NAJIB JAWAB ISU LHDN DITUDUH GUAN ENG PECAH AMANAH

on Friday, August 24, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Saya dimaklumkan bahawa Lim Guan Eng telah diminta untuk memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin.

Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi parlimen yang memberikannya imuniti.
Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang.

Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST baru-baru ini, jawapan saya ialah "tiada", "tiada" dan "tiada".

Dengan tiba-tiba pula, Guan Eng membuat satu lagi tuduhan bahawa LHDN di bawah kerajaan BN telah melakukan pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1% dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan. Malah, kegunaan 'set-off' (tolak-selesai) untuk kredit cukai (tax credits) bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara.

Saya hairan mengapa ahli parlimen PH tidak pernah sekalipun membangkitkan isu ini walaupun sekali sebelum mereka menjadi kerajaan. Kalau sebanyak 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan terbabit, ini tentu sudah menjadi isu yang besar sebelum ini.

Saya lebih pelik kerana sama seperti kes wang GST sebanyak RM18 bilion, Guan Eng hanya sedar tentang isu RM16.046 bilion tuntutan cukai pendapatan lebih bayar selepas 3 bulan.

Saya juga hairan kerana selama BN menjadi kerajaan, ini tidak pernah menjadi isu dan hanya apabila PH menjadi kerajaan timbul banyak isu seumpama ini tetapi apabila diminta untuk membuat laporan polis, beliau enggan.

Jika Guan Eng mahu berterusan menuduh kerajaan BN tiada wang untuk membayar ataupun wang semua sudah dicuri adalah tidak benar kerana mengikut penyata akhir tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, kerajaan Malaysia mempunyai wang tunai RM18 bilion pada akhir tahun 2017 termasuk RM8,914 juta dalam tangan dan RM7,749 juta dalam Akaun Simpanan Tetap (FD) bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke bawah.
http://www.anm.gov.my/images/ArkibMedia/Penyata-Kewangan-Kerajaan-Persekutuan/PENYATA%20KEWANGAN%20KERAJAAN%20PERSEKUTUAN%202017.pdf

Saya mahu menyatakan dengan jelas berikutan pengecualian cukai selama tiga bulan (tax holiday) dan kekurangan pendapatan setiap bulan selepas pemansuhan GST dan digantikan dengan SST telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil  sebanyak RM31 bilion.

Besar kemungkinan bahawa selepas tiga setengah bulan, Guan Eng baru menyedari bahawa langkah "tax holiday" dan menukar dari GST ke SST adalah langkah yang tidak betul.  Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN sebagai selimut kepada kesilapan mereka sendiri.

Sebenarnya, tidak perlu untuk layan dakwaan bermotif politik ataupun bedebat dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan. Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran dalam memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerajaan ph yg diasaskan atas dasar dendam semata2 bukan bertujuan utk memberi perkhidmatan terbaik kpd rkyat. Maka beginilah hasilnya. Pentadbiran lintang pukang dan pengurusan kewangan negara jadi cacamerba dan akhirnya pihak lain dipersalahkan demi menutup kebodohan sendiri.... kini rakyat bertambah susah dan terinaya kerana kesilapan memilih ph menjadi kerajaan.. menyesal tak berguna.. tertipu dgn janji manis dobinir saja ttpi sebenarnya janji tak ditepati..

  2. Anonymous says:

    kerajaan ph ibarat "kera dapat bunga dan kera kena belacan"

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.