default

Nama Harimau Malaya tidak perlu ditukar

on Friday, December 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sementara itu, Ahmad Shabery menjelaskan penggunaan nama Harimau Malaya pada skuad bola sepak kebangsaan dipercayai berasal daripada nama saintifik spesies harimau itu yang terdapat di negara ini.

Justeru katanya, ia sama seperti penggunaan nama Harimau Bengaal di India ataupun Kucing Parsi atau Kucing Siam di negara lain.

"Bagaimanapun Kementerian sedia membincangkan perkara itu dengan pihak berkenaan bagi menjaga sensitiviti semua rakyat di negara ini," katanya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim mahu penggunaan gelaran Harimau Malaya untuk skuad bola sepak kebangsaan ditukar kepada Harimau Malaysia, bagi memelihara aspirasi negara dan semangat 1Malaysia.


PB tidak bersetuju cadangan beberapa pihak yang mahu penggunaan nama Harimau Malaya pada pasukan bola sepak negara ditukar . Apa masalah dengan nama Harimau Malaya ini ? Kalau Indonesia boleh guna gelaran Garuda untuk pasukan mereka , mengapa Harimau Malaya yang diambil nama spesifik harimau di negara ini hendak ditukar ?

Kepada Pak Menteri Shabery , tak perlu bincang lagi tentang nama kononnya bagi menjaga sensitiviti semua rakyat . Adalah mereka ini tak suka kepada nama Malaya itu ? Gelaran ini sudah sinonim dengan pasukan bola sepak negara sejak dahulu lagi . Bila pasukan kita muncul Juara Piala Suzuki , baru apa pihak itu terbeliak baru tahu gelaran harimau Malaya itu .

Persoalannya di sini , mengapa baru sekarang hendak pertikaikan ?

Untuk Pak Menteri Shabery , elok KBS bantu FAM dengan jaga pasukan ini dengan baik dan tingkatkan lagi pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi bagi melahirkan barisan palapis pemain bola sepak . Tak perlu dok sibuk bincang tentang benda remeh temeh seperti mahu tukar nama gelaran Harimau Malaya ini .



default

Tribute to Malaysia National Team , Champion Of Suzuki Cup 2010

on Thursday, December 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih & yakin bahawa kita boleh



Harimau Malaya sudah kembali mengaum di pentas bola sepak antarabangsa

Wira negara , Safee Sali yang menjaringkan 3 gol untuk menobatkan
Malaysia sebagai Juara Piala Suzuki 2010

Malaysia Boleh !





Ulasan / Komen

" Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia . Pasukan muda telah memberikan kita kebanggaaan dan kita mesti bina kejayaan untuk menggerakan bola sepak maju ke hadapan pada tahap lebih tinggi ." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

" Kejayaan ini membuktikan tiada yang mustahil sekiranya kita benar -benar idamkan kemenangan . Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia - megah ,terharu dan paling utama , semua berasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit " Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin

Ini adalah permulaan era baru . Sebelum ini orang kata bola sepak Malaysia sedang menjunam .Sekarang apa yang dikehendaki penyokong menjadi kenyataan " Presiden SSFC


kejayaan pasukan negara dipuji oleh bintang Man United Rio Ferdinand


"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki . Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas , memang satu pasukan yang bagus ". Pemain Man United / England Rio Ferdinand .

default

Harimau baham Garuda , Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

on Wednesday, December 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Barisan wira negara ..




WE ARE THE CHAMPION !! HARIMAU MALAYA MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO !

Sah Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki 2010 ! Malaysia menang dengan aggregat 4 -2 dengan Indonesia . Penyerang berbisa skuad negara , Safee Sali terus menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan 1 gol lagi bagi menambahkan lagi jurang gol pada minit 53 . 2 Gol Indonesia saguhati mereka dijaringkan oleh Mohamed Nasuha & Mohd Ridwan .

Pada separuh masa pertama , pasukan Indonesia dilihat menguasai permainan dengan asakan bertali arus ke kubu skuad negara menerusi rangkaian Cristian Gonzalez , Irfan bachim dan Arief . Tetapi pertahanan Malaysia terus kental bertahan dan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi banyak menyelamatkan pintu gol negara.

Indonesia mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang 3 gol apabila mendapat sepakan penalti selepas bola rembatan Arif terkena tangan Sabre Abu . Malang sekali ketua pasukan mereka Firman Utina gagal menjaringkan gol apabila sepakan lemahnya mudah dibaca oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che mat . Mungkin selepas ini media Indonesia & Presiden PSSI akan menyalahkan lagi Dukun & Bomoh di Malaysia sebagai punca Firman Utina sepak bola slow dan mudah didakap oleh penjaga gol Malaysia .

Masuk sahaja separuh kedua , hasil hantaran counter attack terus ke penyerang Safee Sali yang keseorangan berada dalan kawasan lawan dan beliau terus merembat kencang menerusi kaki kirinya terus ke gawang Indonesia menewaskan Markus . Gol Safee ini terus mendiamkan ribuan penyokong Indonesia serta membunuh semangat pemain Indon yang pulun untuk menjaringkan gol bagi merapatkan jurang gol .

Indonesia terus mengasak pintu gol Malaysia dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mohamed Nasuha dan Mohd Ridhwan . Walaupun mereka terus menyerang pintu gol skuad negara , tetapi pemain kita kental bertahan sehingga wisel penamat .

Skuad negara terus bertuah apabila pemain kita Safee Sali dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 selepas menjaringkan 5 gol .

SYABAS & TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGARA !

KAMI RAKYAT MALAYSIA BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI !

MALAYSIA BOLEH !

default

Julia Perez mahu tayang Bra Laser ganggu pemain Malaysia !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Dalam akhbar HM hari ini , simbol seks artis Indon Julia Perez (Jupe) berniat hendak mengenakan bra laser ketika final leg kedua Indonesia vs Malaysia. PB tidak pasti samada Jupe hanya melawak atau pun benar-benar mahu melakukannya nanti .

Tetapi hasrat Jupe telah ditentang oleh FPI (Front Pembela Islam) menyatakan protes terhadap tindakan berkenaan

"Enggak boleh itu! Itu bisa kena UU Pornografi. Kalau kayak begitu, ane kagak mau dukung Indonesia. Itu enggak ada tujuan baik kalau kayak begitu. Itu mah malah arogan. Itu kan campur maksiat. Orang kemarin istigosah, kok dicampur begituan," tentang Ketua DPD FPI DKI Jakarta, Habib Salim Alatas, saat dikonfirmasi, Selasa (28/12/2010).

"Itu bisa kena UU Pornografi. Polisi bisa menangkap dia. Kabar ini baru kita dengar. Kita akan lihat dulu karena belum dengar dari tim investigasi juga," paparnya.


Macam-macam karenah penyokong Indonesia ini yang terlampau taksub sangat terhadap pasukan negara mereka ini . Cuma kita harap pasukan negara tidak hilang fokus dalam perlawanan ini dan pertahankan bekalan 3 gol yang dihasilkan di Bukit Jalil bagi menjuarai Piala Suzuki 2010 .

default

Penyokong Indon berdemo depan hotel penginapan skuad bola sepak negara

on Tuesday, December 28, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Hari ini terdapat gerombolan penyokong tegar pasukan bola sepak Indonesia telah mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan bola sepak Malaysia di Hotel Sultan sambil membawa kain rentang yang jelas berbaur provokasi menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Senayan , Jakarta .

Penyokong Indonesia ini marah dan tak puas hati kekalahan skuad negara mereka kepada Malaysia pada 26 /12/2010 lepas di Stadium Nasional , Bukit Jalil . Malah media-media di sana juga mengapi-apikan lagi kemarahan penyokong mereka bahawa kekalahan skuad mereka disebabkan pancaran laser kepada penjaga gol mereka Markus .

Tindakan penyokong Indonesia ini yang melakukan demontrasi ini jelas tidak profesional dan langsung tiada semangat kesukanan . Semasa pasukan mereka datang ke Malaysia , adakah penyokong kita pergi berdemo seperti ini ? MEMALUKAN !!

Kepada pasukan Harimau Malaysia ... terus mengaum di Stadium Senayan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.