default

Video CD Kamal Saidin paling laris dijual

on Saturday, December 3, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Bila GPB meronda di kedai jual Vcd ucapan PAU 2011 , menurut mereka vcd ucapan usul agama oleh perwakilan Kedah , Ustaz Kamal Saidin paling laris seperti pisang goreng panas. Sampaikan disalin hingga 4 kali !

default

Gambar menarik sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini merupakan sebahagian gambar  sempena PAU 2011 yang sedang berlangsung dari 29 Nov 2011 dari pada kamera lensa GPB .


gambar kenangan - Datuk Hamidah ,Dr Novandri & Datuk Muhkriz Mahathir 



perwakilan dari Sabah , Datuk Salleh beri gred A kepada pentadbiran Najib 



Istilah  kabel  Wayar untuk isu winnable candidate menarik perhatian perwakilan 



Datuk Mukhriz mewakili perwakilan UMNO Kedah 

 Apa yang Datuk Seri  Presiden fikiran ? 





Tun Abdullah Ahmad Badawi melawat bilik media & memuji kemudahan 
yang disediakan sempan PAU 2011 kali ini 




KP UMNO sekarang melihat gambar wajah KP terdahulu seperti 
Datuk Seri Najib , Datuk Seri Zahid & TS Rahim Thamby Chik 




 celoteh dan gelagat perwakilan UMNO P.Pinang mengamatkan Dewan 
Merdeka hari ini 

Tidak protokol : Tun Abdullah sanggup duduk bersama 
perwakilan bahagian di Dewan Merdeka 

Pemuda Hulubalang & Puteri Permata ...




 Apa yang Tok Man kunyahkan tu ? 

 Perwakilan gelak ketawa termasuk Presiden kerana 
perwakilan UMNO PP telah  berjaya bongkar rambut terbaru 
Datuk Tengku Adnan 


Presiden pun terkejut rambut Setiausahanya yang baru...

default

Bukti UMNO membantu peniaga Melayu mencari rezeki !

on Friday, December 2, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Setiap tahun Perhimpuan Agung UMNO sentiasa memberi rezeki berlipat kali ganda kepada peniaga Melayu yang berniaga di lot kedai disediakan pihak pengurusan .  Kalau nak harap kerajaan rasis seperti DAP , lihat lah apa mereka buatdi PP di mana banyak geria melayu dirobohkan . 



 orang UMNO yang hadir pasti tidak lepaskan peluang membeli 
oleh-oleh untuk dibawa pulang ke rumah 


minyak yang murah dan original 


gerai wajib di PAU , menjual cenderamata parti 



default

Puisi seorang panglima perang UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Rahsia silam bumi yang engkau pijak,
Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?

Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Siapakah gerangan pejuang tidak bernama,
Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?

Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang,
Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?

Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa
Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?

Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini,
Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang,
Engkau tidak lagi perlu bertanya,
Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri,
Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini,
Kita akan sama-sama teguh berdiri!

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta,
Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku,
Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu,
Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri kerana aku Pemuda yang tidak gentar semua,
Berdiri kerana aku Pemuda penerus perjuangan bangsa!
Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.

HIDUP UMNO!
HIDUP UMNO!
HIDUP UMNO!

default

Gambar keretapi terkandas gara-gara ancaman bom di Tapah

on Thursday, December 1, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan setelah satu objek dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim River di KM 259 pagi tadi.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan yang telah dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang telah dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.

Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.

Menurut kenyataan itu, pasukan polis telah mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Roslan Bek Ahmad pula berkata, polis menerima panggilan mengenai objek itu pada 1.45 pagi tadi, dan mengerahkan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat pemeriksaan di landasan sejauh 76 km antara Tanjung Malim dan Tapah Road.

"Terdapat 21 jambatan antara laluan Tanjung Malim dan Tapah dan pemeriksaan perlu dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa kerana keadaan yang gelap,” katanya kepada pemberita.

Roslan berkata, hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di kM 259.25 berhampiran Slim River pada 12.05 tengah hari tadi.

Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ.

"Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan,” katanya.

Roslan berkata polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. — Bernama



** Adakah kerana hari ini Perhimpunan Agung UMNO  2011 yang sedang berlangsung , puak-puak anasir jahat ini cuba hendak sabotaj ???   


Perwakilan dari UMNO  sebelah utara juga menerima nasib yang sama hingga terlepas ucapan dasar Presiden . 



 ekspress Senandung Langkawi membawa 400 orang terkandas di Tapah 

 rombongan sekolah pun turut jadi mangsa 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.