default

Wahabi Terus Sabotaj Islam

on Thursday, April 3, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pope Benedict mengkristiankan (membaptiskan) seorang lelaki yang lahir Islam, secara besar-besaran di Vatican iaitu Magdi Allam ketika Easter Vigil di Saint Peter's Basilica 22 Mac lalu, Pope Benedict juga pernah menuduh agama Islam pencetus keganasan selepas dilantik menjadi Paus.

Dalam foto betarikh 6 November 2007 ini Pope telah berpimpinan tangan dengan bapak wahabi Raja Saudi, Raja Abdullah. Klik di sini, berita yang menjelaskan usaha wahabi untuk mengiktiraf Israel. Lihat juga entri di bawah ini, yang menjelaskan keinginan meluap-luap wahabi untuk membina gereja di Jazirah Arab. Satu perbuatan yang pasti akan difatwakan sebagai mengikut sunnah dan bukan bid'ah lagi. Moga Allah menyelamatkan tanah suci Mekah dan Madinah. Serta menghancurkan mazhab wahabi, qadiani dan bahai yang semuanya diasaskan oleh British Zionis untuk menghuru-harakan umat Islam. Ya Allah hancurkan khawarij dunia moden ini. Laknatkan semua penentang Rasulullah dan keturunannya. Dan kembalikan kami kepada kecintaan terhadap ahlul bait.

default

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?

on Wednesday, April 2, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 2 April - Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.
Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi

4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya.

Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.

default

Laporan akhbar Israel Anwar dicurigai

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


ANWAR AGEN YAHUDI?

Berikut ialah reaksi terhadap mesej jelas akhbar Israel tentang Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya. ''Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara. "Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia. Mohamed Ezam diminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan, semalam. Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini.

http://www.jpost.com/servlet/Satellite?cid=1205420740299&pagename=JPost%2FJPArticle%2FShowFull


sumber utusan malaysia

Posted by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

default

apakah perjuangan PAS sekarang?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Setelah PAS menyertai Pakatan Rakyat yang langsung tidak menyebut pembentukan Negara Islam atau pun akan melaksanakan Hudud, saya terpanggil untuk bertanya, apakah perjuangan PAS sekarang?
Kalau perjuangan PAS setakat nak merampas kuasa dari BN, ini bereti tiada bezanya antara PAS dan UMNO. Bahkan, UMNO dikira lebih baik daripada PAS kerana memperjuangkan kepentingan Melayu melalui DEB. Sekarang barulah saya faham kenapa Arab yang ramai gagal mengalahkan negeri Yahudi. Jawabnya, kerana orang Islam tidak mempunyai perjuangan lagi, tidak tahu apa yang hendak diperjuangkan, kecuali untuk berkuasa!

apakah perjuangan PAS sekarang?

Saya cabar pemuda pemudi dalam PAS untuk mengajukan soalan-soalan di atas kepada pemimpin-pemimpin parti anda.

Dalam UMNO, kami akan sanggah mana-mana pemimpin yang salah. Lihat sahajalah dalam forum mykmu.net,kpmu .apa yang pemimpin umno buat kita sanggah .

Dalam PAS, adakah anda mempunyai mekanisme check and balance yang sama? Tidak bukan? PAS ,PKR,DAP asyik dok nak check & blance umno saja

Bolehkah orang Melayu berharap kepada PAS sekarang?

Jawapannya tidak sebab PAS sudah melupakan perjuangan sebenarnnya. PAS sudah jadi sekular. Perjuangan PAS ialah perjuangan BARISAN RAKYAT iaitu menolak pembentukan negara ISLAM dan Hudud. Kalau saya jadi pemimpin PAS, saya akan berpegang teguh kepada prinsip dan perjuangan saya. Apa jadi pun saya takkan masuk dalam BARISAN RAKYAT kerana sudah jelas BARISAN RAKYAT bertentang dengan perjuangan dan prinsip PAS. Kalau PAS sanggup buat begini, InshaAllah PRU13 nanti, PAS akan menang lebih banyak kerusi sebab semua orang respect PAS sebab perjuangan PAS ada kredibility!
Tapi kalau macam sekarang, apa yang orang lihat hanyalah keinginan PAS untuk menghapuskan musuh seagamanya dengan memihak kepada musuh ISLAM demi kuasa dan pangkat sahaja. Sebab itulah PAS senyap 100000000 bahasa bila kapir menghina Quraan melalui filem FITNA. Kalau dulu, sudah pasti akan kedengaran suara takbir bergema depan kedutaan Belanda. Bahkan, sudah pun kedengaran dikalangan balaci PAS berkata TIDAK APA BERKAWAN DENGAN YAHUDI semata-mata kerana YAHUDI itu bapa angkat PKR. Kalau dulu PAS sanggup merusuh kerana pemain krikit Israil datang bermain di Malaysia, sekarang tidak lagi. Apa sebenarnya perjuangan PAS ya?????

PAS berjuang untuk:

* Menjatuhkan musuh seagamanya UMNO. PAS lebih benci UMNO
daripada Yahudi atau pun pengamal seks sejenis

* PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi kerana hendakkan jawatan
MB, exco dan KUASA, tapi bukan kuasa untuk membangunkan umah
dan ISLAM tapi kuasa untuk menjadi Pak turut kepada DAP dan PKR
yang memang bukan berjuang untuk MELAYU dan islam

* Nik Aziz bersembahyang Hajat pada 8 March, memohon Allah
melindungi orang Kelantan daripada UMNO bukan melindungi orang
Kelantan daripada balaci dan musuh yang lebih besar iaitu pembenci-
pembenci Islam. Sekarang Allah sudah makbulkan permintaan Nik
Aziz. Bersekongkolah engkau dengan DAP dan PKR untuk menjadi
anak didik Yahudi, nasrani dan pembenci-pembenci Islam

* PAS berjuang semata untuk menjadi pengikut setia Anwar

MB PAS boneka DAP

Dari peringkat pemilihan parti mana yang bertanding jelas membuktikan PAS tidak berwibawa dalam bersuara untuk memperbanyakkan jumlah wakilnya di negeri Perak. Jadi, jangan salahkan Melayu yang risau PAS tidak akan berjaya merperjuangkan ketuanan Melayu di Perak. Kemudian, Nizar dipersoalkan pula sebagai MB. DAP lebih rela seorang bekas posman, dari PKR menjadi MB. Sekali lagi, jangan salahkan Melayu yang risau PAS tidak akan berjaya merperjuangkan ketuanan Melayu di Perak. Walaupun pada akhirnya persetujuan dicapai, bilangan exco pula yang menjadi isu. Hinggakan wakil DAP hendak letak jawatan kerana seorang sahaja wakil India yang menjadi exco? Ini drama Tamil mana ni? Kata Malaysian’s Malaysia? Sudah terbukti dalam hati MP ini, dia sedar, warna kulitnya dan asal usulnya.

default

DAP kuasai Perak tanpa menjadi MB

on Tuesday, April 1, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DAP kuasai Perak tanpa menjadi MB

Posted by Pembela Melayu in Umum

Mengikut bancian penduduk 2001, komposisi penduduk mengikut kaum di Perak adalah seperti berikut:

Bumiputera - 1,130,900 org
= 55.2%

Cina - 690,200 org
=32.4%

India - 262,700 org
=12.4 %

Ini adalah bancian pada tahun 2001, jika mengikut pola pertumbuhan penduduk, jumlah penduduk Melayu akan meningkat berbanding bangsa lain. Jadi pada pendapat saya peratusan penduduk Melayu di Perak pada 2008 ialah sekitar 58%. Manakala Cina ialah sekitar 30% dan India kekal sekitar 12%.


Jika dilihat pada pengagihan kerusi exco oleh BR pula adalah seperti berikut:


DAP - 6
PKR - 3
PAS - 1

Jika dilihat berdasarkan kepada pengagihan kerusi berdasarkan kaum adalah seperti berikut:

Cina - 6
Melayu - 3
India - 1

Ini bermakna 58% rakyat Melayu di Perak hanya diwakili oleh 3 orang exco sahaja, manakala 30% kaum cina pula diwakili oleh 6 orang exco Cina. Sungguh tidak adil kerana orang Melayu di Perak seperti dianaktirikan. Inikah keadilan yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan oleh BR? Bagi saya dan ramai rakyat Malaysia, ini adalah salah satu bukti ketidakadilan yang dilakukan oleh BR kepada rakyat Melayu Perak.

Saya hairan melihat ahli DUN Melayu Islam daripada BR melihat sahaja perkara ini terjadi tanpa melakukan apa pun. Mereka kelihatan rehda diperkudakan di Perak asalkan mendapat jawatan sebagai menteri besar boneka. Saya memang sudah meluat dengan MB Nizar yang sanggup menjadi anjing DAP demi memegang jawatan MB boneka.

Lebih menyedihkan apabila kita melihat portfolio yang dipegang oleh exco bukan Melayu khususnya DAP berbanding Exco Melayu.


1. Ngeh Koo Ham (DAP): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.
2. Nga Kor Ming (DAP): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.
3. A. Sivanesan (DAP): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.
4. Seah Leong Peng (DAP): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.
5. Chen Fook Chye (DAP): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.
6. Su Keong Siong (DAP): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.
7. Jamaluddin Mohd Radzi (PKR): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
8. Tai Sing Ng (PKR): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.
9.Mohd Osman Mohd Jailu (PKR): Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (PAS): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.


Nampaknya DAP kafir harbi telah berjaya memegang portfolio penting seperti Kewangan,
Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi serta Pembangunan Industri . Pendekkata, semua portfolio penting dikuasai sepenunnya oleh kafir harbi DAP.

Exco Melayu hanya boleh bersorak biarpun kampung sudah tergadai dengan memegang portfolio yang tidak penting langsung Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan serta Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

Hebat sungguh percaturan politik DAP ini, mereka berjaya menguasai kerajaan Perak tanpa perlu menjawat jawatan Menteri Besar. Terima kasih saya ucapkan kepada MB Nizar kerana dengan redha dan rasa rendah diri, dia telah berjaya menjadi boneka DAP kafir harbi!!!

Di manakah maruah ADUN Melayu Islam dalam BR yang lain? Adakah anda bangsa Melayu yang tidak bermaruah dan hina? Tidak nampakkah bahawa anda sedang diperkudakan oleh DAP kafir harbi? Saya harap ADUN Melayu Islam yang di dalam BA sanggup melakukan kejutan demi membangkitkan kembali maruah Melayu Islam di Perak. Tetapi, jika tiada sebarang tindakan diambil oleh ADUN Melayu Islam BR di Perak, saya ingin membuat kesimpulan bahawa anda semua seronok diperkuda dan diperbodohkan oleh kafir harbi DAP/

sumber : pembelamelayu.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.