POLIS TEMUI BUKTI AKTIVITI MUDARATKAN DEMOKRASI BERPARLIMEN PUNCA TAHAN MARIA CHIN

on Thursday, November 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan beliau bukan disebabkan perhimpunan haram Bersih 5.0 lalu tetapi dibuat selepas pihak polis menemui bahan bukti serius ketika menggeledah pejabatnya pada 18 November lalu.


“Ketika pasukan polis menggeledah pejabatnya, kita menemui pelbagai dokumen yang membawa kepada petunjuk di bawah kesalahan SOSMA iaitu percubaan menggugat keselamatan demokrasi berparlimen di Malaysia

 “Prosedur di bawah akta ini membolehkan pihak polis menahannya selama 28 hari bagi me­lakukan siasatan secara terperinci terhadap penemuan bukti serius yang terdapat dalam bentuk dokumen dan alat komputernya,” katanya dalam sidang akhbar selepas tiba dari Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Menurut Khalid, pada masa sama, Maria turut disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana melanggar syarat di ba­wah akta tersebut ketika menyer­tai pelbagai perhimpunan lain sebelum ini. Selain itu, Khalid berkata, Maria juga pernah mengaku mene­rima dana daripada Yayasan Open Society iaitu sebuah pertubuhan yang pernah dikaitkan menjatuhkan beberapa negara lain.

Mengulas lanjut, beliau meminta orang ramai supaya tidak keliru dengan penggunaan akta di bawah SOSMA dan Rang Undang-undang Pencega­han Keganasan (POTA) 2015.

“SOSMA bukan sahaja boleh digunakan kepada pengganas tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam jenayah terancang, penyeludupan manusia dan menggugat keselamatan negara. 

“Akta yang melibatkan siasatan terhadap pengganas sahaja ialah POTA, jadi saya minta semua pihak termasuk pemimpin negara dan pengamal undang-undang supaya tidak mengelirukan orang awam,” katanya. 

Ditanya mengenai dakwaan layanan buruk terhadap Maria sepanjang ditahan, katanya, beliau menafikan perkara tersebut sebaliknya beliau dilayan seperti tahanan lain mengikut peraturan di lokap.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga telah menerima sebanyak 15 laporan polis berkaitan perhimpunan haram Bersih dan penglibatan bantuan luar.

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan rakan sejawatannya di Filipina, katanya, seorang pegawai keselamatan negara itu akan diletakkan di Kota Kinabalu, Sabah bagi mewujudkan rangkai­an hubungan antara polis kedua-dua negara untuk memantau ke­selamatan di kawasan kepulauan Sulu dan Mindanao -


One Response

  1. Anonymous says:

    PADAN MUKA BETINA SUNDAL ANTI MELAYU TU!!!

    BALIK TONGSAN LA, AH SOH CILAKA EJEN KAPIR LUAR NEGARA!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.