Video kontroversi ni.. Dari 
rancangan MHI dihoskan Ally Iskandar [4 Julai 2013]
Ally Iskandar ada sebut ada 
pihak yang ditemubual di Mesir yang dilaporkan berita di mana mengatakan "Memang 
Morsi telah dilantik melalui demokrasi. Tapi selepas memegang tampuk 
pemerintahan, beliau berubah menjadi diktator dan Morsi mengacau kuasa 
tentera".
Jadi BUKANNYA Ally yang 
melabel Morsi sebagai diktator.. Sebaliknya orang yang ditemubual itu yang 
mengatakan sedemikian.. Perlu diketahui juga Morsi pernah cuba meminda 
perlembagaan bagi membolehkan beliau kebal daripada undang2 iaitu meletakkan 
dirinya lebih tinggi dari kuasa undang2.. 
Ini salah satu sebab kenapa kekacauan 
kembali tercetus di Mesir.. Dan Syeikh Al Azhar juga menyokong tindakan tentera 
tersebut.. 
Jadi kita di sini tak payah la nak tunjuk hero kalau tak tahu apa 
sebenarnya yang berlaku di Mesir.. Jangan jadi ibarat menang sorak kampung 
sendiri tergadai..
Sudah berapa ramai yang telah 
taburkan fitnah ? Mohon SEBARKAN 
sumber
 
 
Blogger 
PRO-PR MENULIS:
Kesian TV3 jadi mangsa FITNAH. 
Banyak sangat 'meleis' suka share benda dalam FB , blog. Padahal TV3 pun tak 
tengok!!! Baca ni kenyataan @Amenoworld (blogger pro-pembangkang) dalam 
blognya
TV3 Kena Kecam Angkara Label 
Morsi Diktator.
Page tv3 kena serang. Angkara 
laporan pemberitaan tv3 mengenai Morsi. TV3 dilaporkan berkata telah mengelar 
Morsi sebagai diktator. Setakat neh bukti sahih atau konkrit yang menunjukkan 
bahawa tv3 mengelar Morsi sebagai diktator belum ada lagi.
Hasil semakan aku di laman web 
tv3 pun takde. Tak pasti ia berita terkini ataupun berita jam 1.30 petang. Tapi 
tak kira la berita jenis apa pun, yang pasti semakan dan siasatan aku tidak 
menemukan langsung bahawa tv3 telah mengelar Morsi sebagai 
diktator.
Sebab tue aku tunggu berita 
jam 8 malam tadi. Aku nak tengok ada atau tidak, tv3 mengulangi kembali tuduhan 
mereka terhadap Morsi, nampaknya berita Buletin Utama tak pula melaporkan Morsi 
seperti itu.
Apa yang TV3 laporkan malam 
tadi ;
1. Suasana di Mesir di mana 
anti Morsi berpesta meraikan kejatuhan Morsi.
2. Keadaan Morsi yang menjadi 
tahanan rumah bersama 13 pemimpin kanan nya.
3. Kemaskini mengenai presiden 
sementara Mesir, Adly Mansour.
4. Laporan keselamatan rakyat 
Malaysia yang berada di Mesir ketika ini.
5. Larangan kepada pelajar2 
Mesir untuk tidak terlibat dalam sebarang protes dan demo di Mesir.
6. Respon segera kedutaan 
Malaysia di Mesir mengenai krisis terkini di Mesir.
7. Respon dari penganalisis 
politik akan rampasan kuasa oleh tentera di Mesir.
8. Antara respon yang tv3 
siarkan ialah bahawa tentera dan pembangkang cuba mengambil kesempatan akan 
sentimen rakyat Mesir [anti Morsi] bagi mengulingkan Ikhwanul Muslimin 
disebabkan mereka memang tidak sehaluan sejak dari dulu lagi..
Ini je yang TV3 laporkan. 
Takde satu patah perkataan pun mereka menyebut Morsi = diktator. Jangan salah 
faham. Apa yang aku harapkan ialah rujukan dan bukti. Pasal aku percaya, orang 
tetap nak tengok bukti punya. Oke. Kalau aku hujah2 begini kan, nanti orang umno 
minta bukti aku nak bagi apa? Air liur?
So aku cadangkan sesiapa yang 
saksikan berita yang mana tv3 gelar Morsi = diktator = bagi bukti. Aku percaya 
kat TONTON mesti ada kalau benar la ia keluar berita. Melainkan tv3 dah sunting 
disebabkan kena kecam. Kalau tidak, masih ada harapan lagi nak cekau2 bukti 
untuk sebaran umum. So siapa yang saksi pergi cari dan telek. Ada atau takde. 
Untuk rekod, aku takley access TONTON. Tah kenapa register failed 
jek.
Apa pun, benda2 gini yang 
paling penting
BUKTI..BUKTI..BUKTI
Ingat kes tv3 lapor mengenai 
translation ucapan Morsi? Yang tue member kita ada bagi bukti. So kes yang neh 
pun kita kena bagi bukti.
SUMBER : DAENG SELILI









 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
Morsi ni orang malaysia ke?
Kenapa semua gelabah bila kata dia dictator?
Kenpa perlu jelaskan panjang lebar?
Kenapa nak menyokong Morsi?
Dia pemimpin pas ke?
Oooo...dia pemimpin drp parti ikhwal muslimin..makna kata parti islam lah.
Kenapa dia jatuh?
Khifarah ke?
Masih ada yg tak percaya qadar dan qadar ke?