POLIS DAH CEKUP ATLIT GiLA SEKS TERBABIT KES ROGOL SUKMA

on Monday, July 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Polis menahan tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol yang dilaporkan di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.
Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lepas di perkampungan itu, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei memberitahu Bernama, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam pada itu menafikan laporan media sebelum ini yang menyatakan mangsa merupakan atlet bola baling Sukma 2013 sebaliknya merupakan seorang pegawai tambahan pasukan bola baling.
Beliau yang ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Ragbi Sukma 2013 antara Kelantan dan Melaka di UPM dekat sini hari ini, berkata beliau dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji untuk mempercepatkan siasatan kes berkenaan.
Khairy dalam pada itu turut menyarankan majlis sukan dan persatuan sukan menggantung atlet, jurulatih termasuk pengurus pasukan jika didapati terlibat membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan di UPM.
"Tindakan membawa masuk minuman keras itu disifatkan sebagai perkara yang tidak boleh dimaafkan dan melanggar disiplin, justeru hukuman gantung itu wajar," katanya.
Berhubung kejadian langgar lari tiga peserta larian amal anjuran stesen televisyen NTV7 di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi ini, Khairy berkata polis telah mengenal pasti suspek melalui nombor pendaftaran kenderaan jenis Proton berwarna merah dan kini diburu polis.
"Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan pulang. Saya telah dimaklumkan pihak Media Prima Bhd menanggung kos rawatan perubatan peserta terbabit," katanya.
              


6 Responses

  1. Anonymous says:

    cukup memalukan.. dan tidak pernah berlaku sebelum ini.. padah bile org yg asyik nak jd popular dilantik jd menterinye.. khairi wajar berundur..

  2. mat13 says:

    ish...ish...ish budak ni nak bersukan ke nak bersokan

  3. wan ganu says:

    ape kaitan pulak nk salahkan dengan menteri?? adoyai... menteri xjaga atlet..pengurus pasukan yg lebih rapat,,ada setiap masa. ni pun berlaku sebab mabuk..minum arak.. mangsa dan suspek same2 salah!

  4. Anonymous says:

    Anak buat salah, ayahlah kena bertanggungjawab, Ketua Kampung pula yang diminta letak jawatan... Kenapalah fikiran manusia cetek sangat...

  5. Anonymous says:

    bodoh..otak letak kat lutut..apa kena mengena menteri dalam kes ni? nmpak sgt pembangkang..hancurla malaysia kalau ramai pikiran mcm mamat yg komen tuh

  6. Anonymous says:

    Betina kaki mabuk keparat duduk rumah jantan tu tak kena pulak,ini mesti nak pau duit diaorg

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.