default

Siapa guna bomoh ??

on Tuesday, May 5, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


INI adalah peralatan yang dijumpai dalam kediaman rasmi Menteri Besar, sewaktu team peninjau YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir masuk untuk membersihkan kediaman berkenaan.

Kain kuning, jarum serta bulu landak dibungkus dan disimpan oleh pakatan pembangkang di kediaman rasmi YAB Menteri Besar, sebelum mereka meninggalkan rumah itu.

Teringat satu jenaka, empat lelaki dalam kereta, sewaktu hujan lebat. Si A terkentut lalu dengan kuatnya menjerit, "Siapa kentut ni bau busuk," katanya. Si B, C dan D terkejut dan menafikannya. Si A menjerit kerana untuk mengelakkan dirinya dituduh sebagai pengentut.

Strategi yang sama digunakan oleh pembangkang. Mereka yang menggunakan ilmu sihir -- berbomoh dan berpawang -- tetapi menuduh orang lain berbuat demikian. Ini taktik pembangkang.

Tujuan mereka tak lain dan tak bukan mengelirukan rakyat dengan menggunakan fitnah. Sebab itu Khalil Idham Lim, beriya-iya menuduh Dr Zambry menggunakan bomoh sebab itu cara mereka.

source : http://selamatkanperak.blogspot.com/2009/05/siapa-guna-bomoh.html

link cerita bomoh !!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/berita-terkini-malaysiakini.html
Sami beri keyakinan Anwar jadi PM dalam masa terdekat
Dua hari lagi sebelum sidang Dun Perak

Komen PB

Tengok daripada pic itu seperti bungkusan kecil yg dililit dengan tali ..Jika orang cakap itu seperti cenderamata ,ada ke Adun2 yang tua2 ni dok main lagi benda2 ni Sebenarya ini jelas semua penipuan dan pembohongan tahap gila punya Pakatan ini .
Tindakan MB Perak yang telah membuat laporan polis berhubung tuduhan tersebut merupakan satu tindakan yang tepat demi mempertahankan maruah MB sendiri, kerajaan BN dan umat Islam keseluruhannya. Adalah tidak wajar untuk kita selaku umat Islam mempercayai dan taksub kepada perkara-perkara berunsur tahyul ini.

Kenapa begitu terdesak wahai Pakatan Rakyat Perak??? Sampai sanggup menfitnah dan menuduh yang bukan-bukan.Di sini kenyataan Adun tersebut yang mengatakan mempunyai bukti ..

DUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam.

“Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan.

“Kita ada bukti yang diberitahu (oleh) sumber tertentu” ,

Diminta menjelaskan lanjut bukti dakwaannya itu, Khalil berkata:

“Sekarang masalahnya, orang memberitahu saya, (itulah) bukti saya. Maklumat daripada orang yang tahu betul cerita ini.”


Apa punya kriteria pemimpin seperti ini ,mendengar sahaja cerita terus percaya dan serang orang lain tanpa usul periksa .Sampai bila mereka ini mahu hidup membodohkan rakyat dan sampai bila pula mereka ini mahu teus jadi penipu dan merapu sepanjang masa. hanya dengan mendengar cakap orang saja mereka boleh mengambil nya sebagai bukti.

default

Anwar rancang 4 hingga 5 pilihan raya kecil lagi?

on Monday, May 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Apabila saya membaca kenyataan ulasan oleh penganalisis politik terkenal meramalkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan 'mencetuskan' antara empat hingga lima pilihan raya kecil lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Mereka berpendapat bahawa penstrukturan semula kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diumumkan Isnin lalu, kemungkinan merupakan antara strategi parti itu khususnya Anwar bagi menghadapi siri pilihan raya kecil. Ada benarnya juga kerana dalam politik sebuah parti mereka perlukan perubahan dan penstrukturan semula jika terdapat kelemahan dalam parti seperti yang UMNO lakukan sekarang selepasa pemilihan UMNO.

Pilihanraya umum yang terbaru ini di dalam kawasan parlimen beliau sendiri wujudkan walaupun bekas Adun kawasan itu Fairuz Khairuddin sudah bebas daripada tuduhan rasuah .

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar telah membentuk satu kepimpinan baru yang akan menjadi penggerak utama PKR bagi menghadapi satu demi satu pilihan raya kecil yang telah pun dirancangnya.

"Anwar dah tentukan pilihan raya kecil ini... beliau sudah tentukan di mana, tentukan cara peperangannya dan tentukan hasil pilihan raya itu.

"Saya jangkakan sebelum pilihan raya umum ke-13, akan ada empat hingga lima pilihan raya kecil lagi yang sudah pun dirancang oleh Anwar.

"Bila melihat senarai kepimpinan baru parti itu, maka itulah jagoan-jagoan PKR yang akan digunakan Anwar untuk menjayakan strategi itu,"


Isnin lepas Anwar telah umumkan mengumumkan penstrukturan jawatan dalam PKR yang dikatakan bertujuan untuk memperkemaskan jentera, menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah bagi memperbaiki kelemahan, menjana kekuatan parti serta meningkatkan khidmat kapada rakyat. Selalu dalam apapun perubahan yang buat kita tentunya mesti mahu lakukan ujikaji dan eksperimen .Jadi ini yang Anwar mahu lakukan dengan mengadakan pilihanraya kecil sehingga PRU 13.Selain itu ,Awnar mungkin mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwat yang dihadapinya nanti .

Mustafa percaya Anwar hanya merancang untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang beliau yakin boleh peroleh kemenangan selese terutama di kawasan-kawasan yang kini sudah sedia diterajui PKR.

"Anwar hanya rancang (pilihan raya kecil) di kawasan yang mana dia yakin akan peroleh kemenangan lebih 70 peratus.

"Kalau kurang daripada itu, dia tidak akan berani. Dia hanya menumpukan terhadap kawasan yang dipegang oleh PKR... DAP dan PAS tidak akan buat begitu (rancang pilihan raya kecil)," katanya.

default

Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekretariat Dan Unit

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokong Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau pendekatan itu juga berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif, Proaktif, Relevan dan Bersatu.


Pada sidang media selepas berakhirnya Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, beliau turut menghuraikan kelima-ima prinsip tersebut.

Jelasnya Berprinsip bermakna Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.

Pemuda Inklusif pula kata beliau adalah dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong UMNO.

Beliau berkata, Pemuda yang proaktif bermaksud tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.

Bagi menjadikan Pemuda Relevan pula tambah beliau semua program Pemuda diubahsuai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.

Sementara yang terakhir prinsip tersebut iaitu Bersatu membawa maksud Pemuda yang bersatu tanpa ada sikap berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah belah.

Berikut adalah senari lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan.

Biro Politik – Khairy Jamaluddin

Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim

Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan

Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi

Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid


Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak

Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin

Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin

Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang

Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya

Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat

Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling

Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin

Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof

Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh

Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli

Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin

Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin

Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki

Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli

Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam

Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz

Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun

Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman


Sumber: www.pemuda.com.my

komen PB

Daripada nama2 biro dan sekretariat ini ,saya yakin dengan kemampuan semua pimpinan Pemuda ini untuk menjalankan tugas yang diamanahkan .Saya cukup tertarik dengan Unit Pidato dan Penghujahan Umum yang diketuai oleh Sdr Lokman Noor Adam. Beliau memang berbakat dan berpengalaman dalam memberi ceramah ketika pilihanraya dan diharapkan beliau dapat melahirkan lebih ramai pemidato hebat di dalam Pemuda UMNO.

default

Pemuda Umum Exco Lantikan Dan Ketua Pemuda UMNO Negeri

on Friday, May 1, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan perlantikan Ahli Jawatankuasa tambahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri bagi sessi 2008-2011.
Setiausahanya, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berharap dengan lantikan ini, akan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari segenap lapisan masyarakat.

Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda UMNO Malaysia :-

Sdr. Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor

Sdr. Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka

Sdr. Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak

Sdr. Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu

Sdr. Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang


Berikut adalah senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-Negeri:-

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Sdr. Mohsin Mohd Yusoff
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Sdr. Badrol Hisham Hashim
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Sdr Norman Zahalan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru


Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Sdr. Maslin Sham Razman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Sdr. Suhaimi Mohd Ghazali
Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Sdr. Rizalman Dato’ Mokhtar
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak

Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah

Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Sdr. Karim Yaacob
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Sdr. Mohd Fadil Muskon
Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Sdr. Abu Jimi Samat
Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Saiful Bahri Baharuddin
Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Sdr. Anuar Safian
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Sdr. Azman Hj Ruslan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau

source: www.pemudaumno.org.my

Komen PB

Tahniah kepada semua Exco-Exco dan Ketua-Ketua Pemuda Negeri yang dilantik bagi menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan. Daripada senarai nama di atas kebanyakannya adalah muka-muka baru dan ini adalah langkah yang baik untuk Pemuda yang berani untuk melakukan perubahan. Kepada Sdr Norman Zahalan yang dilantik Ketua Pemuda PP ,tahniah diucapkan ,Setiakawan kepada Setiakawan ..

default

Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melaksanakan 'Khemah Kerja Perdana' Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bermula daripada 30 April sehingga 3hb Mei 2009 ini. Seluruh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan barisan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Negeri dijadualkan hadir bersama di sepanjang penganjuran khemah kerja ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, Penganjuran 'Khemah Kerja Pemuda UMNO Malaysia' hujung minggu ini membawa hasrat dan niat untuk memperkukuh agenda gerak kerja Pemuda di segenap peringkat.

Pasca pemilihan UMNO yang lalu, ahli Pemuda di seluruh Negara dijangka menantikan halatuju dan gerak kerja yang bakal dilaksanakan selepas daripada ini.

Antara objektif utama 'Khemah Kerja' ini adalah seperti berikut:-

1. Membina kesepakatan dan semangat kerjasama;
2. Membina 'esprit de corp' yang kukuh;
3. Menentukan gerak kerja Pemuda (2008-2011);
4. Memperteguh jatidiri;
5. Membugar semula agenda 'latihan dan pendidikan politik' seperti yang dikehendaki oleh YAB Presiden parti;

YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan keseluruhan saf kepimpinan akan menggariskan agenda gerakan yang menyeluruh.

Ini termasuk penyusunan dan penubuhan biro-biro yang selari dengan cita dan hasrat kepimpinan parti. Cukup yakin, bahawa khemah kerja ini akan membawa hasil yang baik dan positif. Lebih penting lagi, semua hasrat dan keinginan pelaksanaan gerak kerja ini mesti diturunkan kepada peringkat akar umbi dengan seberapa segera.

Khemah Kerja ini juga dijangka menjadi platform perbincangan tentang pelbagai 'approach', mekanisme dan kaedah baru Pemuda dalam mendekati generasi muda. Komitmen Pemuda UMNO Malaysia dalam menjadi 'catalyst' dan pemangkin usaha pemerkasaan parti akan dimulakan dengan seberapa segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.