Terkini ! Pembunuh kejam pegawai AM Bank telah ditangkap @PDRMsia

on Sunday, November 10, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Suspek yang dikatakan menembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, bulan lalu, berjaya diberkas awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.
 
"Rakyat Malaysia janganlah jemu jemu bersama-sama @PDRMsia membanteras jenayah. Bersatu kita, hancurlah penjenayah@relamalaysia @KDNPUTRAJAYA," Ujar Khalid menerusi Twitter rasmi beliau.
 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.
 
Polis Di-raja Malaysia (PDRM) turut mewar-warkan tangkapan itu dalam laman Twitternya.
 
"Suspek bunuh pegawai bank diberkas polis berjaya tangkap suspek kes rompak & tembak mati pegawai bank di Johor Bharu pagi tadi," ujar PDRM di laman twitternya.  
 
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan dilaporkan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
 
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
 
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
 
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.