Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...

on Thursday, January 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Oleh: ROSLAN BIAN

Siapakah yang ingin diperbodohkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa serta dana kerajaan negeri Selangor membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bagi kawasan parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur?

Adakah Menteri Besar itu ingin memperbodohkan wartawan, rakyat Selangor serta pengundi-pengundi di Bandar Tun Razak ataupun dirinya sendiri?

Apa yang pasti ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan yang dikemukakan Gerakan Anti Korupsi (GERAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid cakap berpusing-pusing mengenai perkara tersebut.

Beliau yang mengakui ada penghantaran lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil, tidak tahu siapa yang membuat pembayaran malah mendakwa tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400 harga haiwan tersebut.

SIC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid.

Pasti sesuatu yang mustahil sebagai pengerusi, beliau tidak mengetahui kewujudan SIC yang sudah membuat pembayaran sebanyak itu kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membekalkan lembu-lembu korban pada Aidil Adha lalu.

Beliau sebaliknya berkata, pemberian lembu-lembu korban itu adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang mahu mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Disember.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya kepada sekumpulan wartawan yang menunggu lebih empat jam bagi sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di Shah Alam, Rabu.

Khalid juga menegaskan, dana anak syarikat kerajaan negeri termasuk PKNS tidak akan digunakan keluar daripada Selangor.

Sama ada beliau tahu atau buat-buat tidak tahu, enam anak syarikat di bawah PKNS adalah PKNS Engineering & Construction Berhad, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad, De Palma Management Services Sdn Bhd, Worlwide Holdings Berhad serta SIC.

Apakah enam syarikat ini adalah sama seperti dimaksudkan Khalid sebagai syarikat yang mengagihkan haiwan itu atas dasar program khidmat sosial syarikat korporat?

Sekiranya benar, bererti memang benar pembiayaan lembu itu menggunakan wang syarikat di bawah anak kerajaan negeri sekaligus membenarkan dakwaan GERAK berlaku aliran dana kerajaan Selangor keluar dari sempadan negeri tanpa mengikuti prosedur urusan kewangan yang betul.

Untuk rekod, amalan mengagihkan lembu korban kepada masjid di Seluruh Selangor sebelum kerajaan negeri itu ditadbir pakatan PKR, DAP dab PAS dibiayai oleh Perbadanan Permodalan Negeri Selangor (PNSB).

Bagaimanapun tahu lalu, PKNS diarah memikul tanggungjawab itu.

PKNS pula yang mempunyai ‘ enam anak’ syarikat meminta ke semuanya menyediakan peruntukkan membeli kira-kira 370 ekor lembu daripada PKPS yang beharga RM2.400 seekor.

Bagaimanapun difahamkan, selain jumlah itu ada arahan supaya 46 ekor lembu dihantar ke parlimen Bandar Tun Razak.

Kesemua anak syarikat dikatakan enggan membuat pembayaran kepada PKPS setelah menyedari bekalan bukan untuk kegunaan di Selangor.

Akhirnya, SIC yang mana salah seorang pengarahnya ada Pemangku Pengurus Besar PKNS Datin Paduka Low Siew Moi sudah menjelaskan bayaran kepada PKPS.

Terdahulu, GERAK ketika membuat aduan kepada SPRM Selangor meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Terpulang semua pihak menilai penjelasan Khalid dalam isu tersebut. Sikap beliau pusing sana atau pusing sini menjawab pelbagai isu di Selangor sudah cukup difahami oleh petugas media di negeri itu.

Contohnya dalam isu pembelian Toyota Camry menggantikan Proton Perdana bagi kegunaan Exco, Khalid pada 12 Disember menafikan kerajaan Selangor sudah membuat keputusan membeli kenderaan itu.

Seperti laporan akhbar, katanya katanya kerajaan negeri hanya sedang mengkaji dan meneliti model-model kereta termasuk Toyota dan Honda tetapi pada 9 Januari kereta Toyota Camry 2.4 sudah diterima kerajaan negeri.

Khalid berkata, harga 10 kereta itu hanya RM130,000 seunit beerti harga 15 unit sebanyak yang diterima ssepatutnya kira-kira RM1.9 juta.

Bebrapa hari kemudian Khalid mengakui harga kesemua kenderaan itu RM2.32 juta bermakna harga bagi setiap unit adalah melebih RM154,000.- 21/1/2009

------------------------------

Politik Lembu:GERAK dakwa Khalid salahguna wang Selangor

Belumpun reda isu kerajaan pakatan pembangkang di Selangor membeli Toyota Camry bagi kegunaan anggota Exconya yang diaggap membazir wang, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar..

Laporan itu dibuat olehGerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) di pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam, Rabu oleh Pengerusinya Mohd. Nazree Mohd. Yunus. Ia diserahkan pada Pengarah SPRM Selangor Mohd Shamsudin Yusof.

Laporan itu mendakwa Khalid menggunakan kedudukannya mengarahkan supaya 46 ekor lembu korban yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk di Selangor dihantar ke kawasan parlimennya Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Khalid turut memenangi kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Kesemua haiwan bernilai kira-kira RM110,000 adalah sebahagian 400 ekor lembu yang diperuntukkan kepada masjid di seluruh Selangor bagi ibadah korban pada sambutan Aidil Adha lalu.

Program agihan lembu korban itu dibiayai oleh beberapa anak syarikat negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Difahamkan, pembayaran bagi membekalkan 46 ekor lembu ke kawasan parlimen Tun Razak dibuat oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) anak syarikat di bawah PKPS.

Secara tidak langsung, Khalid dipercayai menggunakan kedudukannya mengarah wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membayar harga haiwan korban itu bagi kegunaan rakyat luar negeri itu.

Mohd. Nazree dalam sidang media selepas laporan itu berkata, GERAK mendesak Khalid melepaskan jawatannya bagi membolehkan SPRM menyiasat kes itu.

“Sebelum ini beliau pernah mengarahkan seorang pegawainya di Pejabat Menteri Besar melepaskan jawatan kerana dipercayai terbabit dalam usaha mengumpul dana bagi sambutan 100 hari pakatan rakyat mentadbir Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawabannya dalam kes penyelewengan wang kerajaan dan rakyat Selangor ke pihak tidak berkaitan.

GERAK juga katanya akan memohon perkenan menghadap Sultan Selangor bagi menyerahkan memorandum meminta Khalid digantung tugas atau digugurkan jika beliau enggan bertanggungjawab dalam kes ini.- 21/1/2009

agendadaily.com


link

Politik Lembu ; Ezam Checkmate Khalid Ibrahim


6 Responses

  1. Cheguman says:

    Jadi MB bidan terjun memang susah. Lebih baik Khalid jadi pembangkang semula. Glemer sikit.

  2. Air, Sewa Rumah, Babi, Lembu, Camry dan Tender.

    Semua ini adalah pembohongan Khalid/PKR. Selepas ini apa lagi.

    Orang Selangor bodoh sangat ke sehingga ditipu sebegitu rupa.

  3. ini masalah khalid ..lepas satu2 dia berbohong...khalid harus ingat orang yang bekerja dalam kerajaan selangor adalah orang BN juga.. segala apa yang khalid buat mesti org tahu..

    jadi khalid sudah banyak kali menipu rakyat selangor ..apa lagi anwar boleh tolong khalid ???

  4. Saya memohon Gerak laporkan Tok Guru kepada SPRM
    Labels: Kelantan, Palestin, SPRM
    Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor").

    Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

    Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

    Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

    Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

    Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta").

    Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

    Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.

    Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

    Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.

    Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

    Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

    Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).

  5. Anonymous says:

    Apakah pada zaman Khir Toyo, Selangor bebas rasuah? Bebas salahguna kuasa? Berapa banyak kes -kes dah berlaku,tak terkira. Tapi semua ditunding jari ke arah tempat lain, misalnya Jabatan Alam Sekitar.

    Apakah bodohnya, zalimnya, kudusnya pemikiran orang yang bersekongkol di sini, tidak memikirkan siapakah pada asalnya meluluskan semua projek2 yang telah sedia ada? Tanpa berdolak dalih lagi, jawapannya mestilah parti yang PERNAH menguasai kerajaan negeri.

    Namun, apakan daya, rakyat Malaysia menjadi boneka media massa yang dikuasai kerajaan. Sebelum berkata sesuatu setelah membaca surat khabar atau mendengar berita, tanyalah diri sendiri, adakah aku boneka?

  6. Anonymous says:

    yang aku rase lawak sangat2 bile dlu selangor ade kes curi pasir, mase tu khir toyo jadi ketue hero tunjuk perasaan sebab kerajaan selangor curi pasir..
    last2 die sendiri kene tangkap kes rasuah..
    hahahahha....
    naseb baik la kes ni tv3 x menipu..
    klu menipu jugak x tau la...

    kawasan/negeri maju pembangkang pegang.
    daerah ulu2, sakel2, BN pegang..
    pikir la sendiri sebab ape jadi mcm tu..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.