Fairus curi tumpuan sebagai orang baru UMNO

on Wednesday, October 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Semalam kemunculan pertama kali, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini mencuri tumpuan ramai termasuk Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para perwakilan .

Menurut sumber , ketika Najib menyampaikan taklimat di atas pentas di dalam dewan merdeka , beliau sempat menyapa Mohammad Fairus yang lengkap berpakaian kot, duduk di barisan depan sebelah kanan Dewan Merdeka.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata ketika disoal wartawan , sebagai orang baru dalam UMNO, beliau menyifatkan amanat Presiden tersebut sebagai azimat penting untuk memastikan kejayaan perjuangan parti.

Menurutnya, apa yang disampaikan oleh Najib amat penting untuk setiap ahli UMNO menghadapi realiti senario politik sekarang.

"Taklimat ini merupakan saat-saat paling penting untuk setiap pemimpin dan ahli UMNO menghayati asas perjuangan parti.

"Ia sebagai formula atau garis panduan kepada setiap perwakilan dalam merancang strategi perjuangan parti selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Biar apa pun orang hendak kata kepada beliau dengan pelbagai tuduhan fitnah oleh monyet2 dalan PKR , kini beliau lebih selesa bersama UMNO dan tidak perlu lagi difitnah dan hendak dicantas oleh geng 6 jahanam dalam PKR PP . PKR yang sedang menghadapi pemilihan sekarang jelas sebuah parti yang cacar marba dan kini boleh diibaratkan retak menanti bela .


One Response

  1. zul says:

    Saya alu-alukan sesiapa sahaja anak Melayu untuk keluar daripada PKR. Bagaimanapun mereka yang memasuki UMNO hendaklah ikhlas dan bersihkan diri dahulu.

    Saya cuma ada kemuskilan daripada manakah 'title' Dr. dipangkal nama Mohammad Fairus Khairuddin diperolehi?

    Setahu saya jika ingin mendapatkan Dr. kalau tidak daripada kelulusan doktor perubatan ianya boleh datang daripada PHD atau DBA ataupun pengiktirafan hadiah "nobel award".

    Seandainya Fairus mendapat PHD atau DBA daripada universiti manakah dan bilakah masa beliau menyiapkannya? Kalau ada thesis siapakah jadi supervisornya di university yg berkenaan? Sila Nyatakan....

    Bukankah kurang dari dua tahun dahulu Fairus mengatakan ungin membuat MBA (master) sebagai alasan berhenti dari jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang...( untuk pengetahuan master biasanya disiapkan dalam tempoh dua tahun)

    Bila masa pula Fairus buat PHD?DBA?....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.