ANWAR CUBA BELI KERAJAAN CARA JALAN BELAKANG

on Monday, April 28, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Written by Otai Siber
Monday, 28 April 2008
Anwar cuba mencemari kebersihan demokrasi di Malaysia apabila cuba membelakangi pilihan rakyat yang disuarakan melalui pilihanraya. Sikap Anwar yang cuba membeli ahli politik dengan berbagai cara membelakangkan suara rakyat yang telah memilih calon politik mereka untuk mewakili mereka di kawasan masing-masing.

Anwar membongkar sendiri keperibadian buruk beliau hanya kerana mahu mencapai cita-cita beliau yang telah terlalu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar disifatkan oleh rakyat Sabah sebagi tidak 'Gentelman' kerana memilih jalan singkat dan tidak menghormati hak rakyat Sabah kerana memainkan sentimen yang memalukan rakyat Sabah. Kata mereka lagi, hak kami mahu dinafikan dengan pembelian wakil rakyat kami dan jika ini berlaku bermakna kami dirompak dan diliwat oleh Anwar melalui jalan belakang yang tidak kami restui.

Mereka juga berkata, jika Anwar boleh membeli ahli politik hari ini, tidak mustahil satu hari nanti Anwar boleh juga menjual Malaysia kerana Anwar menyifatkan demokrasi adalah bahan dagangan. Anwar dikatakan terdesak untuk mencapai kerusi PM sekarang kerana menyadari api menyokong pembangkang tidak akan lama bertahan dan akan mulai reda dalam waktu yang singkat, menyedari calon-calon yang dipilih mewakili parti PKR bukanlah calon yang berkualiti dan hanyalah calon tangkap muat .

Sesiapa sahaja yang mahu bertanding menjadi calon PR pada pilihanraya 2008 boleh menjadi calon asalkan sudi bertanding untuk PR. Pastinya calon-calon ini tidak dapat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat kerana tidak mempunyai kualiti kepimpinan.

Buktinya di Perak, PR tidak ada calon yang berkualiti untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak. Selain dari itu faktor menunaikan janji manifesto pembangkang akan menjadi isu yang akan dipertikaikan oleh rakyat kerana manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang adalah manifesto yang dirangka bukan untuk dilaksanakan tetapi hanya manifesto yang mustahil hanya untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Segala ini akan terbongkar tidak lama lagi dan sokongan rakyat kepada PR akan menurun dan jika ini berlaku dan diwaktu itu Anwar belum lagi mencapai cita-citanya pasti ianya akan tinggal menjadi mimpi sahaja. Selain dari sibuk membeli Anwar sepatut melihat kebelakang dan merenung kembali apakah kemenangan yang PR kecapi ini adalah kerana kerja kuat mereka dan apakah rakyat benar-benar menyokong parti berkenaan kerana benar-benar menyokong Anwar.

Kemenangan mereka sebenarnya adalah satu kemenangan yang mana rakyat hanya mahu menghukum kerajaan BN dan bukan kerana menyokong PR. Oleh kerana rakyat tiada pilihan, mereka terpaksa memilih PR kerana bosan dengan sikap pemimpin BN yang mempunyai banyak masalah. Sikap dan usaha PM untuk memperbaiki BN amat dinantikan oleh Rakyat dan tidak mustahil mereka akan kembali menyokong BN sekiranya BN telah mula perbaiki dan diperkemaskan kembali.

PKR juga bukanlah sebuah parti dominen dalam PR seperti UMNO yang merupakan sebuah parti dominen di dalam BN. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain dan terpaksa menghormati antara satu sama lain untuk memerintah, bukan semua wakil rakyat dari DAP dan PAS yang bersetuju dengan penonjolan Anwar sebagai Perdana Menteri. DAP tidak pernah menyuarakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri melainkan parti yang dicucuk hidung PAS sahaja yang beria-ia memainkan perang saraf bersama Anwar. Malahan dalam PKR juga ada yang bersungut dan tidak bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kesian ...... apabila terdengar rungutan ahli parlimen PAS yang tidak sebulu dengan Anwar, apakah Anwar lebih baik dari Pak Lah mahu pun Najib kata mereka. Apakah ketika Anwar berada dalam kerajaan dahulu, Anwar adalah pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat? Soal mereka .Apakah istimewanya Anwar untuk kita angkat dia sebagai Perdana Menteri. Parlimen manakah yang diwakili oleh Anwar. Cakap berdentang – dentum, parlimen pun tak boleh masuk. Rungut beberapa wakil parlimen PAS.

Rakyat biasa yang tidak pro kepada kerajaan juga bila ditanya apakah mereka mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri, mereka hanya membisu dan terbayang wajah kekesalan di raut wajah mereka dan tidak seorang pun yang pernah berkata , Anwarlah yang ganti Pak Lah.

Tapi sekiranya ini berlaku, rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa demokrasi kita telah dikorup oleh Anwar yang mahukan demokrasi berjalan bersih. Tetapi dia sendiri yang korupkan sistem demokrasi ini dan ............... padanlah muka Tun dan penyokong mereka. Ini yang mereka mahukan.

Inilah Anwar yang kita kenali yang kini terdesak dan kemaruk sangat mahu menjadi Perdana Menteri


3 Responses

  1. Datuk Seri Anwar tu cuma hangit hangit tahi ayam dan GILA KUASA je.. Apa pun saya tetap menyokong UMNO 100%...(Hidup Melayu!!! Hidup UMNO!!!)


    ===================================
    Aizat
    Financial Consultant
    Public Mutual
    0192383694
    0122680765

  2. yiemega says:

    Anwari yang Gila Talak dan Kuasa

    tuan punya blog kita tukar link blog ya, saya dah letak link blog ini kat blog saya sudilah kiranya tuan punya blog meletak link blog saya http://suaragenerasimuda.blogspot.com

  3. Anonymous says:

    apa yang pasti, Anwar tu mmg suka jalan belakang...dah terbukti pon..mgkn skrg dia lepas, tp mahkamah tak kata dia tak salah..cuma tak cukup bukti jer...tunggu je lah..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.