default

Inikah negeri dikatakan Serambi Mekah ?? Membangun bersama Islam

on Tuesday, October 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

700 anak luar nikah di Kelantan

KOTA BHARU 26 Okt. - Seramai 700 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di Kelantan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Beliau berkata, keadaan tersebut membimbangkan dan kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut kerana pihaknya percaya masih ramai lagi anak luar nikah yang tidak didaftarkan.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui seminar, forum dan ceramah sentiasa menekankan kepada ibu bapa dan keluarga kepentingan pendidikan anak-anak dan bahaya gejala sosial di sekeliling mereka.

''Menerusi kursus bina insan dan kecemerlangan solat yang dianjurkan, kerajaan berharap para remaja dapat menjaga maruah diri masing-masing.

''Pengaruh dari kawan, cakera padat video (VCD) lucah, media amat kuat lebih-lebih lagi capaian kepada Internet yang semakin mudah menyebabkan kita sukar menyekat perkara yang tidak elok sampai kepada remaja.

''Namun demikian kita sentiasa berusaha dan bekerjasama dengan NGO dan agensi kerajaan untuk mengatasi masalah ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Catat jangkitan HIV tertinggi

KOTA BHARU 26 Okt. - Biarpun kerajaan Pas Kelantan sering mendabik dada dengan mendakwa mereka adalah contoh terbaik untuk mendidik rakyat tetapi realitinya berbeza.

Masalah sosial di kalangan rakyat di negeri ini tidak jauh berbeza dengan negeri-negeri lain, malah pada tahun lepas ia mencatatkan kes jangkitan HIV yang tertinggi dengan 749 kes baru berbanding tahun sebelumnya.

Hakikat ini diakui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Ubaidah Omar ketika menjawab soalan lisan, Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Paling membimbangkan, katanya, peningkatan golongan belia yang dijangkiti virus tersebut terutama melalui hubungan seks rambang.

''Statistik menunjukkan jangkitan baru melibatkan usia 20 sehingga 29 tahun adalah 25 peratus manakala 30 sehingga 39 tahun sebanyak 42 peratus.


Komen PB

Adakah ini hasilnya apabila sebuah negeri dikatakan Serambi Mekah dan diperintah oleh Tok Guru menunjukkan statistik seperti di atas. Patut lah benar apa yang dikatakan Tun Mahathir hari ini iaitu Nik Aziz perlu berundur sebelum dikutuk kerana negeri Kelantan tidak membangun sejak 19 tahun ditadbir PAS.

Berdasarkan statistik ini, adakah berjaya ke Tok Guru memerintah mengikut ciri -ciri ala Islam dan mendidik rakyatnya . Mungkin Tok Guru perlu muhasabah balik apa yang beliau buat selama dia perintah di negerinya dan menerima kritikan oleh pihak lain terhadap pemerintahannya di Kelantan . Jangan terlalu ego dan sombong sangat kerana adan berada di atas dan menggunakan status ulama untuk berkuasa dan tidak menerima teguran orang lain







default

EGM PAS : Penghasut liberalisme berjaya pengaruhi Nik Aziz

on Monday, October 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



dalam politik, ahlinya hendaklah kebal dan tebal. kebal hati dan jiwa walau apapun yang melanda. tebal muka adalah perkara biasa. dia harus berani menerima 'sakatan' musuh dan rakan. tak tahan dek sakat, dia boleh melompat-lompat.

dalam kajian ahlul sosiologi,umum mengetahui orang melayu yang usianya tua punyai tabiat melatah. bila dicuit di pinggang atau di sergah,mulalah dia melatah..adakala melatah pak tua ni lebih menjurus kepada skala mencarut.. dan seakan menjadi suatu budaya atau trend sekarang,orang muda pula yang kuat melatah.. aksi ni aku kata buat-buat, saja nak cari glamer .

nik ajis sedang menelusuri aksi yang sama. dia kena sakat,dia melatah dan dia melompat-lompat.kasihan sungguh aku melihat si tua pemegang kunci sorga ini. katastrophi sedang melanda partai pas, bukan kerana mereka sedang menjunam kalah di pilihanraya sebaliknya sedang mengalami ribut politik sepertimana yang pernah umno alami.apa ributnya pak ? ributnya berlingkar disekitaran wadah rebut kuasa,pangkat dan harta.

sebenarnya nik ajis nak berterus-terang, agar hj hadi,mustafa ali,hasan ali dan nasarudin dicampak keluar dari partai pas. nik ajis sanggup melangar hukum dan adat pertandingan, sanggup menjadi juara diktator walaupun seterunya itu menang dalam pertandingan yang adil.

ini semua gara-gara penghasut,tukang hasut dan bapak penghasut.ribut-ributan dalam pas pernah berlaku dalam sejarah umat.siapa kah watak 'judas' dan 'utimutraraja' yang semakin galak menghayun pedang untuk menyembelih presiden mereka sendiri ?adakah nik ajis bertindak sendirian atau ada si judas dan utimutraraja yang sedang melayan kipas memanaskan bontot nik ajis agar beliau melompat-lompat kepanasan ?

maka arakiannya, kita harus mengkaji apa punca dan mana berpuncanya. aku tegaskan di sini bahawa karektor-karektor ini lah yang sebenarya sedang menjahanamkan partai pas dengan cara menghasut si pemegang konci sorga.

prof aziz bari adalah seorang profesor UIA, banyak menulis dalam hal ehwal ligitasi. sayang prof kangkung ini lebih condong penulisannya ke arah kumpulan liberal islam. siapa bos aziz bari ? tiada lain mamat kangkung dari melaka bernama khalid jaafar, mastermind institut kajian dasar (IKD).. apa fungsi IKD ? tiada lain menjuarai lidah liberalisme dan jaguh bicara soal demokrasi dan hak asasi. khalid jaafar pernah meggelarkan nabi muhammad saw sebagai D.O (pegawai daerah) sahaja sewaktu diskusinya dengan wartawan pelacur demokrasi dari malaysiakini.

aziz bari terhutang budi tetapi belum sampai tergadai bodi. dia banyak terhutang budi dengan IKD, kerna banyak cetakan buku kangkungnya ditanggung kosnya oleh kalid jaafar. aziz bari sama akhlaknya dengan ibrahim sufian (merdeka centre), satu lagi watak ciptaan anwar attaturki yang bertugas untuk mengipas-ngipas dasar anwar dan perjuangan liberalisme IKD.

aziz bari penggemar anwar attaturki. sewaktu kes tumbangnya perak ke tangan barisan nasional, aziz bari merungkai persepsi dan fitnahi. ini kerajaan haram,tiada demokratik..aziz bari cuba menutup kesalahan anwar attaturk dalam mainan politik 16 september.anwar attaturk telah mendahului tuhan dalam persoalan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.perak tumbang dan itu balasan tuhan pada anwar attaturk. tuhan itu berkias dan menempelak anwar dan aziz bari sendiri, agar jangan bermain dengan isu 16 september..tuhan mengingatkan mereka supaya jangan meliwat semangat demokrasi dengan mainan kata 'we have the numbers'..sekali terkena berguling-guling di atas jalanraya.hari ini,seperti biasa dia menjalankan operasi dalam rancangan yang teliti, menjolok hj hadi supaya terkeluar daripada saf parti pas. Klik di sini Aziz Bari ampu kuat Anwar

husam musa ada masalah. dia sedang menanggung malu di atas kekalahannya tempoh hari ditangan nasarudin. perseteruan ini belum berkesudahan, apabila nasarudin mengambil langkah berani untuk menyaman kickdefella, bloger upahan husam yang banyak memfitnah nasa sewaktu kempen muktamar pas tempoh hari.

nik ajis pernah menggelarkan nasarudin sebagai sampah. nik ajis termakan hasutan husam dan anual bakri, set pol nik ajis yang kerinting rambutnya. ini 2 watak utimutraraja, sang penghasut yang bisa membinasakan partai mereka demi mengekalkan kuasa.berani aku katakan bahawa semangat kenegerian sedang melanda pas.

siapa utimutraraja ? dialah sang puaka bangsa, sama tarafnya dengan raja mendeliar,si kitul dan nina chatu si keling yang telah meranapkan kerajaan melaka. dek kerana mereka berempat inilah portugis bisa menguasai melaka..hari ini watak penghasut sejarah lama telah melanda partai pas.

yang bisa ketawa diluar melihatkan sengketa partai pas tiada lain anwar attaturk. dia penjahanam bangsa dan perosak agama. anwar umpama bayangan dajal, air dikata api dan api dikata air. yang lemah longlai jiwanya pasti terpengaruh dengan janji sang halunisasi anwar attaturki.

anwar pernah menghancurkan ABIM,pernah menghancurkan umno dan sedang melakukan kerosakan yang sama kepada pas. ramai dikalangan pimpinan pas terpikat dengan dasar liberalisme anwar attaturki.nizar bintang 3,kalid gereja samad,mujahid yusof rawa,mahfuz omar,salahudin ayob,dr zulkifli ahmad,dr lo'lo dll merupakan petualang sebenar dalam pas.mereka sanggup menggadaikan maruah perjuangan pas demi pangkat dan harta.sama perangainya dengan judas iscariot.

siapa judas iscariot ? dia ialah bendahara sewaktu zaman jesus (nabi isa a.s) . judas antara 12 sahabat terkenal nabi isa a.s.. 12 sahabat yang digelar hawariyun. judas sanggup melacurkan maruah diri demi 30 keping perak yang ditawarkan oleh imam-imam yahudi jika judas memberitahu dimana tempat persembunyian nabi isa a.s. tapi tuhan maha berkuasa,judas telah ditukarkan rupanya seiras nabi isa a.s.dan kerana itulah judas telah disalib.kerana kesundalan itulah judas digelar iscariot yang bermaksud si pengkhianat.

anwar tahu azmin tiada mampu mendepani politik sewaktu sepeninggalannya ke sungai buloh nanti.azmin tiada semangat jantanan politik,saifudin nasution adalah pelacur politik yang kepalanya bisa ke sana kemari umpama lalang ditiup angin.tatkala anwar ke sungai buloh, harapan barunya terletak penuh di atas pundak barua-barua beliau dalam pas. samada mengkhianat hj hadi itu bukan persoalan,yang penting legasi dan pengaruh anwar attaturk perlu diteruskan. anwar attaturk pernah digelar pengkhianat oleh muhyidin yasin. seharusnya ahli pas memahami maksud tersirat muhyidin, antara utimutraraja,judas dan anwar ,,siapa diantara mereka yang patut 'dipancung' terlebih dahulu !

sumber : GAP

default

Pendedahan Siapa Husam Musa !!!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya ingin memberitahu kepada pembaca budiman sekalian satu cerita yang tidak diketahui ramai. Tahukah anda kenapa isu EGM khas PAS muncul secara tiba-tiba dan siapa dalang disebaliknya?

Ada empat dalang disebalik ini semua. Anwar Ibrahim, Husam Musa, Anuar Bakhri dan Khalid Samad. Isu ini timbul untuk menutup cerita Exco Gedebe Kelate (samseng Kelantan) dalam masa yang sama untuk Husam membalas dendam kepada Nasharudin Mat Isa akibat tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS. Dendam Husam terhadap Nasha tidak pernah surut walaupun sudah beberapa bulan pemilihan PAS berakhir.

Bukan setakat Husam yang berdendam kepada Nasha, Khalid Samad juga berdendam terhadap Hassan Ali kerana digugurkan jawatannya sebagai Timb Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dan juga dendam Anwar Ibrahim terhadap Mustafa Ali kerana memperlekehkan idea 16 Sept tahun lepas. Dalam masa yang sama isu ini dapat menutup cerita kes Husam menumbuk seorang tetamu pada majlis hari raya PAS di Taman Melewar.

Kes Husam menumbuk tetamu sebenarnya sudah menjadi kes berat dan akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat akan datang. Dalam masa yang sama kes tersebut sudah mula heboh ke seluruh negara.

Saya difahamkan oleh seorang tetamu yang hadir disana ada gambar Husam menumbuk tetamu berkenaan dalam simpanan beliau. Tetapi gambar tersebut telah diserahkan kepada seorang pemimpin kanan Pas, setelah diminta oleh pemimpin tersebut untuk dijadikan bukti dalam mesyuarat mereka.

Mahhfuz Omar cuba menafikan berita tumbuk menumbuk ini dalam Sinar Harian 20.okt.09 yang lalu. Mahfuz cuba membohongi orang ramai. Beliau tahu cerita sebenar, kerana beliau telah bercakap dengan mangsa yang ditumbuk "menate gedebe dari kelate ini".

Inilah dia sikap kebinatangan pemipin PAS yang menjual nama Islam. Beliau cuba berbohong secara terang-terangan. Sebab itulah saya tidak percaya bila Mahfuz menafikan anak beliau sedang ditahan di Penjara Alor Setar kerana menghisap dadah. Elok sangat dah tu, anak penagih dadah, bapa pula seorang penipu.

Jika beginilah perangai Husam sebagai seorang pemimpin PAS dan juga seorang exco kerajaan negeri, maka saya tidak hairan beliau kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ternyata orang-orang tidak membuat pilihan yang salah. Perangai macam budak-budak bagaimana nak jadi pemimpin? Dah la perangai macam budak-budak, selepas itu cuba menjadi gedebe pula. Amat malang orang Kelantan kerana mempunyai seorang pemimpin yang sebodoh dan sebangang Husam.

Semalam saya mendapat maklumat dari seorang rakan peguam. Minggu depan akan ada satu lagi pendedahan tentang Husam. Beliau menghantar orangnya ke rumah makcik (ibu saudara) musuh politik beliau di Kelantan pada malam hari untuk mengorek rahsia orang berkenaan.

Orang beliau cuba menipu makcik orang berkenaan konon anak saudaranya ada memohon bantuan kerajaan negeri. Wakil Husam berkata datuk suruh datang 'check' kerana orang ini ada memohon bantuan. Perkara ini baru diketahui oleh orang berkenaan tiga hari yang lepas.

Orang berkenaan akan muncul membuat pendedahan dengan peguamnya minggu depan. Husam mendapat alamat orang berkenaan mengikut kad pengenalan melalui nombor telefon bimbit dari kaki-kakinya yang bekerja di syarikat gergasi telekomunikasi tempatan.

Difahamkan orang berkenaan akan menyaman syarikat berkenaan kerana mendedahkan identitinya kepada pihak ketiga. Orang berkenaan menafikan seratus-peratus yang beliau pernah memohon bantuan kerajaan Kelantan. Anda lihatlah betapa pembohongnya seorang pemimpin PAS. Malam-malam hari pun mereka sanggup pergi ke rumah orang tua untuk berbohong.

Sebab itu dari dulu lagi saya sering berkata jangan percaya kepada pembekal 'gergasi tempatan' kerana ramai stafnya menjadi hantu pembangkang. Mereka semua boleh periksa sms yang kita hantar satu persatu dan boleh dedahkan maklumat kita kepada orang luar.

Nantikan pendedahan seterusnya...

sumber : unit media baru

default

Doa PAS untuk lihat UMNO pecah kini sudah balik kepada mereka

on Sunday, October 25, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments









Diberitakan selepas kepimpinan tertinggi Pas mengalami ‘krisis dalaman’, sayap parti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat pula kini berhadapan dengan kepincangan dalam soal perjuangan parti di kalangan ahli-ahlinya.

Ketuanya, Nasrudin Hassan melalui blognya,

menyifatkan ahli-ahli sayap parti itu kini bagaikan sudah hilang ‘umph’ kerana semangat perpaduan dan perjuangan demi agama di dalam diri masing-masing seakan menghilang.

"Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph". Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Memang aneh cara kita berjemaah di zaman moden ini. Hilang ‘umph’ dan yang timbul adalah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain.

"Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masing menunggu ‘tuning point’ sebagai masa nak bertindak,” katanya di dalam entri terbaru di dalam blognya itu. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Sementara itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula masih tetap dengan pendiriannya dan berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supayaPAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

http://www.malaysiakini.com/news/115787

Begitu juga keadaannya dikalangan ahli PAS dan Blogger mereka. Mereka seakan pasrah dengan krisis dalaman partai kesayangan mereka sehingga ada juga yang teringin untuk meneruskan perjuagan mereka bersama DAP. ISHH..ISHHH..KESIANNYA….SUSAH-SUSAH MASUK AJE PARTI TUPPERWARE…!!!

http://singa-maraja.blogspot.com/2009/10/orang-pas-di-seru-masuk-dap.html

http://abnnasution.blogspot.com/2009/10/masuk-saja-dap.html

Terdapat juga yang merasa bahawa tindakan Tok Guru mereka betul cuma salah timing. SALAH TIMING APENYA…CUMA TOK GURU KAU TU DAH OVER-TIMING….KAH..KAH..KAH..!!!

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/10/timing-tak-kena-tok-guru.html

Tapi lagi lucu ada yang benar-benar percaya terdapat dikalangan pemimpin PAS yang pro-UMNO…malah dianggap AJEN-AJEN UMNO dalam PAS. Woiii…autahlah lu...setahu penulis pemimpin-pemimpin PAS yang PRO-PERPADUAN tu adalah WARAS otaknya...kerana memikirkan survival AGAMA dan BANGSA bukan semata-mata survival PARTAI..!!

http://tukartiub.blogspot.com/2009/10/ajen-gerombolan-dalam-pas-hendak-di.html

Itulah dulu kerap sangat berdoa dan bermunajat untuk kemusnahan terhadap saudara seislam dalam UMNO. Tapi ALLAH s.w.t tu Maha Kaya..sebaliknya berlaku…UMNO kian tersusun ..kian teguh…kian kuat…!!!

Lihat apa yang nyata sekarang ialah doa mereka yang berjela-jela mungkin telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno BN berpecah.

sumber : unit media baru


Pas semakin parah. Ketua Dewan Ulamak PAS, Harun Taib menafikan yang Nik Aziz menulis dalam blognya berkenaan Muktamar khas.Kalau bukan Nik Aziz yang tulis,siapa lagi gamaknya yang memegang pasword blog Nik Aziz.


Komen PB
Doa tidak baik oleh mereka yang mahu lihat UMNO berpecah akhirnya telah balik kepada mereka seperti yang dikatakan oleh Naib Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi .

"Nik Abdul Aziz selalu berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah, ini bererti doa tidak baik itu telah berbalik kepada mereka sendiri, Allah telah membalas apa yang beliau sebut dan minta serta ia terkena batang hidung sendiri, mudah-mudahan ia dimakbulkan Allah,"

Lambat laun rakyat akan dapat menilai parti yang mana dapat berkhidmat baik untuk rakyat dan negara ini . Rakyat kini bijak menilai siapa yang pembohong dan suka melihat pepecahan dalam negara ini .

Link yang menarik untuk dibaca mengenai krisis PAS dan EGM Nik Ajis

Nik Aziz dan EGM Pas
Wajarkah EGM Pas diadakan?
ANTARA PERUBAHAN UMNO DAN PERUBAHAN PAS.
Nik Aziz diguna untuk memuaskan kerakusan kuasa Husam

default

Perpecahan Islam yang disengajakan - Dr Ridhuan Tee

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2009)

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya dituduh sebagai tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh! Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai saya untuk jadi kaya. Senang sahaja caranya, kutuk pembangkang dan puji UMNO, maka kita akan dibayar berjuta-juta. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung. Orang lain semua salah, mereka sahaja yang betul.

Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22 Disember 2008). Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka, bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check and balance.

Cuma satu perkara yang saya pohon, yang baik kata baik dan sokonglah. Manakala, yang tidak baik, boleh ditegur dengan cara berhikmah. Jangan tolak semua disebabkan tidak sehaluan. Lebih hina lagi, suka menyerang peribadi. Adakah peribadi kita semuanya baik? Ingat saudara, kadangkala kita juga menyimpan pekung di dada. Kita juga buat silap, tetapi kita tidak berani untuk mendedahkannnya, dibimbangi terpalit ke muka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Saya mengatakan yang benar, jika hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukumnya, parti ultra kiasu dan sekutunya, bukanlah pakatan yang sesuai. Sebab mereka tidak pernah bersetuju dengan Islam. Parti ultra kiasu itu amat kuat menentang Islam. Takkan tidak nampak lagi. Sementara sekutunya pula sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong idea PAS untuk menubuhkan negara Islam. Cubalah PAS bertanya walaupun sekali kepada kepimpinan tertinggi mereka. Jawapannya, mereka memang tidak mahu Islam. Agenda peribadi mereka jelas, mahu membalas dendam. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Siapa yang rugi? Orang Islam juga. Adakah orang bukan Islam rugi? Tidak. Mereka tetap untung sama ada dalam BN atau Pakatan Rakyat, walaupun berhadapan krisis dalaman parti sendiri.

Justeru, bila saya mencadangkan PAS bekerjasama dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO, itu bukan retorik kosong. PAS dan UMNO adalah parti dominan umat Islam di negara ini. Arah tuju Melayu Islam bergantung kepada dua parti ini. Bukan parti ultra kiasu dan sekutunya yang baru setahun jagung. Perjuangan mereka ada agenda tersembunyi. Saya minta saudara semua, bacalah bahan-bahan yang terlampau banyak dalam internet. Jangan lupa baca juga bersama perjuangan freemason. Saudara tentu akan mendapat gambaran sebenarnya.

Manfaat PAS berkawan dengan UMNO lebih banyak hasil Islamnya berbanding dengan parti ultra kiasu yang terang-terang menolak Islam, termasuk sekutunya. Contoh di negeri Selangor amat jelas, adakah sinar Islam benar-benar tertonjol walaupun ketuanya orang Islam. Fikirkan sendiri. Jangan berkonflik dalam diri, seksa hidup kita. Biarlah kita berkawan dengan musuh, sekurang-kurangnya kita telah kenal hati budinya, daripada berkawan dengan musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam, yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.

Saya bukan ahli UMNO, saya tidak mendapat satu senpun dari UMNO. Tetapi saya melihat politik umat Islam amat merugikan. Jika berkawan dengan UMNO, tidak dapat menegakkan Islam, apakah berkawan dengan musuh UMNO, Islam dapat ditegakkan? Tidak juga. Jadi, timbangkanlah mana lebih baik antara keduanya. Itu sahaja. Habis cerita.

Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan pecah segala-galanya semata-mata kerana berbeza pendapat seperti pilihan raya Bagan Pinang baru-baru ini. Orang lain bergaduh juga, tetapi pergaduhan mereka macam adik-beradik. Hari ini nampak bergaduh, esok mereka berbaik-baik. Tak pernah dengarpun sampai pecah kepala. Kenapa kita tidak boleh menjadi sedemikian? Kenapa perlu berpatah arang berkerat rotan. Masalah inilah yang menghantui umat Islam hari ini sehingga kita diperkotak-katikkan. Umat Islam merempat di bumi sendiri. Apakah kita yakin kita boleh bangun selepas ini?

Bandingkan dengan negara China, mereka hanya ada satu Cina. Tidak timbul Taiwan itu keluar daripada Cina. Pada kerajaan China, Taiwan itu adalah Cina. Cina tetap Cina. Taiwan tidak boleh bersekongkol dengan Amerika untuk menghancurkan Cina. Sebab apa? Jawapannya, sebab kerajaan China, kenal musuh yang sebenar dan musuh dalam selimut. Sebarang percubaan menghancurkan China, tidak ada kompromi.

Dengan sebab itu, kerajaan China amat tegas dengan Taiwan. Sebarang percubaan untuk ‘mengAmerikakan’ Taiwan akan ditentang habis-habisan. China mengambil pendekatan satu Cina dan maruah bangsa lebih penting daripada segala-galanya. Berpegang kepada prinsip yang SATU ini, akhirnya China menjadi hebat. Musuh ketatnya Amerika pun rasa takut, apatah lagi musuh yang cuba menjadi musuh dalam selimut. Tamadun mereka adalah warisan nenek moyang yang tidak boleh dijual beli dan tidak ada kompromi. Jika Taiwan dirosakkan, maka hancurlah konsep kesatuan SATU China. Saya harap pembaca faham sedikit perbandingan ini dengan negara kita dan kaitannya dengan artikel saya minggu lepas. Begitulah hebatnya pegangan ajaran nenek moyang dan tamadun bangsanya.

Islam tidak pentingkan nenek moyang, sebab kita ada Allah Yang Maha Esa. Sepatutnya kita yang ada Allah lebih hebat daripada mereka yang percaya kepada nenek moyang. Allah yang menjadikan nenek moyang. Kenapa hari ini manusia yang menyembah Allah, lebih hina daripada mereka yang menyembah nenek moyang. Janganlah pula menyalahkan Allah, kerana kita tidak bersatu atas nama Allah walaupun Allah memberi amaran, berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu berpecah belah.

Manusia yang yakin dengan Allah telah terbukti akan kehebatan. Lihatlah tamadun yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak ada sedikitpun kekurangan. Persoalannya, kenapa umat Nabi SAW begitu naif? Sukarnya sangatkah kita hendak bersatu atas dasar Islam? Apakah penyatuan Islam itu perlu tunggu wujudnya negara Islam atau perlaksanaan hukum Islam?

Kenapa kita tidak dapat membaca realpolitik Islam di negara kita? Bolehkah diwujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Tidak kah kita terfikir bahawa orang bukan Islam tidak akan selamanya bersetuju dengan Islam?

Jika begitulah keadaannya, bolehkah PAS menubuh negara Islam jika berkawan dengan mereka yang terang-terang menolak Islam. Tidak boleh juga. Jika begitulah keadaannya, kenapa tidak hari ini kita bersyukur dengan kepimpinan Islam yang sedia ada dan cuba memperkuatkan lagi agar nilai-nilai Islam terpancar walaupun hakikat sebenar hukum Islam tidak dapat dilaksanakan?

Saya fikir hari ini, kita perlu duduk semeja untuk fikirkan bagaimana nilai-nilai Islam boleh dilaksanakan di negara kita daripada bercakap soal hukum hudud yang amat sukar dilaksanakan kerana majoriti-minoriti negara kita tidak besar. Mungkin Brunei, Pakistan dan negara Arab yang lain tidak sukar untuk melaksanakan hukum Islam. Tetapi di Malaysia tidak sedemikian geografi penduduknya.

Adalah lebih baik nilai-nilai Islam dilaksanakan kerana saya yakin nilai-nilai Islam turut dikongsi oleh semua agama. Mana ada satu nilai-nilai baik Islam ditolak oleh agama lain. Apa yang diharamkan oleh Islam turut diharamkan oleh agama lain seperti berzina, berjudi, minum arak, mengumpat dan lain-lain. Nilai-nilai baik lain tidak perlu disebutkan, kerana saya yakin semua akan bersetuju, kecuali bagi mereka yang terlampau ghairah dengan cara hidup barat.

Jika ada agama yang mengatakan apa yang dilarang oleh Islam itu dibolehkan, dan nilai-nilai baik itu ditolak, saya berani mengatakan bahawa hina sungguh agama mereka. Tetapi tidak sedemikian. Apa yang saya belajar semasa menganut agama Buddha dan Kristian satu masa dahulu, sebenarnya terlalu banyak persamaan. Persamaan itulah yang perlu kita cari dan selesaikan untuk dilaksanakan, bukannya membuang masa membincangkan sesuatu yang jauh dari realpolitik dan amat sukar dilaksanakan. Akhirnya, wang ringgit dibazirkan, kerana membincangkan perkara yang tidak boleh dilaksanakan kerana tidak memahami realpolitik dan berpecah belah tidak tentu pasal. Siapakah yang rugi sebenarnya?

Saya bukan menolak negara Islam dan hukum Islam, tetapi selaku pengkaji politik, saya membaca realpolitik Malaysia. Saya sedih dan amat khuatir melihat umat Islam berpecah. Perpecahan yang disengajakan. Kita sudah terlepas Singapura, adakah kita mahu lihat Singapura kedua dan selepas itu, Singapura ketiga?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.