Musim mesyuarat bahagian dan sayap nampaknya menjadi pentas terbuka menghentam Presiden parti depan ahli parti . Ada yang secara direct ada yang secara berkias tapi sebenarnya beri signal .
Masing-masing ada agenda sendiri yang tetapi pelbagai pendekatan dan isu digunakan . Semuanya menggunakan alasan atas nama DEMI PERJUANGAN PARTI & KEBENARAN
Antaranya Ketua sayap sendiri Khairy Jamaluddin yang sakan bercakap dan menghentam kerajaan berikutan pertukaran pegawai kanan SPRM ke JPM .
Memetik nasihat Pengarah Strategik BN Datuk Abd Rahman Dahlan , " jangan menarik ikut rentak pembangkang" . Cukup memalukan Yang paling awal menari dalam isu ini ialah KJ .
Apakah KJ selaku Menteri Kabinet tidak faham peraturan pegawai & penjawat awam yang ditetapkan JPA ??
Pegawai itu ditukar atas bidang kuasa KSN.Mereka ditukar kerana telah melanggar peraturan iaitu memberi kenyataan kepada media tanpa mendapat kebenaran. Tak timbul soal mereka ditukar kerana nak tutup soal 1MDB atau ada tangan-tangan ghaib. Itu semua hanya nasi tambah untuk menyedapkan cerita !
Malah Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada pekeliling dan perintah am ditetapkan JPA .
Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tiada kena mengena dengan Polis Diraja Malaysia, sebaliknya ia adalah urusan pentadbiran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA dan ditandatangani semua pegawai kerajaan yang menerima pelantikan sebagai aku janji.klik di sini
Persoalannya , apa motif KJ menggunakan isu pegawai SPRM ini dengan mengaitkan dirinya tidak takut digugurkan daripada kabinet secara terbuka ?? Nak jadi batu ronson ??
Untuk tunjuk atau cabar kepada Presiden bahawa dia boleh kritik lantang tetapi tidak boleh disingkirkan dari kabinet ??
Pendirian KJ dalam isu seperti ini hanyalah untukan dirinya popular dan tidak membantu parti !
Sebaliknya ini jelas satu tindakan MEMALUKAN & MENJAHANAMKAN parti !
Bagi GPB , di saat ini sewajarnya sokongan diberikan kepada Presiden dan mempertahankan parti . Lihat pembangkang bagaimana mereka mempertahankan pemimpin mereka bermati-matian walaupun jelas dihukum bersalah oleh mahkamah .
Tapi orang UMNO dan beberapa pemimpinnya bila Presiden sendiri diserang & ditembak bertalu-talu fitnah pembangkang , ada yang sanggup datang menikam dari belakang .
Seperti kata Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Bahagian Bandar Tun Razak semalam , " bila saya diserang , kita tambah lagi..kita tuang minyak " ...
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak gentar dengan sebarang tindakan akibat kelantangannya dalam isu yang melibatkan perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya tak risau (kedudukan saya terjejas atau digugurkan daripada Kabinet) kerana saya percaya kita harus berpegang pada kebenaran.
"Kita harus jaga kebebasan institusi dan bercakap tanpa takut terjejasnya kedudukan," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang di sini pada Sabtu.
Katanya, bermuhasabah secara terbuka melalui platform mesyuarat UMNO Bahagian selari dengan apa yang diungkapkan presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. klik di sini










