BENCANA BANJIR LUAR BIASA & KEMUSNAHAN DASYAT - @NajibRazak

on Wednesday, December 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri sebagai luar biasa dengan kemusnahan yang serius dan dahsyat.

Najib berkata, kerugian yang besar bukan sahaja ditanggung pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat kerajaan Persekutuan.



"Saya diberitahu sampai tiga hari tak ada bekalan makanan sebab keadaan kali ini amat luar biasa.
Air naik begitu mendadak dan arus amat deras.

" Tentu sekali skala kerosakan dan kemusnahan pada kali ini sangat dahsyat dan serius. Kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar," kata Najib pada sidang akhbar selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO/BN di Menara Dato' Onn hari ini.



Jelas Najib, kerajaan juga bakal berhadapan dengan perbelanjaan tambahan yang tidak terduga dengan jumlah amat besar terutama sekali bagi membaik pulih kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah dan lain-lain.

Menurut Najib, kerajaan telah mengambil tindakan fasa pertama iaitu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir telah dilakukan dengan berjaya.



Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara dan memastikan bantuan-bantuan terutama makanan disampaikan kepada mereka.

Ketika ini pihak kerajaan sedang membuat anggaran awal jumlah kos yang bakal ditanggung bagi kerja-kerja bantuan dan baik pulih.

"Kita belum tahu lagi jumlah kerugian. Saya telah minta anggaran awal terutama bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sam sekali. 

"Saya mahu tahu jumlah dahulu kemudian kita akan bina rumah sementera iaitu rumah panjang kemudian rumah tetap. Kerajaan akan buat keputusan selepas itu," kata Najib.

Skuad Sayang Wanita UMNO/BN yang dilancar Najib berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.

Kira-kira hampir 200,000 ahli Skuad Sayang Wanita UMNO/BN di seluruh negara telah digerakkan bagi tujuan tersebut.

Selain itu ibu pejabat UMNO turut membuka bilik gerakan bantuan banjir dikendalikan oleh Pergerakan Wanita UMNO yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi ibu pejabat UMNO dan agihan bantuan akan disalurkan melalui bahagian dan cawangan UMNO.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil-UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.