Takbir PAS menyokong Nga Kok Meng pertikai peruntukan masjid

on Friday, December 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Artikel Harakah hari ini oleh Ustaz Idris Ahmad menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi PAS kepada Nga Kok Meng . Pendirian ini jelas berbeza dengan pandangan oleh Ustaz Nasha yang menggesa isu peruntukan besar masjid ini tidak diperbesarkan oleh DAP .

Idris turut membidas mereka yang menentang pembinaan rumah ibadah agama lain sebagai tidak menghormati agama lain. Idris menyifatkan ....adalah satu dari bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama ini gagal dalam memberikan penjelasan terhadap kaedah yang dilaksanakan dalam isu pemberian dana dan bantuan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara ini.


Selain Idris, Bendahari PAS , Hatta Ramli juga menyokong Nga kok meng mempertikai peruntukan masjid

Isu itu sengaja dicetuskan atas sebab yang kita sendiri tidak faham. Kor Ming tidak pernah mempertikaikan peruntukkan se�banyak :RM700 juta bagi masjid, satu sen dia tidak minta dikurangkan.

“Sebaliknya beliau menyebut RM9 juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam kurang mencukupi. Saya rasa perlu lebih prihatin demi kerohanian dan wajar kita mempertimbangkannya,”
klik di sini

Pemimpin PKR juga turut sama PAS menyokong Nga Kok Meng iaitu Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, peruntukkan yang diminta adalah wajar kerana dapat membantu kerajaan mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa melalui pendekatan keagamaan.

“Kita lihat banyak masalah sosial dan maksiat yang berlaku. Apa salahnya gunakan agama bagi tangani masalah yang berlaku, kita juga bantu polis dan imigresen tetapi caranya dengan tambah peruntukkan,” katanya.

Nampaknya semakin ramai pemimpin Pakatan menyokong Anak didik Tok Guru ini . PAS lepas ni harus menggunakan slogan baru iaitu .. 1 Pakatan , DAP Didahulukan , Islam dipinggirkan .


One Response

  1. Anonymous says:

    Sememangnya sudah termaktub dalam perlembagaan sebagai pertukaran kontrak sosial. Apa yang nak di nafikan lagi tentang bantuan tersebut.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.