MUSLIM DIGESA BOIKOT BARANG BELANDA

on Sunday, March 30, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Muslim digesa boikot barang Belanda
Mar 29, 08 6:40pm
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam tindakan seorang ahli perundangan Belanda yang menerbitkan sebuah filem anti-Islam, Fitna, yang disiarkan di Internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris.Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.Sehubungan itu, Dr Mahathir menyeru umat Islam supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan terhadap penyiaran filem tersebut.Tindakan pemulauan tersebut, tegasnya, boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.Bagaimanapun, katanya semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tersebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal".
Akibat salah faham
"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai... tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," katanya.Semalam, Liveleak.com berkata ia telah membuang video tersebut ekoran bantahan umat Islam, tetapi ia masih boleh dilihat di laman web lain, termasuk di Youtube.com.
Kementerian Luar Malaysia juga mengecam Geert Wilders kerana menerbitkan tersebut.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata perbuatan tersebut menghina Islam dan tidak menghormati sensitiviti dunia Islam.
Singapura juga turut mengecam filem tersebut, yang menurut timbalan perdana menterinya Wong Kan Seng menghina orang Islam."Kebebasan bersuara tidak memberi lesen kepada sesiapa pun untuk menghina agama atau bangsa yang lain," katanya dalam satu kenyataan.Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon turut menyertai negara-negara Islam mengecam penyiaran filem tersebut.Iran, Bangladesh dan Indonesia - tanah jajahan Belanda - turut membantah penyiaran filem itu


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.