menentang Vietnam mempersembahkan aksi terbaik dan keyakinan setiap pemain harus dipuji.

Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat tenang dan sentiasa memberi arahan kepada pertahanan dan komunikasi penting dalam keadaan tertekan.

Kedua-dua bek tengah, Mohamad Muslim Ahmad serta Mohamad Fadhli Shas seperti pasangan kembar kerana memahami pergerakan satu sama lain. Mereka juga begitu selesa memenangi bola tinggi yang dihantar lawan.

Satu pasangan unik menerajui bahagian tengah dengan ketua pasukan, Safiq Rahim bertindak sebagai perancang utama manakala Amar Rohidan tenang sebagai ‘holding midfielder’. Kualiti Amar memberi keyakinan buat Safiq untuk mara membantu bahagian serangan.

Akhirnya, tulang belakang ini diterajui dua penyerang terbaik Asia Tenggara iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Safee menyerlah sebagai ‘penyerang utama’ bijak mencari ruang tepat manakala Norshahrul pula lincah menggelecek lawan.Mujurlah kedua-dua pemain ini menunjukkan persefahaman serta kombinasi telepatik.

Selepas menyaksikkan kedua-dua separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, saya berpendapat pasukan negara mampu menjadi juara tetapi biarlah pembangunan pasukan ini diatur selangkah demi selangkah.


Inilah kali pertama pasukan kita menghadapi tekanan kerana memiliki kelebihan dua gol ketika mengunjungi Hanoi tapi saya yakin kelebihan ini memberi kesempatan buat jurulatih, K Rajagobal menyediakan taktik tepat.


Buat sekian lama, kita kini mempunyai jurulatih yang berjaya mengelirukan lawan dengan formasi fleksibel di padang. Pasukan kita kelihatan selesa dengan formasi 4-4-2, 4-2-3-1, 4-5-1 dan 4-1-4-1 sepanjang tempoh 90 minit aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Apa jua keputusan di Hanoi, kita harus bangga dengan potensi dan corak permainan dipamerkan dan akhirnya saya rumus kita kini sudah bangkit di arena antarabangsa.



Komen PB

Selamat berjuang kepada skuad bola sepak negara pada malam ini dalam pertemuan kedua Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Hanoi. Bermainlah bermati-matian dalam perlawanan penting ini dan anggap ia seperti final . Buktikan Malaysia Boleh !


2 Responses

  1. Salam semua says:

    Salam…

    Sebagai blogger baru, saya memohon kesudian tuan supaya dapat pautkan blog saya ke dalam laman blog tuan.

    Kesudian tuan berbuat demikian saya ucapkan ribuan terima kasih…

    Sekian.

    salamsemua2010.blogspt.com

  2. armouris says:

    Malaysia boleh! main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.