Singapura biadap ! Pertahan 3 pegawainya ke Bersih 3.0 !

on Friday, June 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Inilah  negara Singapork ...cukup kebiadapan !  bila ditanya tentang kehadiran pegawai diplomat mereka ke BERSIH 3.0 .  Bukannya nak memohon maaf , tapi mereka putar belit lagi seperti Guan Eng  mengenai  kehadiran pegawainya di himpunan anjuran pakatan ini   .

GPB yakin AIDC mungkin ada bukti bergambar pegawai mereka memakai baju BERSIH ...kita nantikan !


 Tiga pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan menghadirinya untuk menyokong penunjuk perasaan, kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong.
Beliau menjelaskan mengenai ketiga-tiga pegawainya iaitu timbalan beliau, Ariel Tan dan setiausaha pertama (politik), Regina Low dan Philomena Aw hadir atas kapasiti peribadi dan bukan atas sebarang tugasan rasmi.
Beliau berkata, tarikh 28 April itu merupakan hari Sabtu, maka pegawai terbabit menggunakan hujung minggu mereka untuk ke perhimpunan.
Beliau menafikan kesemuanya memakai baju kemeja-T Bersih warna kuning.
“Ramai diplomat dari negara-negara lain turut hadir ke perhimpunan itu tetapi kenapa hanya membangkitkan tentang pegawai-pegawai kami sahaja? Saya berasa sangsi terhadap motif itu.
“Kami berbesar hati mengadakan hubungan rapat dengan Malaysia dan saya berasa kesal dengan dakwaan sedemikian,” katanya kepada The Star.
Ong mengulas mengenai laporan di beberapa blog mendakwa tiga wanita didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 “secara aktif”.
Beberapa blog dengan jelas menyatakan bahawa ia jelas menyalahi etika Konvensyen Vienna.
Sebuah blog menuduh Low memakai baju kemeja-T Bersih warna kuning pada hari berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada majlis makan tengah hari dengan ketua-ketua misi Asean pada 11 Jun lalu memberitahu mereka bahawa beliau menerima laporan mengenai penglibatan dan penyertaan beberapa diplomat asing dalam demonstrasi jalanan itu, yang merujuk pada perhimpunan Bersih.
Beliau melahirkan kebimbangan bahawa diplomat-diplomat berkenaan mungkin terlibat atau cedera dalam insiden yang tidak diingini itu.
Ong, yang merupakan bekas setiausaha agung Asean berkata, beliau menerima komen dan nasihat baik Anifah.
“Sebagai Menteri Luar, beliau telah memberikan pandangan beliau. Ia tidak ditujukan kepada duta-dua Asean sahaja kerana beliau juga bertemu dengan kumpulan duta yang lain,” tambahnya.
Ong berkata, kerajaan negaranya menolak permintaan untuk mengadakan perhimpunan Bersih di Republik itu.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa terdapat sekumpulan rakyat Singapura yang campur tangan dalam arena politik Malaysia menerusi laman rangkaian sosial, sambil menambah bahawa mereka yang terlibat itu sebenarnya adalah rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Singapura – mstar


2 Responses

  1. Sudah terang lagi bersuluh, Singapura memang menantikan tumbangnya BN untuk mengaut hasil negara sebagai sebahagian keuntungan jangka panjang.

    Itulah sebabnya juga mereka melatih petugas DAP untuk PRU13 nanti.

  2. Anonymous says:

    Kita boikot daripada melawat Singapork. Sebelum ni aku bercadang nak bawa keluarga bercuti ke Singapore hujung tahun ni tapi memandangkan kebiadapan mereka,aku akan batalkan plan dan lawat Kuching,Sarawak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.