default

3 Nahas Udara Dalam Tempoh 8 Bulan, Nasib Baik Jokowi Bukan PM Malaysia

on Tuesday, August 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KITA semua bersedih dan bersimpati dengan negara jiran Indonesia yang baru-baru ini ditimpa dengan satu lagi kemalangan udara melibatkan pesawat Trigana Air di Papua New Guinea.  Ini adalah kali ketiga dalam tempoh 8 bulan kemalangan udara seumpamanya berlaku di Indonesia melibatkan ratusan nyawa yang terkorban.
Disember lepas satu kemalangan melibatkan pesawat Air Asia Indonesia di Surabaya, diikuti dengan pesawat tentera Hercules di Medan.  Sekalipun Hercules adalah pesawat tentera tapi pesawat itu turut dinaiki orang awam berikutan tindakan angkatan tentera negara terbabit yang mengenakan caj kepada orang awam yang nak menggunakan pesawat itu.
Bagaimanapun yang penting disini, di saat artikel ini ditulis penulis masih belum terserempak dengan mana-mana manusia di Indonesia sana yang mengaitkan kejadian ini dengan Presiden mereka, Joko Widodo (Jokowi) yang baru mengambil alih kuasa kurang setahun yang lalu.
Sekalipun kemalangan udara bukanlah suatu yang asing di Indonesia (tak semacam kita disini) tapi 3 kejadian sekaligus dalam tempoh hanya 8 bulan adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam sejarah negara tersebut.
Penulis yakin, lain halnya kalau perkara sama berlaku di Malaysia.  Minda sesetengah pengguna media sosial negara ini yang rosak teruk, pasti akan mengaitkan kejadian ini dengan Perdana Menteri kalau ia berlaku disini pada frekueni seperti itu.
Nampak disitu rakyat Indonesia lebih matang berfikir berbanding dengan segelintir orang di Malaysia, silap-silapegangan agama mereka pun.  Sebab itu mereka tidak mengaitkan kejadian ini dengan Jokowi  atau bagaimana keadaan akan berbeza kalau Prabowo Subianto yang menang hari tu.
Kalau kat Malaysia jangan.
Sebab itu mana yang terlibat harus berasa malu dengan rakyat Indonesia yang lebih matang serta berlapang dada bila nahas seperti ini berlaku di negara mereka, sekalipun mereka ramai menjadi imigrant di negara kita.
Ikut logik, rakyat negara penyedia peluang pekerjaan seperti kita, sepatutnya lebih matang dari rakyat Indonesia, tapi lain pulak yang berlaku. -mykmu-

default

KENAPA ULTRA KIASU PANAS BILA LOW YAT 2 MAHU DIBUKA ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Oleh: Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah


SELEPAS insiden Low Yat, kini kedai komputer ultra kiasu pakat-pakat menggantung dan menampal label kalimah suci seperti ALLAH, Muhammad dan ayat al-Quran dalam bentuk bingkai, poster dan sebagainya, di dinding-dinding kedai, bagi menarik pelanggan Melayu.

Dari satu segi, ada baiknya, sekurang-kurangnya mereka mesra al-Quran, dekat dengan Islam. Tidak mustahil suatu hari nanti, memeluk Islam. Persoalannya, kenapa baharu sekarang? Kenapa tidak dahulu?

Kedudukan syarikat (kedai) mereka juga telah disemak dengan SSM. Tuan punya memang bukan Melayu, termasuk pekerjanya. Jadi, atas alasan apa kalimah suci ini digunakan?

Sementelahan, saya ada meminta pandangan kenalan rapat di Jakim, adakah tindakan boleh dikenakan ke atas mereka? Jawapannya, tidak ada peruntukan untuk pihak berkuasa agama mengambil tindakan. Bermakna, orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah-kalimah suci ini.

Jakim hanya berkuasa dalam perkara berkaitan perbahasan halal sahaja. Yakni, jika mempamerkan ayat Quran untuk menunjukkan produk itu halal tetapi tidak halal atau tidak memiliki sijil halal maka ia menjadi kesalahan. Tetapi jika mempamerkan untuk hiasan atau jualan, maka Jakim tidak ada kuasa.

Tindakan desperado ini jelas menunjukkan bahawa bisnes mereka terjejas akibat insiden Low Yat, bila mana umat Islam memboikot. Sebab itu, mereka tidak segan silu mengadakan majlis sambutan hari raya yang tidak pernah sama sekali diadakan sebelum ini.

Pendek kata, mereka akan lakukan apa sahaja, tidak kira sama ada halal atau haram, menyentuh sensitiviti orang lain atau tidak, demi menjaga kepentingan bisnes.

Kita memohon kepada ultra kiasu supaya belajar erti ikhlas dalam bisnes. Fikirkanlah soal kepentingan negara dan keharmonian masyarakat. Kita tidak mahu dengar lagi penipuan demi penipuan berlaku. Sebelum ini kita telah disajikan dengan ikan patin diberi makan babi, bihun kotor, kaki katak dalam mi dan macam-macam lagi kes yang telah dibuktikan.

Lebih malang lagi, ada yang sanggup memalsukan sijil halal. Tidak kurang juga yang menggunakan sijil halal dari negara lain, bagi menghalalkan makanannya. Ada juga yang menggunakan nama orang Islam untuk mendapat sijil halal sembelihan.

Apabila dapat sijil halal, penyembelihan halal tidak lagi dititik-beratkan. Ada yang menyembelih sambil menyanyi lagu. Di mana keikhlasan dan kejujuran? Saya tidak kata semua.

Sudah sampai masanya kajian secara akademik dibuat, apakah punca kepada semua permasalahan ini? Apakah sistem pendidikan berasaskan kaum yang menyebabkan komunikasi terbantut, turut menyumbang kepada perkara negatif ini? Akibat daripada kita tidak bercampur gaul sejak kecil, persepsi negatif antara satu sama lain meningkat.

Kajian juga perlu melihat, kenapa perangai bukan Melayu yang bercampur dengan Melayu begitu berbeza dengan mereka yang langsung tidak bergaul.

Di peringkat kementerian pula, akta baharu perlu digubal untuk mengawal peniaga supaya tidak bertindak sewenang-wenang menggunakan atau memperalatkan lambang-lambang tertentu seperti kalimah ALLAH dan Muhammad untuk menarik dan melariskan perniagaan.

Ultra kiasu tahu, peniaga Islam tidak boleh mempamerkan perkataan atau gambar yang bertentangan dengan Islam. Sudah tentulah kita dengan mudah boleh bezakan mana kedai Melayu, mana kedai bukan Melayu.

Tetapi untuk kita mengenali kedai bukan Melayu agak sukar sedikit, kerana mereka boleh menggunakan kalimah suci dan menggunakan nama-nama produk yang berjenama Islamik, seperti cap masjid, huruf jawi dan sebagainya.

Kadangkala kita langsung tidak tahu, apabila mereka mempergunakan seratus peratus pekerja beragama Islam. Sedangkan hak mereka untuk solat dan solat Jumaat dinafikan, kerana dikatakan membuang masa.

Justeru, kita sebagai orang awam yang beragama dan NGO hendaklah sensitif dan memberi tekanan terhadap perkara ini.

Saya menyokong penuh langkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat yang khusus untuk peniaga Melayu. Pecahkan monopoli yang berlaku selama ini. Jika tidak, kita akan terus menjadi mangsa.

Mengikut pelan, ‘Low Yat 2′ akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Raja Laut selepas ubah suai. Mara akan berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini.

Sejurus bila idea ini diutarakan, mereka seperti cacing kepanasan mempertikaikan projek ini sebagai perkauman. Bila hak mereka tergugat, maka dituduh kita rasis. Begitu juga bila kita mahu membela hak kita. Mereka betul, kita salah. Nampak sangat hipokrit.

Saya harap namanya bukan Low Yat 2, tetapi nama yang lebih beridentiti kebangsaan seperti Plaza Mara, atau nama yang sedap didengar.


default

JUSTO DAH KENA PENJARA 3 TAHUN , BILA LAGI GILIRAN RAKAN PENIPUNYA DI MALAYSIA ??

on Monday, August 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Justo penipu dah kena penjara 3 tahun di Thailand , bila lagi  individu di Malaysia yang Justo jumpa &  jual maklumat Petro Saudi nak dikenakan tindakan ??


BANGKOK 17 Ogos - Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Xavier Andre Justo atas cubaan memeras ugut sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM9.95 juta) terhadap bekas majikannya, PetroSaudi International.
Hukuman itu berkuatkuasa serta-merta dan Justo, 49, akan dipenjara di Thailand sepanjang tempoh berkenaan.
Justo, warganegara Switzerland ditahan di rumahnya di pulau Kho Samui di Selatan Thailand pada 22 Jun lalu.
Dia didakwa memeras ugut PetroSaudi dan kemudiannya cuba menjual data yang dicuri dari syarikat tersebut kepada sekumpulan individu, termasuk kepada salah seorang pemilik agensi media di Malaysia. - UTUSAN ONLINE

default

WARKAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG KRITIK PM @NajibRazak

on Friday, August 14, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 15 Comments

Warkah Untuk PM




Assalamualaikum dan salam sejahtera, (Baca dgn hati)

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing.  Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,
Sayangkan Islam dan Negara

default

KEJATUHAN RINGGIT : BANK NEGARA BUAT KEPUTUSAN TIDAK AKAN TAMBAT RINGGIT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menambat ringgit atau memperkenal kawalan modal bagi membendung kejatuhan nilai mata wang tempatan itu yang kini kira-kira 3.99 berbanding dolar, kata Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Keadaan sekarang tidak memerlukan langkah seperti itu, katanya.

Ekonomi Malaysia terus kukuh dan banyak perkembangan positif sedang berlaku, katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan 4.9 peratus keluaran dalam negara kasar untuk suku kedua di sini, hari ini.

Keadaan yang ekstrem adalah apabila kita terjerumus ke dalam kemelesetan yang serius. Kita tidak menjangka (perkara itu berlaku di sini) kerana kita telah menstruktur semula ekonomi kita,” katanya.

Selain itu, negara ini tidak kekurangan akses kepada kredit yang menjadi satu lagi kriteria keadaan krisis ekonomi yang ekstrem, kata Zeti.

Pada suku kedua, pembiayaan bersih berkembang 8.3 peratus dengan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana meningkat 17.2 peratus.

Zeti berkata, reaksi spontan seperti menambat ringgit dan kawalan modal akan hanya memberi kesan sementara manakala turun naik dijangka berterusan beberapa bulan lagi sehingga ketentuan mengenai arah dasar dalam ekonomi utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Beliau berkata, sama seperti mana pengurangan program rangsangan ekonomi AS sebelum ini, sebaik sahaja keadaan kembali normal, pasaran kewangan akan menjadi stabil.

Gabenor Banak Pusat itu berkata, ketika ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, regim kadar pertukaran yang fleksibel akan membantu negara mengurangkan impak daripada perkembangan luaran.

“Jika kadar pertukaran tidak menyelaras, impak perkembangan luaran akan lebih menjejaskan kita,” katanya.
Zeti berkata, impak penyusutan nilai ringgit masih boleh diuruskan dengan beberapa kesan baik dan buruk kepada perniagaan.
Menurutnya, perniagaan dengan konten import yang tinggi menghadapi peningkatan kos tetapi perniagaan berorientasikan eksport akan mendapat manfaat daripada pertambahan pendapatan.
Penyusutan nilai ringgit, katanya, mempunyai kesan sederhana ke atas perbelanjaan isi rumah kerana harga komoditi global dan bahan api domestik yang rendah, mengurangkan tekanan inflasi.
Bagaimanapun, Zeti berkata, Bank Pusat akan terus memastikan pasaran berfungsi secara teratur bagi mengelak gangguan kepada aktiviti perdagangan dan perniagaan.
Daripada 1 September 2014 hingga 11 Ogos tahun ini, ringgit telah merosot 20.1 peratus berbanding dolar AS berikutan kelemahan harga komoditi dan minyak mentah berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah di AS. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.