RAFIZI BAWA POLITIK BODOH, TUDUH TANPA BUKTI PEMUDA UMNO DENGAN ISU MARA - @KhairyKJ

on Wednesday, July 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Khairy Jamaluddin hari ini tampil mempertahankan tuduhan liar yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli terhadap barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia apabila dikaitkan dengan skandal pembelian hartanah MARA di Australia.

Dalam kenyataannya Khairy menyifatkan usaha pertubuhan pembocor rahsia National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang mengaitkan exco Pemuda Umno dalam skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia satu perbuatan bodoh.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pengarah NOW Rafizi Ramli hari ini membuat tuduhan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dalam kes berkenaan tanpa berlandaskan kepada bukti kukuh.

"Logik Rafizi tak boleh pakai langsung sebab dia hanya tunjuk individu tersebut ada kaitan dengan exco Pemuda, tetapi urusan perniagaan tak ada kena mengena dengan kes di Australia.

"Macam mana nak kaitkan kes di Australia dengan exco Pemuda? Itu kerja bodoh.

"Kalau nak kait mengait saja dengan menggunakan 'you kenal dia, you terlibat dalam kes ini', itu memang saya tak boleh terima. Itu politik bodoh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa bersama Pemuda Barisan Nasional di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.

Khairy berkata, Rafizi tidak wajar membuat kesimpulan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dengan skandal pembelian hartanah Mara di Australia.

Katanya, jika Rafizi dibiarkan berterusan melabel pihak yang tidak berkenaan ke dalam kes itu maka lebih banyak orang tidak bersalah terheret sama.

"Contohnya mudah saja. Katakanlah saya kenal A dan B. B buat satu kesalahan yang tiada kaitan dengan A langsung tetapi oleh kerana kenal B, dia tiba-tiba salah. Mana boleh kira begitu.

"Kalau macam itu siapa-siapa yang buat salah melanggar undang-undang, yang dia kenal pun sama terpalit dengan kesalahan tersebut. Apa logiknya Rafizi pakai?" soalnya.

Rafizi terdahulu hari ini memberitahu media, 5 anggota Pemuda Umno terbabit dalam 3 pembelian hartanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu hartanah 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Beliau membina kaitan Pemuda Umno ini dalam sebuah syarikat bernama Thrushcross Land Holdings Limited yang didaftar di pusat kewangan pesisir luar pantai British Virgin Island (BVI).

Malah, lebih mengejutkan, syarikat tersebut didakwa didaftarkan hanya selepas pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu selesai.

"Pembelian hartanah ini diluluskan oleh Majlis Mara pada 9 Ogos 2012 dan urus niaga disempurnakan pada 28 Ogos 2012.

"Carian syarikat ini menunjukkan ia hanya didaftarkan pada 18 Januari 2013 iaitu selepas Mara membeli hartanah 746 Swanston Street. Ini bermakna urus niaga yang disempurnakan pada 28 Ogos 2012 itu tidak menggunakan syarikat milik Mara," kata Rafizi.

Sementara itu, 2 anggota Pemuda Umno yang berada dalam syarikat tersebut juga tidak kena mengena dengan Mara, tetapi menurut Rafizi, terlibat dalam urus niaga pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu.

Mereka juga terlibat dalam syarikat Optimus Capital Sdn Bhd dan Biosis Group Berhad, katanya.

Individu yang berada dalam Biosis itu katanya, memegang jawatan kedua tertinggi dalam pergerakan sayap Umno itu.

Rafizi mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, wujud bukti mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urus niaga kontroversi hartanah di Australia.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    .paul joseph goebbels [menteri propaganda NAZI ]dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa "sekerap" mungkin sehinggalah "kebohongan"tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'.


    Prinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita "bohong "melalui "media massa "sebanyak mungkin dan sesering mungkin hingga kemudian kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu kebenaran. "Sederhana" namun "mematikan."(Dapat mempengaruhi rakyat secara berkesan -kemenangan besar dalam pilihan raya lalu dengan menyebarkan propaganda palsu kepada rakyat jelata )



    understand now right my great genius gifted muslimin malays ummah....

  2. Anonymous says:

    another propaganda attacking to MARA....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.