RIBUT : KERAJAAN PUSAT PERUNTUKKAN RM2 JUTA BAIKI RUMAH ROSAK @dzainalabidin @RRafizal @ReezalMerican

on Sunday, January 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi membaik pulih 549 rumah penduduk yang terjejas akibat ribut di sini Isnin lepas, kata anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata 25 peratus daripada jumlah rumah terlibat telah selesai dibaiki secara bergotong-royong manakala baki dijangka siap sebelum sekolah dibuka pada 12 Januari ini.

"Kerja membaik pulih diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian hari ini.




Beliau berkata peruntukan membaiki rumah yang rosak sama ada bumbung diterbangkan angin atau ditimpa pokok, diberi berdasarkan tiga tahap kerosakan, di samping bantuan kilat berupa wang tunai antara RM200 dan RM500. 

Dalam pada itu, Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Firefly Airlines hari ini turut menyumbangkan 600 hamper bantuan untuk diagih kepada mangsa ribut.   



Dalam kejadian antara 8 malam dan tengah malam 29 Disember lepas, puluhan kedai makan, sekolah dan sebuah masjid terjejas akibat dipukul ribut melibatkan kira-kira 1,500 penduduk.

Antara kawasan terlibat ialah 236 buah rumah di Kampung Sungai Rusa, Permatang Pasir (112), Kuala Sungai Pinang (39), Sungai Pinang (63), Pulau Betong (64), Jalan Bharu (21) serta Kuala Jalan Baru dan  Pantai Acheh masing-masing tujuh buah.

Jabatan Meteorologi sebelum ini dalam kenyataan berkata ribut berkenaan membawa angin Langkisau dengan kelajuan 50 kilometer sejam dan ia disifatkan yang terburuk sejak 1967. - Bernama





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.