Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR

on Monday, January 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota,Parit,Perak Datuk Nasarudin Hashim yang sebelum pilihanraya umum 2008 ialah Ahli Parlimen Parit dan baru-baru ini tidak disambung kontrak sebagai Pengerusi FELCRA serta tewas dan pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit hari ini umum sertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya.Hadir sama ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasarudin,58 mendakwa keputusannya itu adalah demi kepentingan para pengundinya di kawasan Bota.

Nasaruddin yang sebelum ini Pengerusi Felcra diganti oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 beliau diturunkan bertanding kawasan Dewan Undangan Neegeri Bota.Tempatnya sebagai Ahli Parlimen Parit ditandingi oleh Mohd Nizar Zakaria yang Berjaya tewaskan calon PAS.




Nasaruddin menewaskan calon PKR Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi di DUN Bota dalam pilihanraya Mac lalu.

Berikutan langkah ini kini Pakatan Rakyat ada 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak berbanding 27 Barisan Nasional.

PKR pula tambah satu kerusi dari tujuh sebelum ini jadi lapan manakala DAP 18 dan PAS enam.
Ada khabar angin yang bergelar kata PKR kini mengintai balik jawatan Menteri Besar Perak yang terpaksa diberi pada datuk seri Nizar Jamaluddin dari PAS kerana ADUN Melayu PKR tidak ada kelayakan akademik.

IBARAT MASUK KE KADANG HARIMAU - itu ulasan awal saya mengenai Adun Bota yang membuat keputusan agak mengejut menyertai PKR pada hari ini . dahulu kita mendengar ura-ura Datuk Arif Shah ,tetapi tindakan bijak UMNO PP yang cepat bertindak memujuk Arif Shah serta Pak Lah berjaya menghalang beliau ke PKR . Saya tidak mahu menyalahkan UMNO Perak kerana bagi saya keputusan mengejut kerana sebelum ini tiada khabar angin pun mengenai lompat parti ini .Apa yang saya hendak katakan tawaran lumayan oleh Pak Sheikh kepada Adun Bota berjaya mengumpan beliau lompat ke PKR walaupun beliau tahu ramai orang akan marah dan chop sebagai pengkhianat Melayu /UMNO ,tiada maruah dan lain-lain lagi .Jika Adun -adun @ Ahli Parlimen dari bukan Melayu saya tidak berasa hairan sangat tetapi Saya berasa cukup kecewa da rasa begitu murah harga pemimpin UMNO untuk dibeli yang dikatakan mahu berjuang untuk bangsa Melayu ..ADUN BOTAK INI ADALAH AHLI POLITIK YANG TIDAK BERMARUAH DAN PENGKHIANAT !!

LINK

Umno Perak jumpa Najib hari ini bincang isu ADUN bota

apa sebab Adun Bota ke PKR


PENGUNDI BOTA UNDI BN-TOLONG BUKTIKAN MEREKA MAHU PKR


19 Responses

  1. PAPA GOMO says:

    TAKPA....DAH NAMA PUN PENGKIANAT!!!

    KEMASUKAN DALAM PKR BUKANNYA KEHENDAK PENGUNDI. TETAPI KEHENDAK NAFSU NYA PADA WANG RINGGIT YANG DIJANJIKAN ANWAR JUBOR!!!

    NI LAH CONTOH MELAYU HAPRAK!!!
    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/duitduitduit.html

  2. PENGKHIANAT?...dari duduk dalam UMNO cam PUKIMAK TUA barai lohe...baik cepat2 sedor...

  3. Anonymous says:

    ptuih...jgn nak salahkan org lain. salahkan parti sendiri. Dari jadi YB MP turun ke ADUN. Siapa punya kerja? Cantas sana, cantas sini kalau bukan zaim. Zaim pendek ni memang tak suka org lain lebih pandai dari dia. YB Nasa tak guna tunggu dlm UMNO lagi. Jawatan YB Nasa dlm UMNO bahagian pun kena cantas juga. PRU akan datang memang tak ada peluang nak bertanding lagi. Kerusi BOTA Usop kemas dah book. Dari tak dapat apa, baik masuk PKR. Bagus keputusan YB. Cuma yg bodoh adalah kepimpinan UMNO parit yg tak tau menilai antara permata dan kaca. So jgn salahkan org lain Okay..

  4. Anonymous says:

    pengkhianat bangsa melayu adalah umno parit. Beri tanah sri iskandar pada org bukan melayu, kononya nak bela kambing. Sambil buat kandang kambing, pegi tebang pokok balak. Nasib baik PR tak korek isu ni. Ketua pemuda, ketua cawangan masing2 dapat tanah 1 lot. Lepas tu jual kat Cina. Inila yg dikatakan pengkhianat bangsa melayu.

  5. Anonymous says:

    Pengkhianat tetap pengkhianat...
    Pada pencacai PR, sedarlah dari mimpi..Melayu akan musnah dibawah PR..tambahan pula jika dipimpin si Anwar Al-Juburi.

  6. dasar pengkhianat ..kita mendesak Nasa lepaskan kerusi Adun Bota supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang mereka pilih ..Berapa juta Anwar labur duit untuk Nasa ini ??? elok2 Obama naik Presiden US ,duit turun mai kot ...

  7. Lepas ni mungkin Raja Ahmad pulak lah agaknya/

  8. dulu masa uMNO pujuk ADUN PAS masuk BN kome nak kate ape kalau ADUN PAS tu masuk BN dan membentuk Kerajaan, he he

  9. Anonymous says:

    Lagu untuk Oghang Bote

    DURIAN BERBUNGE

    oh kome deghoyan dah berbunge
    moh kite minang anok daghe
    anok daghe anok daghe bota
    teman jumpe di padang tenggala

    kate deme sakit jatuh cinta
    sakit lagi biler jatuh tangga
    kate demer cinta itu buter
    nasib baik teman tak meghaber-ghaber

    biler musim deghoyan
    demer moler bengken
    jangan silap sikit
    nanti demer tengkin
    kalau musim deghoyan
    ghamei berani menampor
    ape demer nak heghan
    saman buleh bayor

    oh kome deghoyan udah lughoh
    lebih baik cepat pegi suloh
    lambat sikit kome dapat abok
    kalau tidor jawabnyer tinggei pokok

    duit deroyan yang tua nak ke mekah
    yang mude gatei nak menikah
    musim deghoyan banyok sedare mare
    biler nebaih sekor tak nampok muker

    Lagu oleh Abang OS .... wakakakak
    untuk oghang UMNO bote
    UMNO Bote kanan, UMNO Bote kiri
    dan seluruh Bote bote .. wakakak

  10. Anonymous says:

    MB Perak: 3 lagi ADUN BN akan sertai Pakatan

    [DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

    Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

    Timbalan Pengerusi BN itu menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.

    "Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah)," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR semalam.

    Nizar ketika mengulas lanjut isu itu memberitahu, perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

    "Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.

    Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.

    "Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.

    Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

    Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.

    Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.

    Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

    "Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.

    "BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini.


    KAH KAH KAH KAH KAH KAH....... kah kah kah kah kah kah............ ni pengkhianat ape pulak? kah kah kah kah kah..... kah kah kah kah kah kah kah....... datuk zahid raya di mana ? kah kah kah kah kah.... kah kah kah kah kah.........

  11. Anonymous says:

    Buat pejuang bangsa...lain kali main la lagi politik wang...dalam UMNO sendiri banyak masalah..yang sudah tu sudah la...buat ape ko nak bengang....tunggu aje la lagi 3 adun BN nak lompat parti...adun BN lompat parti join PR...UMNO dan bloggernya lompat marah.....relax la bro...sapa suruh....ko ingat la abng Khairy ko tu ngam ke ngan Khir Toyo dan Mukriz....kalu sesama pemimpin pun gaduh serta perang dingin inikan pulak geng UMNO perak...buat Taiping Mali jaga ajelah kaw taiping...kaw Kubu Gajah Raja Ahmad ko tak usah sibuk...kalu ko nak duit boleh la buat-buat sibuk...ko bukan orang raja Ahmad pun...kahkahkahah...buat pejuang bangsa dan blogger BPN boleh lompat marah sekarang...apa tunggu lagi lompat la...lompat...lompat...lompat...lompat..lompat...

  12. sabar sabar.... kalo umno.. lompat ke PR... itu pengkhianat...

    kalo PR bg tanah kt penduduk cina..itu khianat bangsa...

    tp.. kalo tanah johor bg kt singapore.. itu semangat setia kawan...

    sabar2... hak kepentingan rakyat mesti didahulukan... sabar2..

    BN tambah parah apabila Timbalan Ketua Menetri Sabah letak jawatan dan keluar dari Barisan Nasional sebentar tadi.[betul ke ni]

    sabar sabar... bagi lembu utk dikorbankan..itu rasuah...

    sabar sabar.. bagi duit rm300 utk ngundi..itu tabur bakti utk rakyat..

    sabar sabar.. mai k.trg hari khamis ni.. ade kenduri skit...

    islam hadhari itu sesat..dan menyesatkan....

  13. Anonymous says:

    MB perak yang plg bodoh yg pernah aku jumpa,
    Apa tak bodonye MB perak ni...aku dengar bagi kat cina hak milik kekal 999 tahun sedang orang melayu xde plak diberinya begitu...lama2 nnt org melayu kena halau dari tanah mereka..aku pun heran le dengan diaorg ni kalo nak ambil hati pengundi pun jgn le sampai melampau2 pemberiannya...kalo tanah tu bapak dia punya aku x kisah sgt..lantakle..itu amanah rakyat pd kerajaan negeri...sultan pun tensen...pikir balik le MB..sebab tu org kata ko tu boneka...benda camni pun takkan ko x leh pikir...ngikut je apa kate deme...aku respek ko tapi tindakan ko ni amat memalukan parti ngan org melayu..aku sedih!!!

  14. joe labi

    sebelum ini aku dengar kalau Adun Pakatan di Perak ura2 nak masuk BN ,dengan cepat Ngeh Exco DAP kalut kata rasuah dan report BPR..

    tetapi bila Adun BN masuk PKR ,sudah tentu tawaran lumayan spt duit dan jawatan menanti Nasa itu dr Anwar al juburi ...

    ala isu khalid gagap itu jgn la dok putar belit ..dasar penipu dan kencing rakyat je ..kalu betul nak sedekah ,cakap la awal2 ,jgn la dok tipu rakyat ...

  15. Anonymous says:

    Dulu umno skrg PAS

    Beberapa minggu yang lepas, 300 penduduk Kg Kuala Sungai Baru menyerahkan memorandum meminta bantuan PAS menyelesaikan masalah penternakan babi yang menyusahkan penduduk selama 4 generasi.

    PAS mengeluarkan statement bersedia untuk membantu mendesak kerajaan negeri.

    PAS janji untuk melawat penduduk kampung.

    Tapi hampeh....

    Sehingga hari ini, sepatah habuk haram apa tak nampak batang hidung PAS di Kuala Sungai Baru...

    Alasan?

    KAMI TAKDA KUASA....

    Woi Kambing!!!!!!

    Sejak bila PAS perlu KUASA dahulu baru nak mendesak????

    Golongan pendesak tak perlu kuasa politik dan pentadbiran....

    Sementara korang belum kuasai kerajaan negeri la patutnya lebih vokal...

    Bila dah jadi Ketua Menteri nanti....tengok macam Nizar...jadi pupet DAP jer.....

    PAS cakap tak serupa bikin.....

    PAS tak bersungguh memperjuangkan masalah rakyat.....

    Desaklah.....bongkarlah.......

    Jangan Cakap je.....

    http://graduanmelayumuda.blogspot.com

  16. Anonymous says:

    1. ‘Cross’ juga dia. Murahnya nilai Adun kita. Kenapa? Sebab frust kalah ketua UMNO bahagian ke? Ke sebab tak dapat sambung kontrak Felcra lg? Ke sebab dapat saguhati? Ke dah dijanjikan jawatan EXCO? Jawapan nya yang pasti ada pada ADUN Bota Nasaruddin Hashim.


    2. Itu lah murahnya ahli politik Malaysia. ‘Value’nya 2 kupang. Politik 2 kupang. Semua tak boleh pakai ? Kalau sebelum ini ramai yang kata UMNO tu korup. PKR ‘worst’. 2 x 5 = 10, 5 x 2 = 10. Sama aje.


    3. Ini lah budaya politik Malaysia abad ke 21. Beli orang dan orang kena beli. Yang mana dulu yer? Yang penting kedua-duanya sama.


    4. ‘The end justify the means’. Politik matlamat menghalalkan cara. Ada dimana-mana. Dalam UMNO ada, dalam Pakatan Rakyat pun ada.


    5. Rakyat terus dipermainkan oleh orang yang kegilaan kuasa untuk kelihatan hebat menjadi PM. Dia rela dan sedia melakukan aper saja demi kuasa. Rakyat saja yang terpedaya dengan kata nista paduka memanda.


    6. Yang jelas ini mungkin matlamat kerajaan BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN Pakatan Rakyat. ‘BERSIH aper, kalau orang pun boleh dibelinya? kata seorang sahabat.


    7. Apa pun kalau lepas ni Nasaruddin dapat apa-apa jawatan, itu RASUAH nama nya. Itu kerja SPRM lah. Tentunya lepas naik status dan naik gaji SPRM akan lebih bertenaga dan bersemangat buat kerja. SPRM jangan ler pilih bulu. Asyik ikan bilis jer, ikan jerung bila lagi ?


    8. RASUAH itu jijik. Macam taik. Semua taik busuk. Taik ada dimana-mana. Dalam UMNO ada taik, dalam PKR ada taik, dalam PAS ada taik, dalam DAP ada taik. Selagi ahli politik bermain taik, selagi itu rakyat akan jijik. Hari ini rakyat undi engkau, esok belum tentu!.

  17. Anonymous says:

    Buat penyokong UMNO..tok sah nak menyamar....BABI BN dah lama macam mana nak buat...lain kali kalu nak makan duit komisyen babi bagitau awal-awal...kenapa nak marah....kahkahakahakah...nak bela babi pi main jauh-jauh kat Melaka,negeri BN....kalu nak komisyen babi pun kat sana...lain kali jangan nak menyamar bro...

  18. Anonymous says:

    utk orang2 melayu bodoh yg tak tahu hak milik tanah kekal di malaysia ialah selama2nya sampai kiamat, kt UK 999 tahun jek hak milik kekal.. setahu aku hak milik kekal tk penah diberi even kpd Melayu atau India b4, kecuali zaman inggeris kpd org inggeris. kesan hak milik kekal ni, harga tanah akan melambung tinggi, org yg dpt hak milik takn simpan tanah, dia akan jual, bermakna2 tanah di kg baru kebanyakan di kawasan bandar akan dijual kepada syarikat utk dibangunkan... n harga tanah akan tinggi sb tk dinilai ikut semasa tp ikut selagi ada matahari.. dan pembangunan akan terbantut cam india, sb harga tanah terlalu mahal, dan korang org2 melayu, bersiap sedialah utk jd kuli.. apabila kerajaaan tiada kuasa terhadap tanah ttp syarikat akan berkuasa.. tp aku tk fikir korang faham.. sb banyak lembu.. sb korang taksub sb tu korang tk buka mata..

  19. Redzuan says:

    Aku lihat komen komen semuanya emosional bila kemasukan dato nasa kedalam PKR, bagi aku..yang telah mengenali beliau sebelum dia menjadi ahli politik lagi tidak beranggapan dia pengkhianat. Hanya jauhari yang mengenal manikam..

    Seperti yang saya tulis didalam blog saya http://rmf7.wordpress.com ... ada lah tepat ..

    Jangan kita menilai sesaorang melalui tindakannya.. nilaikan apa yang tersurat daripada tindakannya itu.

    Selama 10 bulan 27 hari PR memerintah Perak. Cuba sebutkan satu daripada ADUN BN / UMNO yang berani membuat tindakan menyusup kedalam PR untuk memecahkan ideologi dan seterusnya kemabli dgn kemenangan.

    Ini kita dapat lihat didalam sejarah greek didalam Trojan Horse War, dimana kumpulan kecil mernewaskan kumpulan yang kuat dah besar.

    Sekian

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.