Soi Lek cuba jadi hero isu lesen gula , minyak masak dan tepung

on Wednesday, June 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Isu gula, minyak masak dan tepung gandum dah bikin banyak pihak pening kepala.

Orang ramai mengadu sukar membelinya, peruncit pula kata tak dapat bekalan, pembekal pula kata dah hantar bekalan.

Terbaharu, Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia macam mengugut kerajaan untuk hentikan jualan tiga barang kawalan itu berkuat kuasa 15 Jun ini.

Peliknya, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek macam setuju cadangan persatuan peniaga atau peruncit-peruncit terbabit.

Alasan persekutuan itu kononnya bukan sebagai membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan tidak setimpal.

Persoalannya kenapa sekarang cerita soal untung rugi selepas mereka kaut untung sebelum isu gula, minyak masak dan tepung jadi isu?

Lebih menghairankan peruncit-peruncit Melayu dan India tak bisingpun fasal soal lesen dan untung tak setimpal.

Bagi mereka, pengeluaran lesen diberikan percuma setelah kerajaan batalkan cadangan bayaran RM10.

Lagipun, dengan pengeluaran lesen tersebut, kerajaan tahu setiap peruncit menerima bekalan masing-masing sehingga 200 kilogram.

Tujuannya juga bagi memudahkan kerajaan memantau peruncit-peruncit terbabit sama ada mereka menjual barangan itu kepada orang ramai, sebaliknya atau menyoroknya.

Ini kerana ada dakwaan peruncit mengambil kesempatan menjual gula ke negara jiran kerana memburu keuntungan berlipat ganda.

Mungkin antara peruncit yang berbuat demikian dan dengan syarat lesen ini, mereka tak dapat meneruskan kegiatan itu.

Sebab itu, tidak hairan jika ada persatuan atau peruncit yang ‘angin’ dengan syarat lesen yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memetik kata menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kementeriannya sudah buat macam-macam kelonggaran.

Menjadi pertanyaan Ismail, dengan cadangan hentikan penjualan itu, apa lagi yang mereka mahu?

Tegas menteri itu, pengeluaran lesen adalah bagi memastikan ketirisan dalam penjualan gula supaya kerajaan dapat mengetahui ke mana gula di jual oleh peruncit-peruncit.

Setakat ini kerajaan ada rekod pengeluaran gula dari kilang, kilang ke pemborong tetapi dari pemborong ke peruncit tiada rekod.

Masalahnya, kerajaan tidak boleh bertindak terhadap peruncit dan syarat lesen ini adalah bagi membolehkan kerajaan memantau kegiatan jualan oleh peruncit berkenaan.

Barangkali benarlah ada peruncit yang tidak mahu kerajaan pantau perniagaan mereka dan sengaja membangkitkan isu mahu menghentikan jualan barangan itu atas alasan tidak menguntungkan.

Mereka mungkin lebih senang dengan aktiviti 'black economy' - mengaut untung berlebihan dengan menjual gula kepada pihak lain.

Dalam pada itu, timbul persoalan, kenapa Soi Lek yang ditemui persatuan terbabit tidak menyerahkan perkara ini kepada kementerian atau menteri yang bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian.

Apa motif Presiden MCA yang baharu itu bercakap bagi pihak persatuan barang runcit yang hanya beberapa kerat menolak syarat lesen berbanding persatuan lain yang tidak membantahpun?

LINK

liberalisasi AP Gula

benarkan syarikat jualan langsung jual gula


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerajaan tidak usah mendengar suara Chua Soi Lek sebab masyarakat Cina sendiri sudah menolak MCA. Jadi kenapa kerajaan perlu mendengar CSL (Raja aksi lucah)?

  2. Anonymous says:

    Salam Pejuang Bangsa,

    Jika anda membaca blog Dr. Ridwan Tee, beliau menjelaskan bahawa Ong Tee Kiat lebih berhemah, sdgkan kepimpinan baru MCA agak kiasu.

    Biarkan mereka berkokok, minta kerajaan salurkan gula ke koperasi, atau Gmart dsb. Biar dia tahu bukan orang cina sahaja yang meniaga. Kerajaan jgn tunduk desakan mereka. Rakyat diutamakan...

    -Melayu Bangkit!!!-

  3. cina rasis memang begini.kerajaan jangan tunduk kepada mereka.

  4. Anonymous says:

    Chua soi lek ni sama juga dengan ronnie liu di selangor apa bende pun yang menjadi mangsa ialah rakyat, kesimpulan nya dia tidak releven untuk MCA dan masyarakat cina keseluruhan nya. Isu yang di bawa selalu nya bertentangan dengan kehendak rakyat marhean.

  5. anon 5.16

    Antara Presiden MCA sebelum2 ini PB bandingkan , CSL adalah seorang pemimpin MCA yg bersikap ultra kiasu sama spt bekas pemimpin MCA spt Chua Jue Ming dan pemimpin2 DAP .

    Bukan shj MCA, nampak Gerakan pun sama dan Pemuda mereka ...

    Kita harap kerajaan jgn tunduk kpd mereka ini iaitu majoritinya pemborong dan peruncit Cina . Puak2 ni jelas penyokong tegar DAP dan byk mensabotajkan kerajaan dlm isu gula bg membuatkan rakyat benci kerajaan

  6. MCA hilang sokongan kaum cina disebabkan mereka gagal menonjolkan diri mereka sebagai pembela. Baru sikit nak politik dah kena sergah,diancam dgn keris,diingatkan dgn sejarah 13 Mei dan mcm2 lagi cemuhan. Langsung tak pakai diplomasi. Setiap kali maju setiapkalilah MCA mundur.

    DAP bebas bersuara berjuang untuk masyarakat cina menggantikan MCA. Bila MCA hilang pengaruh kita kutuk lagi sampai ada yg suruh keluar BN.
    Kesannya Umno sendiri turut hilang sebahagian besar pengaruh kerana banyak bercakap soal BANGSA,AGAMA DAN TANAH AIR tapi rasuah dan kronise dikalangan pemimpin tak dikawal.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.