Kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.
Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti "justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang". Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam.
Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.
KJ HARAP KERAJAAN UTAMAKAN PALESTIN DALAM DASAR LUAR
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel.
sementara itu, ditanya kenapa pihaknya tidak menyertai demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat di Masjid Kampung Baru, Khairy berkata, mereka tidak menyertainya kerana ia kelihatan seolah-olah demonstrasi Pakatan semata-mata.
"Jadi saya rasa biarlah mereka menjalankan protes mereka. Kita (saling) setuju, dan tidak salah jika tujuan mereka untuk mengutuk Israel. Jadi kita buat kita punya protes. Lebih banyak lagi bagus," jelasnya.
Sementara itu, AMAN MALAYSIA dalam kenyataannya yang diedarkan dalam perhimpunan tadi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Pemuda Umno bagi melancarkan kempen 'SMS Untuk Gaza'. Menurut kenyataan dua halaman itu, kempen itu bagi memudahkan orang ramai menderma kepada rakyat Palestin melalui SMS. SMS boleh dihantar dengan taip 'GAZA' dan hantarkan ke 32928. Ia akan dicaj sebanyak 50 sen.
"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.
Seorang aktivis NGO Islam daripada Turki turut hadir menyatakan sokongan mereka. Seyfuddin Seyif dalam ucapannya mendesak semua pihak memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-cola dan Levi's.
"Katanya tidak kepada Israel," katanya. Sebelum itu beberapa aktivis NGO yang hadir mengedarkan risalah boikot barangan Israel di masjid berkenaan
99% of the demonstrators are Malays. Whatever happened to the Chinese and Indians? Is this what 1Malaysia is all about?
Yang ni PEMUDA UMNO kena bantah juga....ada berani? Ingin tahu sila klik disini