Tiada dana upah driver sebagai alasan punca kemalangan

on Saturday, February 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Laporan Merdeka Review hari ini membela ADUN Sekinchan yang dituduh mabuk melanggar seorang mahasiswa yang bermotorsikal mengakibatkan beliau koma tanpa sedarkan diri sekarang.

Amat lucu apabila diberitahu ramai ADUN Pakatan tidak mempunyai dana untuk mengupah driver oleh itu kemalangan di kalangan wakil rakyat pembangkang tidak dapat dielakkan.

Merdeka Review melaporkan;

Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa kemalangan-kemalangan yang melibatkan wakil-wakil rakyat bukanlah perkara yang baru, lebih-lebih lagi untuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang selalunya memandu sendiri dan jarang-jarang ada yang mengupah pemandu peribadi atas sebab kekurangan dana.

Bakri masih dalam koma

Kalau begitu hampir 12 juta pengguna jalan raya di Malaysia sudah berlanggar sesama sendiri kerana tidak mampu membayar driver. Belum lagi pernah saya dengar orang terlibat dalam kemalangan memberi alasan punca adalah kerana tidak mampu membayar driver. Bagaimana lah orang yang mempunyai akal sebegini boleh jadi wakil rakyat.

Ng cuba membela diri dengan mengatakan beliau sebelum ini pernah terbabit dengan kemalangan semasa memandu proton Wira 1.5 dengan motorsikal yang ditunggang Melayu.

Saya sendiri yang memandu kereta Proton Wira 1.5 Manual juga pernah terlibat dalam dua kemalangan kecil yang melibatkan penunggang motosikal berketurunan Melayu. Yang pertama berlaku di Shah Alam apabila penunggang motosikal meluru keluar dari satu persimpangan jalan dengan lampu isyaratnya gagal berfungsi pada waktu kejadian.

Yang menarik di sini, mengapa Ng harus menyebut “berketurunan Melayu”?

Seterusnya Ng hanya membuat laporan polis terhadap penulis blog yang menuduh beliau langgar lari, namun beliau tidak pula buat laporan polis tentang laporan penulis blog yang mendakwa beliau mabuk semasa memandu kenderaan tersebut. Mengapa tiada laporan polis dibuat di atas pertuduhan mabuk itu? Apakah maksudnya memang benar Ng sedang mabuk?

Sekarang fahamlah kita mengapa ADUN Sekinchan terbabit dalam kemalangan tersebut. Pertama kerana tidak mempunyai driver dan yang kedua kerana yang menunggang motosikal itu Melayu. Kalau bukan Melayu yang menunggang motosikal pada hari itu dan beliau mempunyai driver, mungkin kemalangan tidak akan berlaku

Juga baca laporan blogger Khairul Rizal yang melawat sendiri Mohd Bakri, yang didakwa Mat Rempit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

sumber : WBH


3 Responses

  1. Anonymous says:

    betul tu bro..memang alasan beliau tak masuk akal...ade ke sebab takde driver..kalau mabuk cakap je lah..

  2. geram betul aku...puak2 PR ni buat senyap pulak!pandai pula dorg nak backup!bila kena kes beng hock bukan main pertahankan!ini kah keadilan!barua punya umat melayu yg celako!

  3. eXception says:

    Ng Suwey Lim ADUN Bacul!! Keadilan TBH cuba ditegak, tapi keadilan Mohd Bakri dinafikan...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.