Lim Guan Eng bazir duit rakyat

on Thursday, April 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Langkah LGE menetap di kediaman rasmi KM dibidas oleh pihak BN kerana sebelum ini dia begitu bangga tinggal di rumah milik keluarganya sahaja ..pirah !!! cakap retorik !!

Dalam Sidang Dun PP hebat BN menyerang LGE dengan isu ini seperti cakap tak serupa bikin.

" Saya tahu perkara ini sudah lama memandangkan beliau berpindah ke rumah rasmi Sri Teratai pada 21 Jun tahun lepas namun saya musykil terhadap pendiriannya itu "

Tindakan Ketua Menteri berpindah ke rumah rasmi tersebut menyaksikan rumah itu diubahsuai dengan menelan kos RM 122000 ribu .Ini bukan satu langkah untuk menjimatkan duit kerajaan "
Shahabudin Yahya ( BN Permatang Berangan)

Kos ubahsuai yang tinggi ini menunjukkan pemimpin DAP ini secara tidak langsung bercanggah dengan prinsip CAT yang sering dilaung-laungkan .

Selain itu LGE juga turut diselar keranan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender sekaligus tidak mengambarkan kerajaan pimpinannya tidak mengikut prinsip CAT Cekap ,Akauntibliti dan Telus

" Saya betul-betul tidak faham macamana perkara seumpama ini boleh berlaku ,macamana Ketua Menteri boleh lantik dirinya sendiri untuk jawatan tersebut kalau jadi sendiri Pengerusi macam mana hendak nampak ketelusan " Datuk Jasmin Mohamed ( BN - Sg Dua )

Lagi satu pembaziran tak masuk akal ialah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 9000 seorang untuk membuat lawatan ke Medan Indonesia. Tambang kapal terbang hanya dianggarkan menelan kos kurang dari RM 1000 seorang bagi pergi dan balik.( ITU PUN KALAU TEMPAH AWAL LAGI MURAH.)

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN Penaga) mengemukakan soalan tentang mengapakah jumlah yang dibelanja untuk lawatan ke Medan, Indonesia yang disertai seramai 17 orang menggunakan duit kerajaan negeri mencecah RM164,000 iaitu kira-kira RM9,000 seorang.

Hebat sungguh kerajaan CAT ini belanja duit holiday di Medan ..mungkin pakej lain kot yang best ada sama .


3 Responses

  1. bro.. mana posting ko psl derhaka tu?yg ade gambar org baring kt jalan raya tuu... pegang bendera palestine tuuu...

    mana? ko x nak komen ke psl Najib Umumkan 30% Ekuiti Bumiputera Dihapuskan?

    pastu.. td aku ade bg link youtube psl

    dua video ucapan perbahasan Ku Li di parlimen semasa pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad....

    kasik laa komen sepam dua beb....

  2. LIBERALISASI SUBSEKTOR PERKHIDMATAN BOLEH DIERTIKAN SEBAGAI SATU LANGKAH PERSEDIAAN YANG POSITIF KEPADA KONSEP GLOBALISASI YANG LEBIH TERBUKA.

    IANYA BUKANLAH SEBAGAIMANA YANG DIERTIKAN OLEH SESETENGAH PIHAK SEBAGAI MELIBERALISASI JABATAN ATAU SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM. 'SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM' DAN 'SUBSEKTOR PERKHIDMATAN' DUA PERKARA YANG AMAT BERBEZA.

    ABAHNYA FAIZ,

    ADA OTAK FIKIR ..JANGAN DOK PUTAR BELITKAN KENYATAAN NAJIB .JANGA SEMPITKAN PEMIKIRAN .INI BACA TIDAK HABIS KENYATAAN NAJIB .


    Sektor perkhidmatan diliberalisasi

    Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG

    PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

    Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.

    Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan.

    Kata beliau, liberalisasi sektor perkhidmatan bertujuan membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi.

    "Kerajaan akan mengambil langkah untuk meliberalisasikan subsektor perkhidmatan yang lain secara progresif dari semasa ke semasa.

    "Inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan. Ia juga tidak akan menjejaskan peniaga kerana kita telah lakukan rundingan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," kata beliau pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini.

    Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri MITI, Datuk Mustapa Mohamed.

    Sektor perkhidmatan merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

    Sektor ini juga mewakili 57 peratus dari jumlah pekerjaan di Malaysia.

    Justeru, Najib berkata, bagi mempermudahkan pelaburan dalam sektor perkhidmatan, satu Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah ditubuhkan.

    Jawatankuasa ini, kata beliau, akan bertindak sebagai pusat yang menerima dan memproses permohonan pelaburan bagi sektor perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan, pengangkutan udara, utiliti, Koridor Pembangunan Ekonomi, syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Bionexus serta perdagangan pengedaran.

    Beliau menarik perhatian pelaburan yang diluluskan bagi sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion pada 2008, melangkaui sasaran tahunan pelaburan sebanyak RM45.8 bilion di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga.

    Peratusan pelaburan asing pula dicatatkan pada 11 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan.

    "Dengan liberalisasi sektor perkhidmatan, kerajaan menjangka lebih banyak aliran masuk pelaburan dalam sektor ini," katanya.

    Menurut Perdana Menteri, dari segi eksport pada 2008, sektor perkhidmatan menyumbang RM102.1 bilion manakala import berjumlah RM99.8 bilion.

    "Dengan fokus diberikan kepada perkhidmatan pada masa ini, usaha-usaha promosi barangan pembuatan akan dilengkapi dengan lebih tumpuan diberikan kepada promosi eksport perkhidmatan.

    "Sehubungan itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah ditugaskan untuk menyelaras dan menerajui semua usaha promosi eksport," kata beliau.

    Pada 2007, katanya, negara ini buat pertama kali mencatatkan lebihan dagangan perkhidmatan dan ini berterusan pada 2008.

    Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) merekodkan Malaysia merupakan antara 30 pengeksport perkhidmatan utama di dunia

  3. JIKA BERITA DARI MALAYSIA INSIDERS ITU " Najib drops Bumiputera quota for services sector- malaysian insider"


    INI BERUNSUR FITNAH, MOHON TOK JIB MEMFAILKAN SAMAN KE ATAS MALAYSIAN INSIDER. MEMANG KERJA MEREKA PUTAR BELITKAN BERITA

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.