default

Syabas ! PPS Kerajaan DAP ditangkap POLIS di Pdg Kota hari ini !

on Sunday, August 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Polis P.Pinang sudah mula bertindak menangkap pasukan haram PPS kerajaan Dap hari ini di Pdg Kota .

Pasukan FRU juga  terpaksa dikerahkan bagi mengawal keadaan bagi membantu menangkap mereka dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai .






Oleh Siti Sofia Md Nasir

Georgetown: Lebih 200 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, di sini, hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.

Semua anggota PPS dilihat memberi kerjasama dengan baik dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk siasatan lanjut.

Sehingga kini, wakil media masih menunggu di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai untuk perkembangan terbaharu.

default

PPS KERAJAAN DAP BERNILAI RM1.5 JUTA DUIT RAKYAT DIISYTIHAR HARAM !! @dzainalabidin

on Wednesday, August 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Rupanya  DAP selama ini berbohong kepada rakyat P.Pinang kononnya PPS ini untuk menjaga keselamatan dan membantu PDRM  bagi menghalalkan mereka sapu duit RM1.5 juta setahun

Tetapi sebaliknya PPS adalah pertubuhan haram dan mereka juga telah   memukul rakyat dan melakukan aktiviti parti DAP seperti memasang bendera dan menjalankan kerja-kerja kempen ketika pilihanraya .



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berikutan penubuhan pasukan itu tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Sehubungan itu, PDRM menganggap PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

"PDRM akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti pasukan berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) mendesak kerajaan Pulau Pinang memperjelaskan status sebenar penubuhan PPS yang dianggotai kira-kira 10,000 orang dan diberi elaun sebanyak RM10,000 serta semua kelengkapan bagi menjalankan tugas-tugas keselamatan.

Perkara tersebut mendatangkan kebimbangan berikutan pihak ROS pernah memaklumkan pertubuhan itu tidak berdaftar dan dianggap pertubuhan haram mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Tambah Khalid, pihak polis akan mengambil tindakan dan menyiasat bukan sahaja individu yang bertanggungjawab menubuhkan PPS sebaliknya terhadap semua anggotanya, apatah lagi melibatkan tugas-tugas keselamatan.






Download Buletin Mutiara
PPS terima pengiktirafan ‘berpaku’
Posted on 01 January 2014.
Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
GEORGE TOWN – Seramai 225 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) bahagian pulau menerima pengiktirafan pangkat oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada satu majlis di Dewan Tunku Komtar di sini baru-baru ini.

Tiga jenis pangkat dianugerahkan iaitu tiga paku kepada Ketua Pasukan, Timbalan Ketua Pasukan (dua paku) dan Naib Ketua Pasukan (satu paku).

Guan Eng ketika menjelaskan dengan lebih lanjut berkata, pengiktirafan pangkat jawatan Ketua Pasukan ditetap dan dipersetujui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal penubuhan sesebuah pasukan PPS, manakala jawatan Timbalan dan Naib Ketua Pasukan diputuskan melalui mesyuarat ADUN dan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Pasukan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Melalui mesyuarat ini, nama-nama calon untuk lantikan ke jawatan tersebut akan dibincang dan dilantik setelah mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa mesyuarat,” ujarnya pada Majlis Pelantikan Pangkat Anggota PPS di sini baru-baru ini.

Bagi rekod penubuhan, PPS ditubuhkan sejak 2011 bagi mewujudkan persekitaran selamat kepada komuniti dalam membendung kegiatan jenayah seperti ragut, bunuh dan lain-lain.

Secara tahunan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi melicinkan operasi PPS seperti membeli kemudahan peralatan walkie-talkie, vest, topi, lampu suluh dan terbaru sepasang kasut keselamatan serta seluar panjang untuk tujuan rondaan.
Malah, anggota PPS turut dilindungi insurans berkelompok di mana masing-masing layak menerima pampasan RM10,000 sekiranya berlaku kecacatan kekal atau kehilangan nyawa ketika bertugas.
Menurut Guan Eng, inisiatif penubuhan PPS adalah untuk membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah dan ia terbukti melalui beberapa kes yang berjaya ditangani dengan bantuan pasukan berkenaan.

“Lanjutan itu, ia telah menyangkal andaian sesetengah pihak bahawa PPS cuba mengambil-alih tugas polis sedangkan semua pihak mengetahui bahawa pasukan keselamatan terbabit (Polis Diraja Malaysia, PDRM) mempunyai bidang kuasa sah dalam soal keselamatan negara,” ujarnya.

Bagi rekod terbaru, beliau memberitahu bahawa, sebanyak 264 pasukan PPS berjaya ditubuhkan seluruh negeri termasuk Seberang Perai dengan kekuatan anggota seramai 8,263.



default

MALAYSIA BERI PENGHORMATAN & BERTAFAKUR KEPADA JENAZAH #MH17 #MalaysiaBerkabung

on Friday, August 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanahair hampir 40 hari selepas insiden yang mencampakkan negara ke dalam tragedi berganda melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Jalur Gemilang di seluruh negara dikibarkan separuh tiang bagi mengenang semua 298 penumpang dan anak kapal dan secara khusus 43 anak watan yang menaiki pesawat malang yang terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Kumpulan pertama ini melibatkan 20 jenazah penumpang dan anak kapal yang telah dikenal pasti identiti mereka serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Istiadat penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta dif-dif kehormat dan orang kenamaan. Istiadat dikelolakan oleh Briged ke-12 Infantri Malaysia melibatkan 450 orang anggota.

Pesawat khas MAS yang berlepas dari Schipol pada pukul 9.40 malam Khamis waktu Malaysia mendarat di KLIA tepat pukul 9.54 pagi tadi.

Sejurus kemudian, satu demi satu keranda dibawa turun dengan hormat dan cermat oleh kumpulan pengusung terdiri daripada sembilan orang.


default

Kerajaan Dap tak hormati Hari berkabung memalukan P.Pinang !! @dzainalabidin

on Thursday, August 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG

BERKAITAN PROGRAM MUZIK DAN DRAMA ‘THE KITCHEN’ ANJURAN GEORGETOWN FESTIVAL PADA 22 OGOS 2014

Pergerakan Pemuda Negeri kecewa apabila dimaklumkan berkenaan program Muzik dan Drama anjuran Georgetown Festival ini yang akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini.

Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia telah menetapkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Berkabung Negara dan negara serta seluruh Rakyat Malaysia masih bersedih dengan kejadian MH 17. Persiapan yang amat rapi sedang dijalankan untuk menerima dan menyambut jenazah rakyat kita pada hari tersebut.

Amat Malang sekali apabila kami dimaklumkan bahawa Prog Muzik dan Drama ini akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini tanpa menghiraukan perasaan dan emosi keluarga penumpang dan krew nahas kejadian.

Alasan bahawa tiket telah dijual tidak dapat diterima sama sekali memandangkan penganjur masih berpeluang untuk memulangkan semula wang peminat Muzik dan Drama ini.

 Georgetown Festival ini adalah satu program dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan rakan strategik utama kepada program ini.

Rakyat Pulau Pinang harus tahu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat sidang media menyatakan kesedihan terhadap keluarga mangsa nahas MH17 sebelum ini tetapi pada masa yang sama tetap degil untuk meneruskan acara Muzik dan Drama pada 22 Ogos ini.

Ini sekaligus menunjukan bahawa Kerajaan Negeri ‘cakap lain, buat lain’. Walaupun kami difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan menghadiri program ini tetapi ini masih tidak memadai selagi mana program ini masih diteruskan

 Pemuda UMNO Negeri mengecam dan mendesak agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang segera membatalkan program ini bagi menghormati Hari Berkabung Negara yang telah di umumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.

Selain daripada itu, program ini perlu dihentikan bagi menghormati perasaan dan emosi keluarga mangsa nahas tragedi MH17 yang bakal menerima jenazah orang kesayangan mereka.

.....Al Fatihah kepada mangsa nahas MH17




Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

default

Akhirnya Pas buat U Turn sokong bini Anwar jadi MB Selangor !!

on Sunday, August 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


 
Sudah dijangka Pas akan buat U - Turn kembali menyokong PR bagi Wan Azizah dan calon lain iaitu Azmin untuk dilantik sebagai MB Selangor .

Cakap berapi sokong Khalid sebelum ini hanya wayang je ..

inilah  sikap munafik Pas dan Dewan ulama hanya setakat berani sekejap je .

Last2 Umno juga yang salah kerana sokong Khalid ...



Ikuti kenyataan media TSKI yang membayangkan bubar Dun cara terakhir beliau bila mengadap DYMM Sultan Selangor



KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2014
SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR


Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS  akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan  perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.