|
|
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Seorang pegawai eksekutif sebuah syarikat keselamatan hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Mohamad Faizal Abdul Raub, 29, berkata, dia terpanggil untuk membuat laporan polis itu selepas dimaklumkan oleh isterinya tentang komen yang dibuat oleh wanita terbabit dalam laman sosial tersebut pada 8 Januari lalu.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Travers di sini kira-kira pukul 11.30 pagi.
Mohamad Faizal ketika ditemui di pekarangan balai polis berkata, sebagai umat Islam dia merasakan perlu membuat laporan polis kerana komen wanita itu boleh menimbulkan kemarahan dan menggugat ketenteraman kaum di negara ini.
"Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap wanita yang menamatkan dirinya Lynette kerana menghina pemimpin agung umat Islam," katanya.
Menurut Mohamad Faizal, isterinya yang mempunyai rangkaian dengan rakan-rakan Lynette mengesan komen itu dalam Facebook baru-baru ini dan memaklumkan kepadanya semalam.
Tambah beliau, Lynette dikatakan telah menutup akaun atas nama itu dalam laman sosial tersebut dan membuka akaun baru dengan nama Mary Lou.
Dakwa Mohamad Faizal, dalam akaun baru yang dibuka oleh Lynette, wanita itu ada menyatakan permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.
Komen PB
Syabas anak muda bernama Faizal yang terpanggil membuat laporan polis terhadap penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w oleh wanita yang menamatkan dirinya Lynette. Faizal adalah bagi PB adalaah pejuang Islam sejati dan berani mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad bukannya seperti sebuah parti itu yang hanya kononnya pejuangkan Islam tetapi bacul dek kerana menjaga hati sekutu mereka DAP.
PB harap Menteri Amaran Dalam Negeri cepat-cepat tangkap orang seperti ini . Jangan biarkan ada orang seperti ini cuba mencetuskan isu sensitiviti agama dalam negara kita
assalamualaikom dan salam sejahtera...
kepada orang2 yang tak memahami agama islam jangan lah sesedapnya menghina agama islam...
kepada orang2 yang menghina agama islam, terima kasih saya ucapkan kepada anda2 semua kerana telah membuka mata orang islam supaya jangan terlalu beri muka sangant kepada orang bukan islam yang hanya hendak memonopoli segalanya yang ada kat malaysia yang indah ini...pada hakikatnya tanah malaysia adalah kepunyaan orang2 melayu dan orang2 bukan melayu asalnya menumpang berdagang saja jadi tolong hormati hak kami orang melayu....
cubalah kita sama2 mengharmonikan negara tempat kelahiran kitanie..please lah jangan huru hara kan negara...saya dah bosan dengan permainan ini...rasa dah tak selamat dah...
kalau 10 tahun macam ni malaysia tak kan kemana2 .....tp apa2 pun bagi saya biar lah orang nak menhina kita jangan kita yang menghina orang lambat laun akan ada balasan bagi setiap perbuatan...bentengnya adalah masa....
kepada pemimpin2 sekalian anda telah diamanahkan oleh rakyak untuk mentadbir negara so jujur lah dalam setiap perbuatan anda...
sesunguhnya allah itu maha mengetahui apa yang ada di langit dan d bumi...
buatlah jahat kalu nak pun tp jangan sampai rakyat yang mendapat kesusahan...
adakah kita mahu negara kita bergolak seperti negara d tebing barat??
lu pikirlah sendiri..
tanah semenanjung hak melayu..tanah sarawak org sarawak punye keh...ckap baik2 cikit
korang yg masuk dlm TV yg senang2 sebut nama Jesus tue amacam? x ambil tindakan...kitorang diam2 je...cuba 2 org yg tercicir terlepas emo dorang...kalo korang nak tau, kitorang x bodoh, tp jgn sampai sarawak jd Tanah negara yg bru...