TERKINI ! Tun M DEDAH ANWAR PUNCA UTAMA KRISIS POLITIk SELANGOR !!

on Saturday, August 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



- Pergolakan politik dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor tidak akan berkesudahan walaupun pilihan raya baharu diadakan dalam masa terdekat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan krisis politik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu sebagai 'sandiwara' dan berpunca daripada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa mencuba  untuk menjadi Perdana Menteri negara ini.  

"Boleh ada pilihan raya baharu, tetapi saya tak fikir ia  akan selesaikan masalah selagi Anwar tak jadi Perdana Menteri (PM).

"Kalau bagi dia (Anwar) jadi PM satu bulan, saya ingat dia (Anwar) puas hati, tapi dia (Anwar) tak akan lepas (jawatan PM)," katanya apabila diminta mengulas krisis politik di Selangor.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk 'Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia' anjuran Akademi Belia di Perdana Leadership Foundation


4 Responses

  1. Anonymous says:

    ANUWAR mmg Patut di beri Anugerah Pengarah DRAMA POLITIK BERSIRI Malaysia ....

  2. Anonymous says:

    TSKI betul dan tidak bohong bila mengadap DYMM bahawa dia ada sokongan majority atas representasi PAS (dan UMNO). Atas sebab itu, betullah DYMM titah TSKI masih boleh terus jadi MB. PASlah yang perlu jawab kenapa kata sokong TSKI kemudiannya dua ahlinya belot. Inilah massalah bila masih nak ikut telunjuk punaisihat dari penasihat. Jika Pakatan ada majority, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya. Nak kelam kabutkan rakyat apa hal??? Masaalah dalaman PKR dan PAS bukan hal yang DYMM patut campur. Memang Istana tak ada campurtangan pun. Malahan, pihak2 yang mendakwa ada campurtangan Istana dan pinta Istana jangan campurtangan sebenarnya mereka itulah yang telah mencampuri urusan Istana.
    Dengan bebrapa ahli PKR dan PAS lompat keluar. Kini yang ada `majoriti` mudah adalah UMNO. Pakatan bukan gabungan yang berdaftarpun. MB dari UMNO kerana dikira parti yang paling banyak kerusi DUN. MB tidak boleh dari kaum bukan Melayu (DAP kira out).

  3. Anonymous says:

    anwar bukan huru hara Selangor saja tapi seluruh Malaysia..dari Sabah sampai perlis...kenapa kita harus berlembut dengan anwar, mana pergi orang rapat dengan anwar yang dah taubat tu tak bangun menegakkan kebenaran demi ugama bangsa dan Negara...bukan kah ini kifayah untuk selamat kan ugama dan rakyat dari rosak aqidah...

  4. Unknown says:

    Assalamualaikum . Saya orang baru dalam dunia blog .
    Tolong share link http://bunyilaangau.blogspot.com/ .
    Terima kasih !

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.